omniture

Robert Kennedy Kritik Penswastaan Air di Forum Alam Sekitar Dunia

Fórum Mundial de Meio Ambiente
2013-06-24 23:42 142

SAO PAULO, 24 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Penswastaan kini merupakan isu berkaitan air yang paling bermasalah yang kita hadapi. Itul     ah pendapat Robert F. Kennedy Jr.,seorang aktivis dan peguam yang mengkhusus dalam undang-undang alam sekitar dan telah mengambil bahagian dalam Forum Alam Sekitar Dunia yang dianjurkan oleh LIDE – Grupo de Lideres Empresariais [Kumpulan Pemimpin Perniagaan], di Foz do Iguacu.  

'Air sepatutnya menjadi hak semua manusia," tegas Kennedy. Beliau percaya bahawa kapitalisme pasaran bebas merupakan penyelesaian terbaik tetapi ia mesti diuruskan dengan kepentingan sosial, jika tidak generasi masa hadapan terpaksa menderita akibat kesilapan dan pembaziran kita. Beliau menegaskan lagi: "Kita patut menggalakkan penggunaan air yang lebih rasional, tetapi kita tidak boleh mengehadkan penggunaan air oleh golongan termiskin melalui penetapan harga."

Kennedy memetik contoh Cochabamba, Bolivia, sebuah negara yang menswastakan airnya sehingga penduduknya mati akibat kekurangan akses kepada air. Pemberontakannya dilakukan secara besar-besaran hinggakan syarikat-syarikat Perancis dan Amerika yang menguruskan bekalan air bandar itu terpaksa meninggalkan negara. Satu lagi contoh berlaku semasa rejim Pinochet di Chile, apabila diktator itu "menjual" semua sungai negara kepada syarikat Endesa. Syarikat itu dijual kepada pelabur Sepanyol dan kini, menurut Kennedy, spekulator asing memiliki semua air di negara itu. Perkara yang sama berlaku pada hutan-hutan. Beliau percaya tiada demokrasi sebenar di Chile kerana ia tidak mempunyai kawalan autonomi ke atas sumber-sumber aslinya.

Beliau menerangkan bahawa arang ialah pencemar paling teruk alam sekitar Amerika Syarikat, dan sumber tenaga ini perlu digantikan secepat mungkin tetapi terdapat tiga halangan: subsidi sedia ada untuk industri minyak, ketiadaan sistem untuk rangkaian tenaga baharu dan ketiadaan mekanisme berkesan untuk menghukum sesiapa yang membazirkan sumber.

Kennedy telah digelar sebagai salah seorang "Wira Planet" oleh Majalah Time kerana sumbangan beliau dalam perjuangan menyelamatkan Sungai Hudson di New York, dan kerana mengambil bahagian dalam demonstrasi menentang sebuah talian paip minyak bersama sekumpulan pencinta alam sekitar di hadapan Rumah Putih. Beliau ialah anak kepada mendiang Senator AS Robert F. Kennedy dan anak saudara kepada mendiang Presiden, John F. Kennedy dan mendiang Senator Ted Kennedy.

Maklumat lanjut untuk pemberita:
CDN - Comunicacao Corporativa:
www.cdn.com.br 
Erica Valerio
erica.valerio@cdn.com.br (11 3643.2710)

Source: Fórum Mundial de Meio Ambiente
Keywords: Environmental Products & Services Water Utilities Trade show news