omniture

IMA Namakan Russ Porter sebagai Ketua Pegawai Kewangan Baharu

Porter membawa pengalaman selama hampir 30 tahun kepada jawatan tersebut
Institute of Management Accountants (IMA)
2021-08-26 09:17 157

SINGAPURA, 26 Ogos 2021 /PRNewswire/ --  IMA® (Institute of Management Accountants) hari ini mengumumkan pelantikan Russ Porter, CMA (U.S.), CFM, CSCA sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan Naib Presiden Kanan Strategi, Teknologi dan Analitik. Porter menggantikan Doreen Remmen, yang berkhidmat menerusi jawatan tersebut dengan luar biasa selama lebih daripada 12 tahun.

IMA Names Russ Porter as New Chief Financial Officer
IMA Names Russ Porter as New Chief Financial Officer

 

Porter membawa pengalaman antarabangsa yang luas selama hampir 30 tahun mengarahkan operasi, analisis, perancangan dan pelaksanaan kewangan di IBM. Beliau mengkhusus dalam pengurusan kewangan, perakaunan, penentuan harga, kawalan perniagaan dan insentif.

"Saya teruja untuk menyertai IMA dan berkhidmat untuk profesion yang telah saya usahakan sepanjang kerjaya saya," kata Porter. "Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan pasukan kepimpinan bagi mempercepatkan keutamaan strategik kami, memperluas jangkauan kami dengan lebih menyeluruh dalam profesion perakaunan dan kewangan serta terus meningkatkan nilai untuk ahli-ahli kami."

Melapor kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IMA Jeff Thomson, Porter akan bekerjasama erat dengan kakitangan kanan dan Lembaga Pengarah Global bagi memastikan kekuatan kewangan operasi dalam menyokong misi IMA untuk berkhidmat dalam profesion perakaunan pengurusan global. Beliau juga akan bertugas di samping Ketua Pegawai Eksekutif sebagai rakan niaga strategik untuk memimpin strategi organisasi dan inisiatif transformasi digital dalam seluruh perusahaan.

"Saya berasa gembira dapat menyambut Russ sebagai Ketua Pegawai Kewangan baharu IMA dan saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan beliau untuk membawa IMA ke tahap pertumbuhan dan perkaitan seterusnya biarpun dalam tempoh yang menimbulkan gangguan ini," kata Thomson.

Porter telah menjadi ahli IMA selama lebih daripada 25 tahun dan baru-baru ini lulus peperiksaan CSCA® (Certified in Strategy and Competitive Analysis) sebagai pemenang pingat Perak. Sebelum ini, beliau bertugas di IBM selama lebih daripada 28 tahun, yang terkini berkhidmat sebagai Naib Presiden Kewangan, Perkhidmatan Perniagaan Global. Sebelum berkhidmat untuk jawatan tersebut, kerjaya beliau mencakupi pelbagai unit dan fungsi perniagaan dalam syarikat, terutamanya dalam perancangan dan analisis perakaunan serta kewangan. Porter berkelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada University of Delaware dan ijazah sarjana dalam pengurusan kewangan dan perniagaan daripada New York University's Stern School of Business.  

Latar Belakang IMA® (Institute of Management Accountants)

IMA® ialah salah satu persatuan yang terbesar dan paling disegani yang memberi tumpuan eksklusif bagi memajukan kerjaya perakaunan pengurusan. Secara global, IMA menyokong kerjaya ini melalui penyelidikan, program-program U.S. CMA® (Certified Management Accountant) dan CSCA® (Certified in Strategy and Competitive Analysis), pendidikan berterusan, perangkaian dan advokasi amalan perniagaan beretika tertinggi. Dinamakan sebagai Badan Profesional Tahunan sebanyak dua kali oleh The Accountant/International Accounting Bulletin, IMA mempunyai jaringan global melibatkan lebih daripada 140,000 ahli dalam 150 negara dan 350 cawangan profesional dan pelajar. Beribu pejabat di Montvale, New Jersey, AS, IMA menyediakan perkhidmatan setempat melalui empat wilayah globalnya: Amerika, Asia/Pasifik, Eropah dan Timur Tengah/India. Untuk maklumat lanjut mengenai IMA, sila kunjungi www.imanet.org.

 

Source: Institute of Management Accountants (IMA)
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements