omniture

Chic Outlet Shopping® Melancarkan Kempen 'Globalista' Baharu Fotografi dan Arahan oleh Mary McCartney - Menampilkan Julia Restoin Roitfeld dan Milla Jovovich

Value Retail PLC
2013-06-20 15:30 197

LONDON, 20 Jun 2013 /PRNewswire/ --

Alami Dunia Chic Outlet Shopping®  musim panas ini yang menemukan fesyen dan kembara di destinasi beli-belah mewah kegemaran Eropah

Koleksi Perkampungan outlet mewah oleh Value Retail iaitu Chic Outlet Shopping®, telah melancarkan kempen 'Globalista' musim panas baharunya yang bakal mengujakan pencinta kembara, fesyen dan destinasi beli-belah mewah.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/mnr/61923-chic-outlet-shopping-launch-globalista-campaign  

Chic Outlet Shopping®  telah mencipta sebuah filem unik sebagai sebahagian daripada kempen itu yang diarahkan oleh jurugambar terkemuka dunia Mary McCartney dan dibintangi oleh ikon gaya antarabangsa iaitu peragawati dan pelakon AS Milla Jovovich dan pengarah seni Julia Restoin Roitfeld.

Filem pendek itu menawarkan sekilas pandang ke dalam kehidupan para 'Globalista' yang mengembara ke seluruh dunia – pengembara dunia yang sofistikated yang gemar membeli-belah untuk fesyen di mana-mana sahaja mereka berada di dunia – merintis Perkampungan Chic Outlet Shopping® dan pemandangan terkenal di bandar-bandar paling didambakan di Eropah.

Tonton filem itu di ChicOutletShopping.com/globalista dan lihat rakaman belakang tabir Milla dan Julia. Baca temubual eksklusif dengan pasangan pelakon filem  itu, yang memberitahu apa yang mereka wajib bawa semasa melancong dan jenama-jenama kegemaran mereka di Perkampungan Chic Outlet Shopping®.

Pembuat bagasi utama dunia Samsonite® telah bekerjasama dengan Chic Outlet Shopping® sebagai sebahagian daripada kempen untuk mencipta hasil seni bertemakan pengembaraan yang menarik hati. Artis-artis antarabangsa akan melukis rekaan mereka sendiri pada bagasi Samsonite ikonik untuk dipamerkan sebagai pameran seni dalam setiap sembilan Perkampungan beli-belah itu. Chic Outlet Shopping®  juga akan menghadiahkan sepuluh set barangan bagasi Samsonite serta Kad Hadiah bernilai €2,000 untuk dibelanjakan di dalam Perkampungan itu.

Kempen 'Globalista' diketuai oleh bekas Pengarah Fesyen Wallpaper* yang kini merupakan Pengarah Seni Value Retail iaitu Kim Andreolli.

Sambutan 'Globalista' diteruskan dalam semua Perkampungan itu dan setiap satunya menawarkan pilihan promosi menarik, acara eksklusif dan aktiviti sepanjang tempoh musim panas. Temui dunia Perkampungan Chic Outlet Shopping® dan nikmati kembara ke destinasi Eropah yang wajib dilawati di mana saat-saat penemuan, kejutan dan keseronokan  dirancakkan melalui pengalaman membeli-belah yang sangat unik.

Fidenza Village berdekatan Milan akan menyambut sepuluh tahun penuh keghairahan untuk fesyen dan pelancongan dalam semua segi mereka iaitu daripada bakat pereka dan seni baharu hingga ke budaya kawasan dan tradisi untuk hidangan makanan lazat. Dua Perkampungan Chic Outlet Shopping® di Sepanyol juga akan mendapat inspirasi daripada daerah tempatan mereka: Las Rozas Village berhampiran Madrid akan melancarkan sebuah butik kilat Spain Makes, yang meraikan pereka tempatan yang semakin menempa nama; sementara La Roca Village akan mengalu-alukan kedatangan musim panas dengan sebuah tapak pasar bertemakan 'Gypset' dan persembahan muzik langsung setiap hari Jumaat.

