omniture

CGTN: Dari tanah tandus menjadi hutan buatan manusia terbesar di dunia, Saihanba dan usaha ekologi China

CGTN
2021-08-27 03:29 209

BEIJING, 27 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Berdekad-dekad yang lalu, tiada siapapun yang membayangkan bahawa Saihanba - dahulunya tanah tandus yang terletak di Wilayah Hebei, utara China - akan berubah menjadi hutan buatan manusia yang terbesar di dunia.

China berjaya melakukannya.

Kini, Saihanba dapat menyaksikan liputan hutan sebanyak 80 peratus yang dapat memulihara dan menulenkan 137 juta meter padu air setiap tahun, satu pencapaian yang dipuji sebagai "hebat" oleh Presiden Cina Xi Jinping.

"Ia merupakan model dalam sejarah peradaban ekologi dunia," kata beliau semasa lawatan selama dua hari beliau baru-baru ini di Hebei.

Semasa kunjungan beliau, Xi mempelajari mengenai pengurusan dan perlindungan ladang hutan serta usaha terselaras oleh Hebei dalam memelihara gunung, sungai, hutan, tanah ladang, tasik dan padang rumput serta kawalan penggurunan.

Presiden turut menegaskan kepentingan membangunkan ekonomi mesra alam dan melanjutkan kemajuan ekologi, menggesa untuk meneruskan "semangat Saihanba" "—satu istilah yang dikaitkan kepada generasi-generasi pekerja di ladang yang telah mengingati misi mereka, bekerja keras dan meneruskan usaha pembangunan mesra alam.

Xi menggesa pekerja di ladang hutan Saihanba untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pemuliharaan ekologi dan meneruskan kerja keras mereka demi pencapaian baharu.

Xi menggalakkan warga emas untuk kekal aktif dalam pasaran kerja 

Dalam menghadapi tenaga buruh yang semakin meningkat usia dalam ekonomi yang terus berkembang, Xi menggalakkan lebih ramai warga emas untuk "kekal aktif" dalam pasaran kerja semasa memeriksa pusat khidmat masyarakat Binhe.

Xi mencadangkan kepada "warga emas yang lebih muda" untuk terlibat dalam tugas-tugas seperti pekerjaan sukarela masyarakat.

Menurut Biro Statistik Negara China, kini terdapat 264 juta orang yang berumur 60 tahun dan ke atas, yang menyumbang sebanyak 18.7 peratus daripada jumlah penduduk. Ramai yang berkata bahawa trend ini berpotensi menimbulkan ancaman kepada ekonomi kedua yang terbesar di dunia ini.

Negara ini telah memasukkannya dengan jelas dalam Rancangan Lima-Tahun ke-14 (2021-2025) bahawa ia akan menaikkan usia persaraan berkanun "secara berperingkat-peringkat, fleksibel dan berbeza" untuk disesuaikan dengan "kebiasaan baharu."

Semasa kunjungan beliau, Xi turut menegaskan mengenai keperluan untuk mencapai matlamat utama pada tahun ini demi pembangunan ekonomi dan sosial negara ini.

Beliau menekankan keperluan untuk mencapai keseimbangan antara pencegahan dan kawalan COVID-19 serta pembangunan ekonomi dan sosial dan juga antara pembangunan dan keselamatan, bagi menggalakkan pembangunan yang berkualiti tinggi dan untuk berusaha memenuhi sasaran dan tugas sosial dan ekonomi utama bagi tahun ini demi memastikan permulaan yang baik dalam Rancangan Lima-Tahun ke-14.

Falsafah pembangunan baharu dengan cara yang menyeluruh dan tepat perlu diamalkan, kata Xi, juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) dan pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat.

Xi menggesa pemeliharaan dan pembangunan warisan budaya 

Di Pusat Peranginan Gunung Chengde yang terkenal – tapak Warisan Budaya Dunia UNESCO—Xi mempelajari mengenai sejarahnya serta usaha pemeliharaan yang dilakukan di sana.

Pusat peranginan tersebut menyajikan makna bersejarah yang penting untuk komunikasi antara kumpulan etnik minoriti yang berbeza, penyesuaian agama dan masyarakat, pemeliharaan dan pembangunan warisan budaya serta kehidupan bersama yang aman antara manusia dan alam semula jadi, ujar Xi.

Beliau turut menekankan keyakinan budaya dan kesatuan antara kumpulan berbilang etnik.

Kemudian, presiden Cina ini melawat Tokong Puning, sebuah tokong Buddha terkenal yang terletak berhampiran pusat peranginan tersebut dan Muzium Chengde.

Xi: Bermula daripada 'penggiatan semula luar bandar' kepada 'penggiatan semula industri'

China sentiasa melihat penggiatan luar bandar sebagai salah satu kunci untuk membangunkan ekonomi moden dan Presiden Xi mengambil langkah yang lebih jauh. Beliau menegaskan kepentingan "penggiatan semula industri."

Kampung Daguikou—tempat yang dikunjungi oleh Xi—kini menanam strawberi, anggur dan ceri. Namun begitu, buah-buahan bukanlah pilihan pertama mereka.

Kampung tersebut pernah mencuba padi, jagung dan sayur-sayuran. Namun begitu, atas pelbagai alasan seperti kekurangan air, produk-produk ini kurang mengeluarkan hasilnya. Oleh itu, penduduk kampung tidak dapat menjana wang daripadanya. Maka, mereka sebaliknya beralih kepada penanaman buah-buahan.

Kini, penanaman buah strawberi menjadi perniagaan utama untuk 1,700 penduduk dengan setiap isi rumah dapat menjana sekitar $15,000 setahun.

Xi menggesa kampung untuk melaksanakan kaedah yang disesuaikan dan mencari sumber mereka yang tersendiri bagi menonjolkan kelebihan mereka sekali gus turut menyeru untuk mengukuhkan infrastruktur luar bandar dan sistem perkhidmatan awam.

https://news.cgtn.com/news/2021-08-25/Aging-in-China-Xi-encourages-seniors-to-stay-active-in-job-market-131aEaOXqU0/index.html 

 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Agriculture Art Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis Environmental Policy