omniture

Rantau Gurun di Ufuk: REC Memasuki Timur Tengah

REC Solar Sales and Marketing GmbH
2013-06-19 16:00 137

MUNICH, 19 Jun 2013 /PRNewswire/ --

REC, pembekal panel suria Eropah terbesar di dunia, merancang untuk menghasilkan impak pada Intersolar di Munich di Dewan A1, petak 380 pada tahun ini, dengan mempamerkan buat julung kalinya sebuah konsep panel suria dwi-muka yang sesuai untuk keadaan gurun, dan mengumumkan pembukaan pejabat baharu di Dubai, UAE.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130211/594514 )

"Kami jangkakan rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) akan menjadi pasaran utama mulai tahun 2015, dipacu oleh penggunaan tenaga yang meningkat dengan pantas dan tahap radiasi yang tinggi," kata Luc Graré, Timbalan Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran Suria, REC. "Pejabat baharu di Dubai itu akan menjadi hab untuk semua aktiviti dalam rantau MENA dengan penubuhan organisasi dan hubungan kerjasama baharu untuk memasuki pasaran yang mempunyai harapan cerah ini."

Baru-baru ini panel suria REC Peak Energy Series menerima akreditasi "kalis-gurun" kerana lulus Ujian Tiupan Pasir menurut protokol IEC 60068 oleh SGS, syarikat pemeriksaan, pengesahan, pengujian dan persijilan utama dunia. Ujian itu mengukur ketahanan dalam persekitaran gurun yang teruk yang dicirikan dengan tiupan pasir. Prestasi kukuh REC dalam ujian itu, yang menunjukkan rintangan terhadap kehilangan prestasi yang disebabkan oleh suhu tinggi dan tiupan angin, mengesahkan bahawa panel suria REC juga sesuai digunakan di rantau gurun.

Prestasi tinggi panel suria REC Peak Energy dalam keadaan gurun sebenar juga disahihkan oleh Desert Knowledge Australia Solar Center (DKASC). Tapak ujian itu adalah kemudahan demonstrasi untuk teknologi suria komersil yang beroperasi dalam keadaan suria gersang di Alice Springs, Australia Tengah. DKASC menekankan sekali lagi bahawa panel suria REC berfungsi dengan lebih baik berbanding kebanyakan pesaing monokristal (c-Si) lain dan mendapat hasil yang lebih tinggi berbanding panel yang dikeluarkan oleh rakan industri REC.

"Kami gembira kerana panel suria REC Peak Energy Series kami memberi prestasi yang konsisten dan optimum dalam semua keadaan dan persekitaran seluruh dunia," simpul Luc Graré. "Demi rakan-rakan kongsi kami, kami sentiasa berusaha untuk memastikan proses pengeluaran kami berada pada standard yang tertinggi sambil mengadakan ujian dalam aplikasi dunia sebenar dan memastikan keutuhan dan ketahanan melalui kawalan kualiti yang ketat, dan menjangkau standard antarabangsa."

Audit kilang pihak ketiga yang dijalankan oleh dua firma kejuruteraan berprofil tinggi - Mott MacDonald dan Black & Veatch – mengesahkan proses pengeluaran yang baik dan mekanisme jaminan kualiti di kemudahan pengeluaran REC yang canggih di Singapura. Valencia Puccini, Penasihat Tenaga Boleh Diperbaharui di Mott MacDonald memberi komen: "Proses dalaman dan keperluan kualiti REC memberikan keyakinan kelakuan jangka panjang yang lebih baik untuk panel REC."

Mengenai REC:

REC adalah penyedia global utama untuk penyelesaian tenaga elektrik suria. Dengan kepakaran selama hampir dua dekad, kami menawarkan produk, perkhidmatan dan peluang pelaburan yang mampan dan berprestasi tinggi untuk industri tenaga suria dan elektronik. Bersama rakan-rakan kongsi kami, kami mencipta nilai dengan menyediakan penyelesaian yang memenuhi keperluan tenaga elektrik bumi yang semakin meningkat dengan lebih baik. Kakitangan kami seramai 2,300 orang di seluruh dunia menjana hasil sebanyak NOK 7 bilion pada 2012, kira-kira EUR 1 bilion atau USD 1.3 bilion. 

Untuk melihat apa lagi yang boleh ditawarkan oleh REC, lawati http://www.recgroup.com.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Anja Hesse
Pengurus Perhubungan Awam, REC Solar Sales and Marketing GmbH Leopoldstr. 175, 80804 Munich, Jerman
Telefon: +49-89-54-04-67-223  
Emel: anja.hesse@recgroup.com
Ikuti REC di Twitter

Sumber: REC Solar Sales and Marketing GmbH

Source: REC Solar Sales and Marketing GmbH
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Expansion Trade show news