omniture

IFRA Keluarkan Kemas Kini Standard Wangian

IFRA
2013-06-20 16:34 177

 

BRUSSELS, 20 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Persatuan Wangian Antarabangsa (IFRA) secara rasminya memaklumkan Pindaan ke-47 kepada Kod Amalan IFRA sebagai sebahagian daripada program keselamatan industri yang sedang dijalankan*.

Ada enam Standard baharu yang berdasarkan perkaedahan Penilaian Risiko Kuantitatif (QRA)**, empat Standard yang disemak, sebuah Standard baharu yang mengehadkan penggunaan Furfural, sebuah Standard Kumpulan baharu yang melarang penggunaan 2,4-Dienal dan 11 Standard yang disemak  dengan mengambil kira sumbangan Schiff Bases. Akhir sekali, satu Standard yang mempunyai tahap penggunaan maksimum yang dibetulkan.

Salah satu daripada enam Standard baharu itu ialah hasil data baharu yang kini boleh diperolehi yang menyokong penggunaan selamat Dihyrokoumarin. Hasilnya adalah bahan yang dahulunya dilarang ini kini sudah menjadi bahan yang dihadkan. Kini Standard-standard ini terdiri daripada:

  • 102 Standard IFRA yang mengehadkan penggunaan bahan
  • 80 Standard IFRA yang melarang penggunaan bahan
  • 20 Standard IFRA yang menetapkan keperluan ketulenan

Butiran penuh Pindaan Ke-47 dan semua dokumen panduan berkaitan sedia didapati di laman web IFRA baharu: http://www.ifraorg.org

Pematuhan kepada Standard Kod Amalan IFRA adalah mandatori untuk semua syarikat yang tertakluk secara langsung kepada IFRA atau persatuan-persatuan ahli IFRA.

Kod Amalan itu dikenakan kepada pembuatan dan pengendalian semua bahan-bahan wangian, semua jenis aplikasi dan mengandungi set penuh Standard IFRA. Kebanyakan syarikat klien, termasuk pengeluar kelengkapan dandanan diri dan produk keperluan rumah, menjangkakan wangian mereka mematuhi Standard IFRA seperti yang digariskan di dalam Kod.

Kod Amalan IFRA diedarkan ke seluruh dunia dan berada dalam pegangan semua persatuan yang menjadi ahli serta syarikat-syarikat ahli mereka, di samping badan-badan kawal selia kerajaan dan pihak-pihak berkepentingan yang berminat.

Nota kepada Editor:

*Program Keselamatan industri wangian

Program keselamatan industri wangian ditubuhkan untuk menilai bahan wangian dan sama ada menetapkan 'Tahap Selamat Guna', atau melarang penggunaannya, berdasarkan kajian mengenai kesan yang berkemungkinan ke atas orang ramai dan alam sekitar. Kini program keselamatan itu mengandungi 186 'Standard', yang mengehadkan, atau melarang, penggunaan bahan wangian terpilih.

Persatuan Wangian Antarabangsa (IFRA) mempunyai sebuah Program Pematuhan untuk memastikan industri wangian mematuhi standard keselamatannya. Setiap tahun, 50 produk daripada 450 produk pilihan akan dikumpul daripada kedai-kedai di 10 negara berbeza dan akan diuji. Jika sesebuah produk tidak mematuhi Kod Amalan dan Standardnya, IFRA akan bekerjasama dengan pembuatnya untuk memastikan pematuhan.

**Penilaian Risiko Kuantitatif (QRA)

Pada tahun 2005, IFRA memperkenalkan sebuah pendekatan baharu Penilaian Risiko Kuantitatif atau QRA untuk mengehadkan bahan wangian yang berpotensi mencetuskan pemekaan sentuhan. Pendekatan baharu ini ialah pendekatan yang lebih diperhalusi untuk menilai bahan-bahan yang memeka, lalu memberikan panduan yang lebih jitu mengenai tahap penggunaan bahan bergantung kepada situasi dan produk-produk yang menggunakannya; dan akhirnya ia patut melindungi pengguna dengan lebih baik daripada menjadi peka terhadap suatu bahan tertentu.

SUMBER: IFRA

Source: IFRA
Related Links:
Keywords: Chemical Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics