omniture

NeuroAiD, Rawatan Angin Ahmar Berasaskan Perubatan Cina Tradisional Tingkatkan Peluang Sembuh

Moleac
2013-06-25 13:41 485

SINGAPURA, 25 Jun 2013 /PRNewswire/ -- NeuroAiD, satu rawatan angin ahmar berasaskan Perubatan China Tradisional, meningkatkan kemungkinan mendapat hasil fungsi yang lebih baik, menurut kajian yang diterbitkan dalam talian dalam jurnal Stroke.

Penyelidikan CHIMES merupakan sebuah percubaan klinikal antarabangsa akademik yang dikawal plasebo dan buta duaan yang melibatkan 1100 pesakit dari pelbagai negara yang telah mengalami angin ahmar iskemik dengan keparahan pertengahan dalam masa 72 jam, yang dirawat dan dipantau selama 3 bulan. Para penyelidik mendapati bahawa pesakit yang mengambil NeuroAiD pada peringkat akut mempunyai peningkatan kemungkinan sebanyak 11% mendapat kemampuan berfungsi kendiri dan boleh menjalankan aktiviti harian pada penghujung tiga bulan itu. Kesan ini adalah lebih ketara apabila pengambilan NeuroAiD dimulakan 48 jam selepas angin ahmar mula menyerang, dengan peningkatan sebanyak 39%.

Nisbah kemungkinan ini adalah yang tertinggi antara percubaan-percubaan strok bagi ejen perlindungan saraf yang baru diselesaikan. Faedah yang diperhatikan adalah relevan daripada segi klinikal dan mungkin mencapai tahap signifikan statistik dengan saiz sampel lebih besar. Tambahan lagi, penyelidikan itu mengesahkan profil keselamatan NeuroAiD yang cemerlang. Para pesakit yang berjaya hidup selepas diserang angin ahmar dan mengambil NeuroAiD kurang mengalami kejadian buruk berbanding mereka yang berada dalam kumpulan kawalan. Penyelidikan lanjut mungkin akan mengkaji faedah-faedah untuk tempoh masa rawatan yang lebih lama.

Prof. Christopher Chen, pakar kaji saraf di Universiti Kebangsaan Singapura dan ketua penyiasat untuk penyelidikan CHIMES ini, berkata hasil keputusan itu nampak memberangsangkan dan mencadangkan keberkesanan makanan tambahan herba itu boleh mempunyai impak yang besar terhadap pengurusan penyakit angin ahmar. "Saya rasa satu perkara yang memang jelas ialah NeuroAiD selamat untuk angin ahmar akut. Analisis meta sebelum ini mencadangkan bahawa NeuroAiD berkesan dan selamat bagi angin ahmar peringkat kronik. Sekarang, penyelidikan CHIMES memberikan kita data yang lebih diyakini mengenai keselamatan dan keberkesanan NeuroAiD bagi angin ahmar akut. Saya rasa keputusan CHIMES bukan sahaja satu langkah ke hadapan, tetapi juga satu pencapaian besar.'

Setiap tahun, 20 juta orang menderita akibat penyakit dahsyat ini. Namun, hanya ada beberapa rawatan spesifik yang berkesan dan diterima ramai. Lantaran itu, terdapat keperluan yang meningkat untuk terapi-terapi modal berbilang bagi membantu lebih ramai pesakit sembuh dengan pantas dan berkesan daripada serangan angin ahmar. Moleac, sebuah syarikat biofarmaseutikal yang berpusat di Singapura, membangunkan NeuroAiD bagi memenuhi keperluan ini.

Hubungan
Untuk maklumat lanjut dan permintaan temu bual, sila hubungi:
Fahima Khail
+65-6478-9430 samb. 124
Fahima.Khail@moleac.com

Source: Moleac
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Survey, Polls & Research