omniture

Sai Life Sciences membuka kemudahan Penyelidikan Biologi di kampus R&D bersepadunya di Hyderabad, India

Sai Life Sciences
2021-08-19 19:51 48

HYDERABAD, India, 19 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Sai Life Sciences, sebuah Organisasi Penyelidikan, Pembangunan & Pembuatan Kontrak (CRO-CDMO) global terkemuka, hari ini mengumumkan pembukaan sebuah kemudahan biologi baharu di kampus R&Dnya yang bersepadu di Hyderabad, India. Kemudahan ini menandakan pencapaian penting dalam perjalanan syarikat untuk meletakkan dirinya sebagai pemain yang mempunyai kelainan dalam bidang Penyelidikan Biologi.

Sai Life Sciences opens new Discovery Biology facility at its integrated R&D campus in Hyderabad, India
Sai Life Sciences opens new Discovery Biology facility at its integrated R&D campus in Hyderabad, India

Dalam pengumuman tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan Sai Life Sciences, Krishna Kanumuri berkata, "Kemudahan baharu ini menandakan kemuncak perjalanan dalam penciptaan nilai yang unik yang kami mulakan selama dua tahun yang lalu untuk pelanggan penyelidikan kami melalui model penghantaran bersepadu di seluruh Boston dan Hyderabad. Dengan membawakan bakat, teknologi, perkhidmatan pelengkap dan kecekapan yang terbaik, kami yakin dapat membawa nilai yang unik kepada pelanggan kami dan teruja untuk melaksanakan mandat penyelidikan bersepadu secara besar-besaran."

Dengan kesinambungan pertumbuhan syarikat yang agresif dalam perkhidmatan biologinya, kemudahan baharu yang canggih ini menempatkan perkhidmatan biologi in vitro dan in vivo yang diperluaskan, DMPK, toksikologi dan sebuah vivarium. Kemudahan ini menambah keupayaan dan kapasiti syarikat untuk memanfaatkan platform dan teknologi canggih bagi mempercepat program penyelidikan ubat-ubatan bersepadu.

Model penghantaran bersepadu Boston-Hyderabad

Sai Life Sciences telah mengembangkan keupayaan biologinya dengan mantap untuk melengkapkan asasnya yang kukuh dalam bidang kimia perubatan, DMPK dan toksikologi bagi menyokong para pelanggannya di seluruh spektrum penyelidikan ubat-ubatan dari ID sasaran dan pengesahan hingga IND. Pada tahun 2019, syarikat ini membuka kemudahan R&D antarabangsanya yang pertama dengan sebuah makmal biologi di Boston, AS. Makmal Biologi Boston ini direka bentuk untuk menawarkan syarikat permulaan dan bioteknologi dalam rantau tersebut dengan perkhidmatan biologi bagi memenuhi keperluan biologi tersuai dan boleh diterokai.

Model penghantaran bersepadu Biologi ini bertujuan untuk menyediakan pelanggan dengan penyelesaian yang optimum dari segi kepakaran, kepantasan dan kos. Dalam model ini, kerja-kerja penerokaan penting yang melibatkan kerjasama erat dengan pelanggan dilakukan di makmal Boston ini yang membolehkan asai mapan dipindahkan ke Hyderabad menggunakan teknologi untuk menghasilkan daya pemprosesan yang lebih besar. Pemindahan teknologi yang lancar dan pantas di seluruh lokasi dicapai melalui organisasi global bersepadu dan infrastruktur yang bersesuaian di kedua-dua buah lokasi. Dengan galakan daripada kejayaan awal model bersepadu Boston-Hyderabad ini, syarikat tersebut merancang untuk memperluas keupayaannya di kedua-dua buah lokasi dalam beberapa bulan akan datang.

Perkhidmatan penyelidikan syarikat ini menyokong pelbagai syarikat inovasi global dari syarikat permulaan hingga syarikat farmaseutikal besar yang merangkumi pelbagai bidang terapeutik termasuk onkologi, CNS, antivirus dan keradangan. Dengan rekod prestasi hubungan pelanggan yang kukuh dan berterusan yang secara puratanya melebihi 10 tahun, Sai Life Sciences telah memajukan lebih 35 program fasa klinikal yang berbeza-beza (IND hingga Fasa-III) dengan purata tempoh selama 18 bulan yang bermula dari Permulaan hingga Calon.

Kemudahan baharu ini menjadi kemuncak perjalanan syarikat dalam menyatukan penyelidikan, pembangunan fasa awal & akhir dengan keupayaan bekalan klinikal di dalam sebuah kampus berkeluasan 13 ekar yang menempatkan lebih 1,000 orang saintis yang akan memberikan nilai bersepadu secara besar-besaran.

Tentang Sai Life Sciences 

Sai Life Sciences ialah CRO-CDMO khidmat penuh yang bekerjasama dengan syarikat penginovasi farmaseutikal dan bioteknologi di seluruh dunia untuk mempercepat penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan molekul kecil yang kompleks. Selama lebih dua dekad, Sai Life Sciences telah menyampaikan penyelesaian yang berkualiti tinggi dan menjimatkan kos secara konsisten kepada pelanggannya yang pelbagai yang merangkumi syarikat bioteknologi serta farmaseutikal kecil, sederhana dan besar. Hari ini, ia mempunyai lebih 2,200 orang pekerja di seluruh kemudahannya di India, UK dan AS. https://www.sailife.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1044186/Sai_Life_Sciences_Logo.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1597144/sai_life_sciences_biology_block.jpg?p=medium600  

Source: Sai Life Sciences
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion New products/services