omniture

TM dan Maybank Pilihan Pelabur Menurut Undian Syarikat Terbaik Asia Tenggara

Alpha Southeast Asia
2013-06-25 09:02 193

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Hari ini, Alpha Southeast Asia mengeluarkan keputusan undian tahunan ketiga mereka untuk mencari syarikat-syarikat terbaik Asia Tenggara. Anugerah itu berasaskan undian yang dikira daripada 473 pelabur, dana pencen, dana lindung nilai, ekuiti serta broker dan juruanalisis pendapatan tetap dengan kepentingan pelaburan di rantau Asia Tenggara. Syarikat-syarikat dalam setiap negara diperingkatkan mengikut pengurusan kewangan, kepatuhan kepada tadbir urus korporat, tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta strategi, ketelusan dan pendedahan perhubungan pelabur mereka.

Di Malaysia, sembilan syarikat peneraju yang menjadi pilihan pelabur termasuklah penjana serantau, Kumpulan CIMB, Maybank, Public Bank dan RHB Capital, gergasi tenaga Petronas Gas, Petronas Dagangan, syarikat hartanah KLCC Property Holdings, kumpulan telekomunikasi tertumpu Asia TM dan konglomerat YTL Corp.

Bekas eksekutif kewangan korporat dan pegawai bank, Kenny Kim diiktiraf sebagai Ketua Pegawai Kewangan Terbaik di Malaysia.

Di seluruh rantau itu, anugerah Ketua Pegawai Kewangan Terbaik di Asia Tenggara diberikan kepada Kenny Kim, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan di CIMB yang bertanggungjawab menguruskan sumber kewangan tapak rantaunya yang semakin  meluas. Anugerah Laporan Tahunan Terbaik di Asia Tenggara diberi kepada Adaro Energy, sebuah bakal gergasi perlombongan Indonesia bercita-cita tinggi, sementara anugerah Komitmen Terkuat bagi Tenaga Mampan di Asia Tenggara sekali lagi diberi kepada Thai Oil berdasarkan matlamat dan cita-cita CSRnya yang jelas, telus dan konsisten.

Satu ciri perbezaan penting undian ini adalah ia bukan sahaja mengiktiraf pilihan pelabur, tetapi juga berani menerbitkan nama-nama syarikat yang dianggap sebagai mempunyai "Akses Pengurusan dan IR (Perhubungan Pelabur) yang Buruk" oleh kumpulan pelabur yang sama ini. Di Malaysia, Glenealy, MAS dan BursaMalaysia terkenal dengan strategi perhubungan pelabur mereka yang buruk dan sukar dijangka.

Keputusan untuk Malaysia adalah seperti berikut (urutan mengikut abjad):

  • Perhubungan Pelabur (IR) Paling Terancang: CIMB, Maybank, KLCC Property
  • Sokongan IR Pengurusan Kanan Terbaik: Petronas Gas, Maybank, CIMB
  • Kepatuhan Terbaik pada Tadbir Urus Korporat: CIMB, Maybank, YTL Corp
  • Polisi Dividen Paling Konsisten: Petronas Dagangan, Maybank, Public Bank
  • CSR Strategik Terbaik: YTL Corp, TM, Maybank
  • Ketua Pegawai Kewangan Terbaik di Malaysia: Kenny Kim, Kumpulan CIMB
  • Laporan Tahunan Terbaik di Malaysia: TM

Nota kepada Editor

Kini dalam tahun ketujuh penerbitannya, Alpha Southeast Asia, yang diterbitkan 10 kali setahun – merupakan majalah pelaburan institusi berpusat di HK yang pertama dan satu-satunya yang menumpukan kepada pasaran perbankan dan modal Asia Tenggara, ditulis untuk pelabur profesional dan ahli korporat. Sila lawati laman web kami: http://www.alphasoutheastasia.com untuk maklumat lanjut.

Source: Alpha Southeast Asia
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Awards Survey, Polls & Research