omniture

Anggun dan Berani, Ascend P6 HUAWEI Baharu Telefon Pintar Ternipis di Dunia

Huawei Device
2013-06-20 01:31 234

- Ascend P6 HUAWEI, kecantikan yang memegunkan dan selalu intuitif dengan ketebalan hanya 6.18mm

LONDON, 20 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Huawei, penyedia penyelesaian utama untuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global, mendedahkan Ascend P6 HUAWEI hari ini, telefon pintar ternipis di dunia dengan ketebalan hanya 6.18mm. Telefon pintar itu mempunyai pemproses empat teras 1.5GHz dan badan metalik yang bergaya. Dengan paparan dalam sel definisi tinggi 4.7 inci, kamera menghadap depan 5MP yang meneraju industri, dan perisian yang mengagumkan, Ascend P6 HUAWEI menjelmakan keanggunan yang berani.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130618/HK32968 )

"Ascend P6 HUAWEI ialah sebutir bintang di kalangan semua telefon pintar dengan rekaannya yang terutama dalam industri, kamera berkualiti tinggi, dan antara muka pengguna intuitif, Emotion UI milikan Huawei," kata Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei. "Dibina berdasarkan kejayaan siri telefon pintar fesyen Ascend P kami, Ascend P6 HUAWEI memberikan teknologi yang tiada tolok banding dan rekaan yang menakjubkan."

Ascend P6 HUAWEI ultra nipis dengan ketebalan hanya 6.18mm dan seberat hanya 120g. Walaupun ia cukup kecil untuk diselit ke dalam poket atau beg kepit, Ascend P6 HUAWEI yang bergaya ini juga direka untuk dipertonton dan didambakan! Ia mempunyai pemproses empat teras 1.5GHz, sistem operasi Android 4.2.2, bateri 2000mAh, teknologi skrin LCD dalam sel HD 4.7 inci, dan 'MagicTouch' untuk tindak balas skrin yang dipertingkatkan walaupun semasa memakai sarung tangan.

Sebagai telefon pintar kemegahan untuk siri Ascend P Huawei, Ascend P6 HUAWEI menjelmakan rekaan canggih untuk yang mementingkan gaya. Rupa metalik rapi telefon pintar itu serta tapak dengan lengkung semula jadi itu adalah anggun dan intuitif. Dengan kecantikan menawan, Ascend P6 menyeimbangkan ciri-ciri bergaya dan fungsi mesra pengguna.

Sempurna untuk mengambil gambar sendiri, kamera menghadap depan 5MP yang meneraju industri serta kemampuan pembaikan wajah automatik Ascend P6 HUAWEI menghasilkan gambar-gambar persis model yang anda pasti mahu kongsikan. Kamera BSI menghadap belakang 8MPnya dengan bukaan F2.0 dan pandangan mikro 4sm juga membolehkan rakaman dan mainan semula video HD penuh 1080P. Dengan perisian IMAGESmart milikan Huawei, Ascend P6 HUAWEI boleh menjadikan jurugambar paling amatur umpama seorang profesional, dengan pembaikan kontras dan warna, pengenalpastian latar belakang automatik, fokus penjejakan objek dan sokongan kecantikan wajah serta-merta.

Ascend P6 HUAWEI adalah lebih intuitif dan boleh disuai khusus dengan Emotion UI Huawei. Diinspirasikan daripada manusia, untuk pengguna peranti seluruh dunia, Huawei telah mengumpulkan input daripada lebih 5 juta pengguna bagi membantu kami mengoptimumkan versi Emotion UI terbaharu. Antara muka pengguna milikan itu termasuklah kemas kini untuk Uni-Home termasuk sekuriti yang lebih ketat, Me Widget Huawei, MagicTouch, dan SmartReading. Baharu untuk UI Emotion Huawei ialah fungsi tangkapan gambar panoramik dan fotografi pengenalan wajah.

Teknologi pengoptimuman bateri dan penjimatan tenaga Penerimaan Bukan Berterusan Automatik (ADRX) dan Kawalan Kuasa Pantas (QPC) unik Huawei meningkatkan prestasi sebanyak lebih daripada 30%, jika dibandingkan dengan bateri telefon pintar lain yang sama saiz. Dengan kemampuan skrin berbilang AirSharing, anda boleh berhubung dengan serangkaian peranti lain untuk meningkatkan produktiviti anda di tempat kerja atau tempat santai dengan perkongsian mudah dokumen atau mempertingkatkan pengalaman bermain anda dengan sela masa yang minimum.

Ascend P6 HUAWEI boleh didapati dalam warna hitam, putih dan merah jambu dengan sarung warna sedondon. Ia akan mula dihantar ke China mulai Jun dan ke Eropah Barat mulai Julai melalui Vodafone, Telefonica, Orange, H3G, O2, Carphone Warehouse, TalkTalk, Media Markt & Saturn, TIM dan dalam talian melalui Amazon dan CDiscount serta bakal diikuti oleh pasaran-pasaran lain.

Mengenai Huawei Device

Setakat penghujung tahun 2012, produk dan perkhidmatan Huawei telah digunakan di lebih 140 buah negara, berkhidmat untuk lebih daripada satu pertiga populasi dunia. Huawei juga telah menubuhkan lebih daripada 20 pusat Penyelidikan dan Pembangunan di seluruh dunia seperti Amerika Syarikat, Jerman, Sweden, Rusia, India, dan China. Perniagaan pengguna ialah salah sebuah daripada tiga kumpulan perniagaan Huawei yang menawarkan rangkaian produk termasuklah telefon bimbit, peranti jalur lebar mudah alih, peranti kediaman, awan, dan chipset pengguna. Dengan lebih daripada 20 tahun pengalaman kepakaran perniagaan beraneka dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), sebuah rangkaian sedunia yang menyeluruh, operasi dan rakan kongsi perniagaan sedunia yang meluas, Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei, melalui Huawei Device, mengkhusus kepada membawakan teknologi yang terkini kepada para pengguna, menawarkan pelbagai kemungkinan dan mencipta pengalaman luar biasa untuk semua orang di mana jua.

Untuk kemas kini berterusan, ikuti kami melalui:

Facebook: www.facebook.com/huaweidevice 
Twitter: www.twitter.com/HuaweiDevice 
YouTube: www.youtube.com/user/HuaweiDeviceCo 
Flickr: www.flickr.com/photos/huaweidevice

HUBUNGI: Sybil Lau, +852-2963-6771, Sybil.Lau@bm.com

Source: Huawei Device
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications New products/services