OR YEHUDA, Israel, 20 Jun 2013 /PRNewswire/ --
Valtech Cardio Ltd., sebuah syarikat peranti perubatan yang membangunkan penyelesaian pembaikan dan penggantian injap mitral, hari ini telah mengumumkan bahawa dua orang pesakit yang didiagnosis dengan regurgitasi injap mitral (MR) serius telah berjaya dirawat menggunakan Sistem Annuloplasti Transfemoral Cardioband™.
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130516/613819 )
Peranti Cardioband menggantikan pembedahan jantung terbuka bagi pesakit MR. Peranti ini diimplan tanpa perlu menghentikan jantung pesakit daripada berdenyut dan tanpa perlu memasang mesin pemintasan jantung pada pesakit. Satu lagi kelebihannya adalah saiz Cardioband boleh diubahsuai semasa jantung masih berdenyut untuk mengoptimumkan hasil prosedur pembaikan itu. Lebih penting lagi, bentuk dan fungsi klinikal Cardioband sangat mirip dengan cecincin annuloplasti yang merupakan rawatan standard pembedahan pada masa kini.
Pesakit-pesakit pertama itu dirawat di Hospital San Raffaele, Milan, Itali. Mereka dipilih oleh pasukan jantung yang diketuai oleh Profesor Ottavio Alfieri, Ketua Bahagian Pembedahan Kardiak dan Profesor Antonio Colombo, Ketua Bahagian Kardiologi. Prosedur itu telah dilaksanakan oleh Dr. Francesco Maisano.
Selepas prosedur perkutaneous penuh yang singkat, Sistem Annuloplasti Transfemoral Cardioband mengurangkan darjah regurgitasi injap mitral daripada serius kepada sederhana. Para pesakit dibenarkan keluar 48-72 jam selepas intervensi dijalankan dan rawatan lanjut yang dilakukan selepas 30 hari menunjukkan mereka bertambah sihat.
"Mengimplan Cardioband itu adalah intervensi jelas dan mudah yang boleh dijadikan sebagai prosedur rutin,"kata Dr. Maisano.
Komen Dr. Colombo: "Sistem Cardioband mengekalkan pilihan bagi prosedur perkutaneus atau pembedahan penggantian injap di masa depan yang menjadikannya sesuai untuk terapi intervensi utama."
Profesor Alfieri menambah: "Sistem Cardioband menyediakan alternatif terbaik bagi pesakit yang dianggap berisiko tinggi untuk menjalani pembedahan."
Kes-kes ini akan dibentangkan oleh Dr. Francesco Maisano di dua persidangan dalam beberapa minggu akan datang: Persidangan EuroPCR di Paris, Perancis dan Terapi Injap Transkateter (TVT) di Vancouver, Kanada.
"Kemampuan menyediakan penyelesaian pembedahan berstandard tinggi melalui pendekatan transfemoral adalah satu pencapaian besar," kata Amir Gross, Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi di Valtech Cardio. "Kami sangat gembira dapat melihat semua kejayaan ini dan kini kami sedang bersedia untuk menjalankan implantasi di pusat-pusat jantung utama di Jerman dan Perancis."
Sebuah kajian berbilang pusat kini sedang dijalankan di pusat-pusat unggul Eropah bagi mengkaji keselamatan dan keberkesanan Sistem Annuloplasti Transfemoral Cardioband terhadap pesakit yang menderitai regurgitasi fungsi injap mitral yang berisiko tinggi untuk menjalani pembedahan.
Mengenai Regurgitasi Mitral
Regurgitasi injap mitral (MR) adalah suatu keadaan di mana lembaran injap mitral gagal menutup dengan sempurna, dan ini menyebabkan aliran darah berbalik yang banyak daripada ventrikel kiri ke dalam atrium kiri semasa sistol. Peningkatan tekal yang dramatik bagi penyakit injap berlaku mengikut peringkat umur, sehingga mencapai tahap epidemik di kalangan orang berusia.
MR adalah patologi injap paling biasa terjadi di AS. Lebih daripada 6.8 juta orang menderitai penyakit ini dan setiap tahun 250,000 orang pesakit didiagnosis dengan MR. Jika tidak dirawat, MR boleh menyebabkan kesesakan nafas, pengurangan output kardiak, ketidakupayaan melakukan senaman fizikal, kegagalan jantung kongestif dan kematian.
Rawatan standard bagi pembedahan merawat MR memerlukan pemasangan sebuah cecincin palsu di sekeliling injap mitral bagi menstabilkan bentuk dan saiz annulus.
Implantasi cecincin annuloplasti memerlukan pembedahan jantung terbuka, yang memerlukan pesakit disambung kepada mesin pemintasan jantung dan memberhentikan denyutan jantung.
Pembedahan jantung terbuka tidak memberi pilihan rawatan kepada ramai pesakit peringkat awal dan peringkat parah. Hanya 20% daripada pesakit dengan regurgitasi injap mitral yang perlu dirawat kerana tahap keparahan penyakit mereka dapat menjalani pembedahan.
Mengenai Sistem Annuloplasti Cardioband
Sistem Annuloplasti Transfemoral Cardioband menggabungkan gegelang annuloplasti boleh ubahsuai yang mirip gegelang pembedahan, dengan sistem penghantaran melalui urat vena transfemoral. Sambungan gegelang itu pada annulus mitral tidak memerlukan jahitan, menggunakan sauh rekaan khas. Implan itu kemudiannya akan disesuaikan dalam keadaan jantung masih berdenyut dan berpandukan ekokardiografik untuk keputusan optimum.
Sistem Annuloplasti Transfemoral Cardioband membolehkan pembaikan regurgitasi injap mitral annuloplasti perkutaneus yang boleh diselaraskan sepenuhnya.
Sehingga ke hari ini, tujuh orang pesakit telah menerima implan Cardioband: dua orang melalui akses transfemoral dan lima orang melalui pembedahan, melalui akses transatrium.
Mengenai Valtech Cardio Ltd.
Ditubuhkan pada tahun 2005, Valtech Cardio Ltd adalah sebuah syarikat persendirian yang mengkhusus dalam pembangunan perkakasan untuk pembaikan dan penggantian injap mitral. Portfolio syarikat itu adalah berdasarkan kaedah-kaedah rawatan injap mitral yang sudah mantap dan termasuklah kedua-dua penyelesaian pembedahan dan berasaskan transkateter. Produk-produk syarikat itu direka bagi membolehkan penyelarasan saiz mengikut individu yang menjalani prosedur pembaikan semasa jantung masih. Peranti pembedahan Valtech pertama, cecincin annuloplasti boleh laras Cardinal, telah diluluskan untuk dikomersilkan di Kesatuan Eropah pada tahun 2011. Sehingga ke hari ini, lebih daripada 75 orang pesakit telah menjalani implantasi cecincin Cardinal.
Untuk maklumat lanjut, lawati laman web syarikat: http://www.valtechcardio.com atau hubungi: Amir Gross di info@valtechcardio.com, +972-3-533-5959
Sumber: Valtech Cardio Ltd.