BEIJING, 25 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Pada hari Isnin, Presiden Cina Xi Jinping melawat Ladang Hutan Saihanba di Wilayah Hebei, utara China. Usaha tanpa henti oleh tiga generasi penanam pokok telah mengubah tanah luas yang dahulunya tandus menjadi hutan buatan manusia yang terbesar di dunia.
Semasa lawatan beliau, Presiden Xi mendengar laporan kerja oleh kerajaan tempatan dalam menyelaraskan usaha perlindungan dan pemulihan gunung, sungai, hutan, tanah ladang, tasik dan rumput, yang menunjukkan bahawa pembangunan mesra alam akan ditingkatkan ke kedudukan yang lebih tinggi dalam usaha pemodenan negara berkenaan.
Meliputi kawasan seluas kira-kira 93,000 hektar, Saihanba hampir menjadi tanah tandus pada tahun 1950-an ekoran operasi penebangan pokok yang berleluasa yang turut mengakibatkan berlakunya ribut pasir yang mengancam Beijing dan wilayah-wilayah yang berdekatan.
Pada tahun 1962, beratus-ratus rimbawan memulakan usaha menanam pokok di Saihanba untuk mengubah arus penggurunan yang pesat. Selepas usaha bersungguh-sungguh oleh tiga generasi, liputan hutan tersebut meningkat daripada 11.4 peratus kepada 80 peratus yang ketika ini membekalkan kira-kira 137 juta meter padu air bersih ke ibu negara Cina.
Semasa upacara untuk memberi penghormatan kepada mereka yang telah menyumbang kepada kemenangan dalam membasmi kemiskinan melampau, Ladang Hutan Saihanba dianugerahkan gelaran suri teladan negara. Ia turut memenangi anugerah Champions of the Earth 2017, penghormatan tertinggi seumpamanya oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Xi berbual-bual dengan beberapa rimbawan, memeriksan pertumbuhan pokok dan mendengar pengenalan kepada usaha oleh ladang tersebut untuk meneruskan semangat Saihanba serta menggalakkan pembangunan yang berkualiti tinggi. Saihanba telah menjadi lambang semangat kerja keras Cina dan contoh jelas eko-tamadun.
Corak pertumbuhan mesra alam
Walaupun dengan tekanan menurun yang semakin meningkat selama bertahun-tahun, China teguh menentang cara lama dalam pengembangan ekonomi dan kesannya yang teruk ke atas alam sekitar. Untuk tujuan ini, kepimpinan tertinggi berulang kali menekankan pendekatan pembangunan utama seperti yang dinyatakan dengan jelas oleh Xi sebagai "perairan jernih dan gunung-ganang menghijau merupakan aset yang tidak ternilai."
Pada bulan Jun, Pejabat Am Majlis Negeri mengeluarkan satu garis panduan untuk mengambil langkah-langkah saintifik sebagai sebahagian daripada usaha penghutanan China untuk memperbaiki secara asasnya persekitaran semula jadi negara berkenaan.
Ia menggesa usaha untuk menanam pokok dan rumput dengan mengikuti peraturan ekosistem yang wujud bagi meningkatkan kestabilan ekosistem dan kapasitinya demi pemulihan kendiri.
Xi memberi perhatian yang tinggi untuk menggunakan pendekatan saintifik terhadap penghijauan tanah China yang berkualiti tinggi dan beberapa kali menyeru lebih banyak usaha dilakukan untuk menggalakkan penghutanan dan melindungi sumber hutan.
Menurut pihak berkuasa perhutanan dan padang rumput, China telah berjaya menghentikan perluasan penggurunan, dengan kawasan penggurunan menyusut sebanyak purata tahunan 2,424 kilometer persegi.