omniture

Casio bakal Lancar Jam Tangan EDIFICE Baharu Gabungkan Gentian Karbon 6K dengan Kerjasama Scuderia AlphaTauri

Skema Warna Menampilkan Warna Pasukan Biru Kelasi dengan Aksen Fluoro
CASIO COMPUTER CO., LTD
2021-08-24 09:00 269

TOKYO, 24 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan pelancaran penambahan baharu ke dalam barisan kronograf berprestasi tinggi EDIFICE yang berasaskan konsep jenama "Kepantasan dan Kepintaran." EQB-1200AT, EFS-S580AT, dan EFR-571AT menggunakan muka jam yang diperbuat daripada karbon* 6K dan merupakan set model kolaborasi ketiga yang direka bentuk bersama pasukan Formula OneTM Scuderia AlphaTauri.
*Bahan yang digabung jalin dengan filamen yang setiap satunya mengandungi 6,000 gentian karbon.


Scuderia AlphaTauri ialah pasukan lumba dengan ramai pemandu muda yang sedang meningkat maju. Teknologi canggih dan semangat mengejar kepantasan oleh pasukan ini merupakan padanan yang hebat untuk konsep jenama EDIFICE dan Casio telah menjadi rakan kongsi rasmi sejak tahun 2016 ketika pasukan ini dikenali sebagai Scuderia Toro Rosso.

Jam tangan EQB-1200AT, EFS-S580AT dan EFR-571AT yang baharu ini mempunyai muka jam yang diperbuat daripada gentian karbon 6K, diwarisi daripada kolaborasi kedua bersama Scuderia AlphaTauri yang telah diterima baik. Jam tangan ini menggabungkan teknologi Formula OneTM dengan reka bentuk jam tangan yang menggunakan jenis gentian karbon dengan kekuatan tinggi yang sama seperti yang digunakan pada sayap dan lantai kereta lumba. Warna biru kelasi pasukan ini menjadi warna keseluruhan sementara warna kuning pendarfluor — warna pakaian yang dipakai oleh kru mekanik selepas perlumbaan — menonjolkan unsur-unsur penting seperti gelang muka jam, jarum saat, jarum penunjuk dan butang jam randik, lalu memberi kebolehlihatan tinggi yang diperlukan untuk fungsi yang selamat di padok dan pit.  

Ketiga-tiga model ini adalah kalis air hingga sedalam 100 meter. EQB-1200AT dan EFS-S580AT mempunyai kaca yang diperbuat daripada kristal nilam dengan kekuatan tinggi, seraya memberi ketenangan walaupun dalam situasi perlumbaan yang paling melelahkan. EQB-1200AT turut dilengkapi dengan fungsi-fungsi Pautan Mudah Alih yang dapat melaraskan secara automatik kepada masa yang betul apabila dipasangkan dengan telefon pintar menggunakan aplikasi khusus, memberi penjagaan masa tepat yang diperlukan oleh anggota pasukan yang menjadualkan hari mereka hingga ke minit. Aplikasi ini menampilkan kira-kira 300 bandar untuk dipilih bagi menetapkan Waktu Dunia dengan mudah — ideal untuk pasukan yang mengembara ke seluruh dunia.

EQB-1200AT / EFS-S580AT / EFR-571AT
EQB-1200AT / EFS-S580AT / EFR-571AT

Maklumat lanjut: https://www.casio-intl.com/asia/en/news/2021/0824_eqb-1200at/ 

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Auto Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail Transportation