omniture

AppGallery Ganding Bahu dengan Nekki Bawakan Shadow Fight Arena kepada Pengguna AppGallery

Peminat RPG aksi terkenal di dunia boleh menuntut hadiah eksklusif - tersedia semasa pelancaran - apabila bermain melalui AppGallery
AppGallery, Huawei
2021-08-24 14:37 263

SHENZHEN, China, 24 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Pemain AppGallery kini boleh menyertai pertempuran dalam Shadow Fight Arena, apabila siri yang terkini daripada siri Shadow Fight Nekki menyertai Shadow Fight Arena 2 dan 3 di AppGallery.

Shadow Fight Arena
Shadow Fight Arena

Terkenal dengan grafik 3D realistik dan pengalaman pertempuran tahap-konsol, Shadow Fight Arena mengundang pemain untuk meneroka alam ninja yang penuh misteri dan menghimpunkan pasukan yang terdiri daripada tiga pemain untuk berjuang dalam pertempuran berbilang pemain.

Pemain AppGallery Shadow Fight Arena boleh menuntut akses yang eksklusif untuk salah satu watak yang paling sukar ditemui dalam permainan tersebut - 'Monkey King' yang hebat, bagi memberikan permulaan serta merta kepada mereka. Dengan nilai keseluruhan mencecah USD100, Monkey King terkenal dalam kalangan peminat Shadow Fight Arena kerana langkah serangannya yang mengagumkan.

"Siri Shadow Fight telah diterima baik setakat ini dan kami berasa gembira untuk pengguna AppGallery di seluruh dunia bagi mengalami kehangatan pertempuran dengan tawaran terbaharu kami dengan kerjasama bersama Huawei," kata Nikita Korzhavin, Pengarah Pembangunan Perniagaan di Nekki.

Huawei Tawar Sokongan Teknologi kepada Rakan Kongsi 

Sebagai salah satu pasaran aplikasi global yang berkembang paling pantas, pembangun dapat memanfaatkan keupayaan HMS Core Huawei semasa menjelangnya pelancaran aplikasi. Shadow Fight Arena menunjukkan sejauh mana permainan mudah alih dapat meningkatkan pengalaman penggunanya melangkaui corak permainan standard, berintegrasi dengan IAP Kit Huawei untuk memberi pengalaman pembayaran dalam-permainan yang lancar.

"Peluang berkongsi perjalanan ini bersama Huawei telah membawa kepuasan," ulas Nikita Korzhavin, Pengarah Pembangunan Perniagaan di Nekki. "Dengan kejayaan integrasi HMS Core Kits Huawei, kami dapat menyediakan grafik berkualiti tinggi yang dapat menghidupkan landskap terperinci permainan tersebut."

Shadow Fight Arena telah menyaksikan kejayaan yang besar setakat ini. Dipuji sebagai Permainan Mudah Alih Terbaik 2020 di DevGAMM Awards, Shadow Fight Arena turut mendapat pengiktirafan dengan menjadi finalis bagi Pencapaian Audio/Visual Terbaik dalam Mobile Games Awards 2021 Pocket Gamer serta finalis untuk Permainan Terbaik Tahunan Pocket Gamer bagi tahun 2021.

Shadow Fight Arena kini disediakan untuk dimuat turun di AppGallery

Latar Belakang AppGallery - Salah satu daripada 3 Pasaran Aplikasi Utama di Seluruh Dunia

Dengan AppGallery, visi kami adalah untuk menjadikan platform pengedaran aplikasi terbuka dan inovatif yang boleh diakses oleh pengguna dan dalam masa yang sama melindungi privasi dan keselamatan pengguna dengan ketat. Sebagai salah satu daripada tiga pasaran aplikasi utama di seluruh dunia, AppGallery menawarkan pelbagai jenis Aplikasi global dan tempatan daripada 18 kategori dan boleh didapati di lebih daripada 170 negara dan wilayah dengan lebih 540 juta pengguna aktif bulanan secara global.

Latar Belakang Nekki

Nekki ialah pembangun permainan mudah alih yang berpangkalan di Cyprus dengan judul-judul popularnya Shadow Fight, Vector dan 11x11 tercapai dengan jayanya. Shadow Fight Arena Nekki merupakan finalis untuk Pencapaian Audio/Visual Terbaik dalam Mobile Games Awards 2021 Pocket Gamer dan Permainan Terbaik Tahunan 2021 Pocket Gamer. Perkakas yang dibangunkan oleh Nekki, Cascadeur juga merupakan finalis untuk Penyedia Perkakas Terbaik yang mengiktiraf mana-mana syarikat yang menyediakan perkakas untuk pembangun bagi membantu menghasilkan permainan untuk platform mudah alih menerusi Mobile Games Awards 2020 Pocket Gamer. Ketahui lebih lanjut di https://nekki.com/

Source: AppGallery, Huawei
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Licensing/marketing agreements