omniture

Laporan GSMA Menunjukkan Teknologi Mudah Alih Semarakkan Pertumbuhan Dramatik Seluruh Asia Pasifik

The GSMA
2013-06-26 09:00 182

- Pengeluaran Spektrum Lebih Pantas dan Peraturan yang Longgar Diperlukan bagi Merangsang Pelaburan Tambahan dalam Rantau itu

SHANGHAI, 26 Jun 2013 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini menerbitkan sebuah penilaian menyeluruh[1] mengenai impak industri mudah alih terhadap rantau Asia Pasifik[2]. Laporan baharu itu, 'Ekonomi Mudah Alih: Asia Pasifik 2013', mengesahkan kedudukan rantau itu di barisan hadapan inovasi mudah alih, dengan bilangan pelanggan mudah alih unik mengatasi rantau  lain di dunia dalam masa dekad yang lalu, mencecah 1.5 bilion pada akhir tahun 2012. Pada tahun 2017, Asia Pasifik dijangka akan mencecah 1.9 bilion pelanggan mudah alih unik, yang mewakili hampir separuh jumlah sedunia yang diramalkan iaitu sebanyak 3.9 bilion.

"Mudah alih sudah memberi impak mendalam merentasi semua negara Asia Pasifik, dengan pertumbuhan hebat dalam penembusan perkhidmatan, dipacu oleh sebuah komitmen untuk melabur dalam prasarana dan inovasi dalam perkakas dan perkhidmatan," kata Anne Bouverot, Ketua Pengarah GSMA. "Sekarang kita berada di juring peluang pertumbuhan yang jauh lebih hebat, maka kita menggesa Kerajaan dan pengawal selia wilayah menyokong para pengendali mudah alih bagi memenuhi potensi sebenar  peluang tersebut . Membuat keputusan yang tepat mengenai kerangka peraturan dan kebolehsediaan spektrum akan menggalakkan industri mudah alih terus melabur dalam meluaskan dan meningkatkan perkhidmatan di seluruh rantau."

Mudah Alih Memacu Pertumbuhan Ekonomi      
Penembusan pantas perkhidmatan mudah alih dan pengeluaran awal besar-besaran rangkaian jalur lebar mudah alih memacu perubahan besar ekonomi Asia Pasifik. Pada penghujung tahun 2012[3], industri mudah alih telah melabur US$ 80 bilion dalam prasarana mudah alih, menjana US$1 trilion[4] dalam KDNK ekonomi Asia Pasifik, menyumbang US$ 100 bilion kepada pendanaan awam[5]. Akses kepada sumber spektrum penting dan polisi kawal selia yang tertumpu kepada pemacuan pelaburan tambahan bagi tempoh sehingga 2020 bermakna industri mudah alih boleh menyumbang penambahan sebanyak US$ 2.3 trilion kepada KDNK, tambahan US$ 200 bilion lagi kepada pendanaan awam.

Kemunculan Ekosistem Mudah Alih Baharu     
Ekosistem mudah alih di Asia Pasifik mengalami transformasi pantas berikutan penyedia telekom tradisional meluaskan model perniagaan mereka dan pemain-pemain baharu muncul dengan pantas untuk bersaing merebut pelanggan dengan menawarkan perkhidmatan baharu yang berinovasi. Laporan itu mengetengahkan sebilangan arah aliran penting:

  • Pertumbuhan data kukuh dan pengurangan lalu lintas suara di seluruh rantau Asia Pasifik sementara penggunaan data meningkat pada Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkompaun (CAGR) sebanyak hampir 142 peratus dari 2010 hingga 2012. Sambungan 3G dan 4G akan bertumbuh sebanyak 17 peratus setiap tahun dalam masa lima tahun akan datang; 
  • Kemampuan memiliki perkhidmatan mudah alih yang meningkat. Purata kos bulanan perkhidmatan mudah alih seluruh rantau sedang menurun sebanyak 5 peratus setiap tahun, daripada US$ 28.80 pada 2005 kepada US$ 19.70 pada 2012;
  • Kemasukan pemain bukan tradisional, termasuk kemunculan perniagaan permulaan keusahawanan dalam bidang-bidang seperti pengiklanan mudah alih dan laman video dalam talian; dan
  • Impak sosio-ekonomi meningkat melalui platform kerjasama dan perkhidmatan yang dibolehkan teknologi mudah alih seperti perkhidmatan pembayaran, pendidikan dan maklumat.

