omniture

Langham Hospitality Group Tawarkan "Gandakan Mata Tambahan" Kepada Perancang Mesyuarat untuk Tahun Ketiga Berturut-turut

Langham Hospitality Group
2013-06-20 11:00 145

HONG KONG, 20 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Langham Hospitality Group mempersembahkan tawaran eksklusif "Gandakan Mata Tambahan" sebagai ganjaran untuk perancang dan penganjur acara bagi tahun ketiga berturut-turut apabila mereka mengehos acara-acara yang berkelayakan di hotel-hotel yang terlibat. Tawaran ini sah bagi acara-acara yang ditempah antara 1 Julai dan 30 September 2013 dan akan diadakan antara 1 Julai dan 31 Disember 2013.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130619/HK34176 )

Tawaran global ini boleh didapati di semua hartanah-hartanah yang turut serta* termasuk penambahan terkini di Amerika UtaraLangham Place, Fifth Avenue; Eaton Chelsea, Toronto; dan The Langham, Chicago yang bakal dibuka pada 10 Julai.

Perancang mesyuarat dan acara boleh menikmati dua kali ganda mata takethelead atau memperolehi sehingga 130,000 batu daripada mana-mana sepuluh rakan kongsi program pengguna kerap/ganjaran pelancongan yang terpilih. Ganjarannya adalah eksklusif untuk acara-acara berkelayakan dengan hasil sebanyak US$6,500 ke atas. Maklumat lanjut mengenai tawaran ini boleh didapati di langhamhotels.com/doubletheextramile/.

Simon Manning, naib presiden – jualan & pemasaran Langham Hospitality Group berkata: "Sudah terbukti bahawa 'Gandakan Mata Tambahan' begitu berjaya selama dua tahun lepas, jadi kami dengan sukacitanya melanjutkan tawaran ini kepada perancang mesyuarat untuk satu tahun lagi. Mereka boleh mendapat 4 mata ganjaran atau 2 batu bagi setiap US$1 yang dibelanjakan untuk mesyuarat dan acara sambil menikmati perkhidmatan kami yang telah ditempah serta penyelesaian mesyuarat kami yang inovatif."

takethelead ialah sebuah platform acara dalam talian  khusus yang memberikan perkhidmatan tersuai khusus sehenti untuk ahli-ahli bagi menguruskan setiap butiran halus acara mereka – termasuk perancangan, logistik, makanan dan hiburan.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut mengenai ganjaran takethelead – lawati meeting.langhamhotels.com.

*Hotel Transit Lapangan Terbang New Delhi Eaton Smart tidak menyertai promosi ini.

Sebagai subsidiari milik penuh Great Eagle Holdings, Langham Hospitality Group merangkumi satu rangkaian jenama-jenama hospitaliti tersendiri termasuklah hotel, resort, kediaman pangsapuri terkhidmat, restoran dan spa, yang terletak di empat benua. Kumpulan itu kini memiliki dan/atau menguruskan 17 hotel di bawah jenama The Langham, Langham Place, Eaton dan 88 Xintiandi, dengan lebih 20 projek hotel kini sama ada sudah disahkan atau dalam peringkat rundingan lanjut dari China melalui Asia dan India hingga ke Timur Tengah. Untuk tempahan, sila hubungi seorang profesional pelancongan atau akses laman web pada alamat www.langhamhotels.com.

Hartanah Kami:

EROPAH:

  • The Langham, London

PASIFIK:

  • The Langham, Auckland
  • The Langham, Melbourne
  • The Langham, Sydney

AMERIKA UTARA & KEPULAUAN CARIBBEAN:

  • The Langham, Boston
  • The Langham, Huntington, Pasadena, Los Angeles
  • Langham Place, Fifth Avenue
  • The Langham, Chicago (2013)
  • Eaton Chelsea, Toronto (2013)

ASIA:

Tanah Besar China

  • The Langham, Xintiandi, Shanghai
  • The Langham, Shenzhen
  • Langham Place, Lapangan Terbang Ibu Negara Beijing
  • 88 Xintiandi, Shanghai
  • Eaton Luxe, Nanqiao, Shanghai
  • Eaton Luxe, Xinqiao, Shanghai
  • The Langham, Haikou, Hainan (2015)
  • Langham Place, Dalian (2016)
  • Langham Place, Datong (2014)
  • Langham Place, Guangzhou (2013)
  • Langham Place, Ningbo (2013)
  • Langham Place, Qingdao (2015)
  • Langham Place, Xiamen (2013)
  • Eaton Luxe, Qingdao (2014)

Hong Kong

  • The Langham, Hong Kong
  • Langham Place, Mongkok, Hong Kong
  • Eaton Hong Kong

India

  • Eaton Smart, Hotel Transit Lapangan Terbang New Delhi
  • Eaton, Lavasa (2015)
  • Langham Place, Lavasa (2015)

Hubungan Media:

Vivienne Gan 
Naib Presiden – Hubungan Awam 
Langham Hospitality Group
Tel: (852) 3552 3823 
Faks: (852) 3552 3902 
Emel: vivienne.gan@langhamhotels.com

 

Source: Langham Hospitality Group
Keywords: Hotels and Resorts Travel New products/services