PRINCETON, New Jersey, 21 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Pada tahun lepas, Educational Testing Service (ETS) telah melaksanakan kira-kira lapan juta penilaian Bahasa Inggeris melalui program-program penilaian TOEFL® dan TOEIC®. Program-program ini digunakan oleh lebih 22,000 organisasi dalam 150 buah negara.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120110/DC33419LOGO )
Bahasa Inggeris menjadi bahasa antarabangsa yang semakin penting yang digunakan oleh orang-orang daripada latar belakang geografi, budaya dan bahasa berbeza bagi berkomunikasi sesama sendiri, dengan hampir dua bilion penutur Bahasa Inggeris di seluruh dunia. Oleh itu, keperluan untuk menilai kepetahan berbahasa Inggeris di tempat kerja dan institusi pendidikan seluruh dunia terus meningkat. Ujian-ujian TOEFL dan TOEIC ETS memenuhi permintaan ini sebagai peneraju dunia dalam penilaian Bahasa Inggeris.
"Perniagaan, institusi pendidikan dan entiti kerajaan sedunia perlu menggajikan calon-calon berkelayakan tinggi yang boleh bekerja dalam persekitaran penuh persaingan," kata David Hunt, Naib Presiden ETS dan Ketua Pegawai Operasi Divisyen Global ETS. "Ujian-ujian TOEFL dan TOEIC membantu institusi-institusi ini membuat keputusan termaklum mengenai kemampuan pemohon untuk berkomunikasi dengan berkesan merentasi sempadan.
Ujian TOEFL ialah piawaian antarabangsa – yang digunakan oleh lebih 8,500 kolej, universiti dan agensi – bagi mengukur kepetahan Bahasa Inggeris akademik pada peringkat universiti. Tambahan lagi, ujian TOEFL mengukur betapa lancarnya seseorang individu menggabungkan kemahiran-kemahiran mendengar, membaca, bertutur dan menulis bagi menjalankan tugasan-tugasan akademik. Penilaian ini menawarkan alat yang menyeluruh dan andal bagi mengukur kemahiran kepetahan berbahasa Inggeris individu dari seluruh dunia.
Ujian TOEIC ialah piawaian antarabangsa bagi menilai tahap kepetahan berbahasa Inggeris seseorang individu untuk tenaga kerja, mengukur betapa baiknya seseorang calon pekerja dapat mengguna pakai kemahiran berbahasa Inggeris dalam sebuah persekitaran bekerja yang praktik. Kini, hampir 14,000 buah organisasi menggunakan markah TOEIC bagi membina tenaga kerja yang lebih baik. Tambahan lagi, pencari kerja mempercayai markah TOEIC membezakan diri mereka dalam pasaran pekerjaan yang penuh persaingan. Penilaian TOEIC mengukur keempat-empat kemahiran berbahasa dan menyediakan gambaran kekuatan dan kelemahan seseorang calon ujian yang boleh digunakan bagi memaklumkan keputusan kritikal pengambilan bekerja dan penempatan. Proses pengujian TOEIC juga diseragamkan agar organisasi boleh menggunakan markah ujian TOEIC bagi menempatkan, membangunkan dan menaikkan pangkat kakitangan dari dan dalam mana-mana negara atau rantau di dunia.
Untuk maklumat lanjut mengenai program TOEFL, sila lawati http://www.ets.org/toefl. Untuk maklumat lanjut mengenai program TOEIC, sila lawati http://www.ets.org/toeic.
Mengenai Ujian TOEFL
Ujian TOEFL untuk Bahasa Inggeris akademik ialah penilaian Bahasa Inggeris yang paling diterima pakai secara meluas di seluruh dunia, diiktiraf oleh lebih 8,500 institusi dalam lebih daripada 130 buah negara, termasuk Australia, U.K., Kanada dan Amerika Syarikat. Sehingga ke hari ini, lebih 27 juta pelajar telah mengambil ujian TOEFL. Untuk maklumat lanjut mengenai ujian TOEFL sila lawati laman web TOEFL di www.ets.org/toefl.
Mengenai Ujian TOEIC
Selama lebih 30 tahun, ujian TOEIC telah menjadi piawaian global bagi mengukur kemahiran berkomunikasi Bahasa Inggeris di tempat kerja. Rumpun penilaian TOEIC, termasuk ujian Mendengar dan Membaca TOEIC, ujian Bertutur dan Menulis TOEIC dan ujian TOEIC Bridge™ digunakan oleh hampir 14,000 perniagaan, organisasi dan agensi kerajaan dalam 150 buah negara. Pada tahun 2012, hampir tujuh juta ujian TOEIC telah dilaksanakan seluruh dunia, mengukuhkan lagi Program TOEIC sebagai penilaian Bahasa Inggeris yang terbesar dan paling meluas digunakan di tempat kerja. Untuk maklumat lanjut mengenai ujian TOEIC dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Program TOEIC lawati www.ets.org/toeic.
Mengenai ETS
Di ETS, kami memajukan kualiti dan ekuiti dalam pendidikan untuk penduduk seluruh dunia dengan mencipta penilaian berdasarkan penyelidikan rapi. ETS berkhidmat untuk individu, institusi pendidikan dan agensi kerajaan dengan menyediakan penyelesaian yang tersuai khusus untuk pensijilan guru, pembelajaran Bahasa Inggeris, dan pendidikan rendah, menengah dan pasca menengah, serta menjalankan penyelidikan, analisis dan kajian polisi pendidikan. Ditubuhkan sebagai organisasi tanpa untung pada tahun 1947, ETS membangunkan, melaksanakan dan menilai pemarkahan lebih 50 juta ujian seluruh dunia – termasuk ujian-ujian TOEFL®, TOEIC®, GRE® dan penilaian The Praxis Series™ - dalam lebih 180 buah negara, di lebih 9,000 lokasi seluruh dunia. www.ets.org