omniture

Peguam, Ahli Kemanusiaan, Warga Australia, Warga Kemboja Bertemu siswazah UTS Piny Ly

University of Technology Sydney
2021-08-21 03:22 516

SYDNEY, 21 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Seorang siswazah Sarjana Muda Perniagaan Sarjana Muda Undang-undang UTS, Piny mempunyai aspirasi yang besar untuk kerjaya perundangan antarabangsa. Beliau bermula sebagai seorang perunding cukai sebelum beralih kepada penggabungan dan pemerolehan, pertama kali di Sydney dan kemudian di Beijing dan Hong Kong. Dengarkan lebih banyak kejayaan pelajar dan alumni di Minggu Terbuka Maya UTS pada 7-11 September ini.

Piny Ly, Alumni UTS
Piny Ly, Alumni UTS

"Saya sentiasa melihat diri saya berada di landasan perkongsian," kata Piny, yang lahir dan dibesarkan di Australia walaupun keluarga beliau merupakan pelarian Kemboja.

Ijazah UTS beliau membuka banyak peluang – beliau bekerja untuk King & Wood Mallesons sebelum ditawarkan untuk satu pekerjaan di bahagian Perkhidmatan Kewangan Antarabangsa CBA di Hong Kong.

Namun begitu, satu pengenalan secara kebetulan terhadap usaha Cambodian Children's Fund (CCF) pada tahun 2019, diikuti dengan perjalanan yang membawa perubahan ke Phnom Penh, meyakinkan Piny bahawa kepakaran beliau dapat dimanfaatkan dengan lebih baik dalam dunia yang sedang membangun.

"Saya dapat melihat impak dan perubahan yang dilakukan oleh CCF dan saya dapat rasakan seolah-olah saya dapat melakukan sesuatu untuk membantu kanak-kanak ini dan keluarga mereka yang sejujurnya boleh juga menimpa keluarga saya. Nasib yang sama boleh menimpa saya," kata beliau.

Pada tahun 2020, beliau meninggalkan Hong Kong, yang tempat menjadi tapak kediaman beliau selama enam tahun dan berpindah ke Kemboja. Beliau merancang untuk meluangkan masa selama setahun menjadi sukarelawan untuk CCF yang menyediakan kanak-kanak dan golongan muda dengan akses kepada rawatan kesihatan, pendidikan, kemahiran hidup dan latihan pekerjaan serta untuk berhubung semula dengan warisan Kemboja beliau.

Di Phnom Penh, beliau mengetuai sebuah projek untuk mengenal pasti proses tadbir urus amalan terbaik yang dapat membantu lembaga global CCF berkhidmat dengan lebih berkesan. Beliau turut mengusahakan inisiatif dan strategi pengumpulan dana. Pada bulan Mac 2020, beliau menjadi warga Kemboja pertama yang dilantik dalam lembaga CCF Hong Kong.

Walaupun beliau tidak lagi bertugas sebagai seorang peguam, pengajian UTS dan pengalaman undang-undang korporat beliau penting bagi keupayaan beliau menyumbang kepada CCF.

"[Mempunyai] cara mendekati dan menghadam maklumat dengan berdisiplin [dan menjadi seorang pemikir kritis] benar-benar membantu saya dan membentuk asas untuk keupayaan saya untuk terus belajar dan terus berkembang maju, terutamanya dalam konteks antarabangsa," kata beliau.

Lewat tahun tersebut, Piny mendaftar sebagai penasihat sukarelawan untuk Program Inkubasi Usahawan Muda 2020 Bluetribe UNDP Cambodia yang baru dilancarkan. Di sini, beliau membantu para usahawan dengan perjanjian pengasas bersama dan isu undang-undang kontrak serta pendaftaran perniagaan.

"Program ini membantu memantau usahawan muda selama enam bulan dalam perjalanan permulaan mereka. Saya secara sukarela menjadi penasihat kerana mereka mempunyai akses terhad kepada kepakaran profesional, namun mempunyai potensi yang cukup besar," kata beliau.

Bermula daripada kerjaya undang-undang yang sangat berjaya di Hong Kong kepada kerja kemanusiaan di Phnom Phen, Piny berkata Sarjana Muda Perniagaan Sarjana Muda Undang-undang UTS beliau telah membuka peluang yang sangat besar.

"Apa yang saya pelajari dalam ijazah saya adalah sangat penting kepada apa yang saya lakukan sekarang," kata beliau.

"Laluan kerjaya baharu ini membolehkan saya untuk membawa semua kemahiran yang telah saya pelajari termasuk pemikiran kritis dan kemahiran komunikasi daripada UTS, semua kemahiran yang telah saya bangunkan sebagai seorang peguam dan seterusnya semua kemahiran yang saya pelajari sebagai seorang sukarelawan berserta kepulangan saya kepada asal usul budaya saya."

Pada 7 September, UTS menganjurkan acara maya 'My Future Career in Law'. Masuklah ke dalam salah satu fakulti undang-undang yang paling berprestij di Australia dan ketahui laluan yang dapat dipimpin oleh ijazah undang-undang anda. Acara ini merupakan sebahagian daripada Minggu Terbuka Maya UTS, 7 – 11 September. Terokai lebih lanjut di uts.edu.au/virtual-open-week.

University of Technology Sydney (UTS), terletak di bahagian tengah Sydney, ialah salah sebuah universiti teknologi yang terkemuka di Austalia. Ia dikenali kerana menggabungkan inovasi, kreativiti dan teknologi dalam pengajaran dan penyelidikannya dan untuk menjadi sebuah universiti yang berfokuskan industri. UTS mempunyai jumlah pendaftaran seramai lebih daripada 40,000 pelajar dan dinilai sebagai universiti 'muda' No.1 di Australia dalam senarai kedudukan QS. Untuk maklumat lanjut sila ke uts.edu.au.

Source: University of Technology Sydney
Keywords: Education Higher Education Trade show news