BEIJING, 31 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Laporan daripada CCTV+:
Presiden Xi Jinping telah menegaskan untuk menyatukan rasa kemasyarakatan untuk bangsa Cina dan mengambil pendekatan yang betul secara berterusan dengan ciri-ciri Cina untuk mengendalikan hal ehwal etnik apabila beliau berucap di persidangan pusat mengenai hal ehwal etnik. Persidangan tersebut diadakan di Beijing pada hari Jumaat dan Sabtu.
Hanya dengan memupuk semangat kemasyarakat yang padu untuk bangsa Cina dan semua kumpulan etnik bersama-sama melindungi keselamatan negara dan kestabilan sosial, penyusupan dan penentangan pemikiran ekstremis dan pemisah dapat ditentang dan aspirasi penduduk daripada semua kumpulan etnik demi kehidupan yang lebih baik dapat dipenuhi, kata Xi.
Hanya dengan berbuat demikian jaminan ideologi yang berkuasa dapat diberikan demi kemakmuran dan kestabilan berterusan Parti dan negara, kata beliau, menggesa usaha untuk menyatukan sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk bangsa Cina dengan semangat identiti nasional yang lebih tinggi dan ikatan hubungan yang lebih kukuh dalam kalangan masyarakat.
Semua kumpulan etnik harus dibimbing agar sentiasa meletakkan kepentingan bangsa Cina melebihi segala-galanya, dengan kesedaran mereka tentang kumpulan etnik yang berbeza dapat membina rasa kemasyarakatan untuk bangsa Cina secara keseluruhan, kata Xi.
Usaha harus dilakukan untuk melihat agar kepentingan semua kumpulan etnik direalisasikan dalam proses untuk merealisasikan kepentingan keseluruhan bangsa Cina, kata Xi.
Baik cauvinisme Han mahupun cauvinisme etnik tempatan tidak kondusif terhadap pembangunan sebuah komuniti untuk bangsa Cina, tegas beliau.
Xi menyeru untuk menggalakkan penggunaan bahasa Cina lisan dan tulisan standard, melindungi bahasa lisan dan tulisan semua kumpulan etnik serta menghormati dan melindungi pembelajaran dan penggunaan bahasa lisan dan tulisan golongan etnik minoriti.
Xi menekankan keperluan untuk memudahkan pergerakan semua kumpulan etnik ke arah pemodenan sosialis. Beliau turut menegaskan untuk menggalakkan pertukaran dan interaksi antara kumpulan etnik yang berbeza.
Xi menegaskan usaha untuk meningkatkan pemodenan sistem tadbir urus China dan kapasiti untuk hal ehwal etnik, menyeru lebih banyak usaha dilakukan untuk mencegah risiko yang serius dan bahaya tersembunyi dengan tegas dalam bidang ini.
Pemisahan etnik dan ekstremisme agama harus dihapuskan secara berterusan, kata Xi, menekankan keperluan untuk mengukuhkan kerjasama anti-keganasan antarabangsa.
Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=IA2C588d_ZM