 Penyuaian khas adalah tumpuan utama keraian di Bicester Village dengan pelancaran butik kilat Zatchels yang menawarkan tetamu peluang untuk mereka khusus sebuah aksesori ikonik Britain dan juga akan terdapat sebuah kotej Cotswold interaktif unik untuk dinikmati oleh para tetamu. Semasa kempen Globalista ini dua Perkampungan Chic Outlet Shopping®  di Jerman ini akan menerokai tiga tunggak Eropah dengan aktiviti khusus dan santapan gourmet yang diilhamkan oleh Itali, Britain dan Jerman. Tambahan lagi, La Vallée Village dekat Paris akan menjemput  para tetamu bersantai dalam suasana gaya Bohemia di Lounge VIP dan menikmati kelazatan hidangan yang ditawarkan oleh restoran kilat Palais des Thés. Akhirnya, di Maasmechelen Village, pasar-pasar jalanan, sebuah keraian Vespa yang ikonik dan pembukaan butik-butik baharu akan membuka selera pada tetamu yang boleh menikmati santapan di restoran kilat Antica Corte Pallavicina Garden, yang menawarkan rasa Itali yang tradisional.

 "Chic Outlet Shopping® adalah salah sebuah godaan pengalaman membeli-belah mewah yang sukar dilawan. Saya suka menjadi sebahagian daripada kempen ini dan memang begitu hebat dapat bekerja bersama Mary McCartney; seorang yang sangat kreatif dan bersemangat dengan sifat yang teliti dan tenaga yang tidak habis-habis.'

Milla Jovovich

Saya teruja apabila diminta menjadi sebahagian daripada kempen Globalista untuk Chic Outlet Shopping®. Mary McCartney sangat memberi inspirasi dan Perkampungan itu umpama taman permainan untuk fesyenista yang mencari barangan mewah. Malah saya juga sempat membeli-belah…"

Julia Restoin Roitfeld

Ini kerjasama ketiga saya bersama Chic Outlet Shopping® dan saya teruja untuk mengarah kempen musim panas Globalista. Memang seronok dapat berada kembali di Perkampungan itu dan bekerja bersama pasukan yang hebat dan duta yang begitu berwibawa.

Mary McCartney

Mengenai Chic Outlet Shopping®

Chic Outlet Shopping® adalah Koleksi Perkampungan outlet mewah oleh Value Retail, satu-satunya syarikat yang mengkhusus secara eksklusif untuk pembangunan dan operasi perkampungan beli-belah outlet mewah. Sembilan Perkampungan itu yang kini menempatkan lebih daripada 900 buah butik menawarkan koleksi tulen jenama-jenama mewah fesyen dan gaya hidup utama daripada musim sebelumnya dengan penjimatan sehingga 60% dan kadangkala lebih lagi, berbanding harga jualan saranan, sepanjang tahun.

Perkampungan yang terletak berdekatan dengan beberapa bandar kemasukan kegemaran China dan Eropah itu - London, Dublin, Paris, Madrid, Barcelona, Milan, Bologna, Brussels, Antwerp, Cologne, Frankfurt, Munich dan, akan datang, Suzhou/Shanghai – telah sinonim dengan fesyen mewah, perkhidmatan dan hospitaliti unggul, acara-acara yang disambut sepanjang tahun, dan nilai hebat untuk wang.  Perkampungan yang terletak di kawasan yang dikenali daripada segi budaya dan sejarah itu sendiri telah menjadi destinasi pelancong antarabangsa.

Usaha niaga baharu Value Retail untuk membawa Perkampungan Chic Outlet Shopping® nya yang tersendiri ke China bakal melihat Perkampungan pertamanya –Suzhou Village™ - dibina di Suzhou yang penuh bersejarah, 50 batu arah barat Shanghai. Suzhou Village™ akan didefinisikan dengan tawarannya untuk jenama-jenama fesyen dan gaya hidup mewah antarabangsa, bersama tahap perkhidmatan yang luar biasa seperti ahli-ahli lain dalam Koleksi itu.

Sumber: Value Retail PLC

Source: Value Retail PLC
Keywords: Fashion Multimedia/Online/Internet Retail New products/services