Perubahan ini mencipta banyak peluang perniagaan dalam kedua-dua ekonomi maju dan membangun dan memecut kebolehsediaan perkhidmatan yang dibolehkan dengan teknologi mudah alih.

Bergerak Lebih Pantas bagi Mengaut Keuntungan     
Dalam ekonomi maju, yang sudah mempunyai kadar penembusan pelanggan yang tinggi, terdapat keperluan kepada peraturan padu bagi menggalakkan pertumbuhan perkhidmatan terhubung seperti Bandar-bandar Pintar dan mKesihatan. Bagi negara-negara membangun, terdapat keperluan berterusan kepada peraturan yang menggalakkan pelaburan jangka panjang dalam penyediaan rangkaian dan kenaikan taraf bagi memperbaiki akses kepada perkhidmatan-perkhidmatan asas.

GSMA menyeru perubahan yang akan membolehkan penduduk seluruh rantau mengaut keuntungan yang lebih daripada teknologi mudah alih. Kerangka kawal selia jangka panjang serta polisi percukaian yang tekal dan adil diperlukan untuk memberikan insentif, dan bukan mengehadkan, pelaburan dalam mudah alih dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi rantau serta peningkatan kebajikan. Contohnya, Kerangka Obligasi Perkhidmatan Universal (USOF) patut dikaji semula bagi memastikan matlamat dan pencukaiannya sejajar bagi memacu kebolehsediaan perkhidmatan mudah alih dalam kawasan yang belum terhubung sepenuhnya dengan teknologi mudah alih.

Kebolehsediaan spektrum yang berlaku tepat pada masanya juga penting dalam membolehkan industri mudah alih melanjutkan, menaik taraf dan menyediakan perkhidmatan baharu. Kerajaan Serantau patut diketuai oleh piawaian Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) bagi jalur dan jumlah spektrum yang disediakan kepada para pengendali mudah alih bagi menaik taraf rangkaian kepada perkhidmatan 3G atau 4G. Pacuan untuk pengharmonian jalur ini, sejajar dengan pelan jalur Telekomuniti Asia Pasifik, merupakan bahagian kritikal proses ini, kerana sehingga 30 peratus faedah pertukaran daripada siaran TV analog kepada siaran TV digital bergantung kepada pengharmonian jalur 700MHz di seluruh rantau.

Bouverot menambah: 'Teknologi mudah alih sudah menjadi enjin penting untuk pertumbuhan dan peningkatan kebajikan di serata rantau Asia Pasifik. Sekarang terdapat peluang nyata untuk teknologi mudah alih mengubah lagi kehidupan, mencipta perniagaan baharu dan memacu pertumbuhan ekonomi tambahan. Jika pengawal selia bertumpu kepadamencipta persekitaran yang menggalakkan pelaburan tambahan, daripada kedua-dua pemain mudah alih tradisional dan baharu,  maka peluang ini mungkin dapat dicapai oleh semua negara dalam rantau ini, tanpa mengira tahap pembangunan ekonomi mereka."

Untuk mengakses laporan itu sila lawati: www.gsma.com/mobileeconomyasia

Nota kepada Editor    
[1] Ekonomi Mudah Alih Asia Pasifik 2013 ialah laporan terbaharu dalam satu siri laporan yang merangkumi rantau ini. Laporan itu, yang disediakan oleh BCG untuk GSMA, memberikan analisis yang dikemas kini dan menyeluruh mengenai industri komunikasi mudah alih di seluruh rantau Asia Pasifik, dengan statistik dan kemajuan pasaran mudah alih terkini. Ia merupakan titik rujukan yang penting untuk ahli-ahli industri mudah alih, pembuat polisi dan pihak-pihak berkepentingan lain. Ia meliputi keadaan industri, termasuk evolusi persaingan, inovasi produk baharu, perkhidmatan dan teknologi serta sumbangan industri terhadap pembangunan sosial dan ekonomi di seluruh rantau itu.

[2] Rantau Asia Pasifik yang digambarkan dalam laporan ini terdiri daripada Australia, Bangladesh, Bhutan, Brunei Darussalam, Kemboja, China, Fiji, India, Indonesia, Jepun, Laos, Malaysia, Myanmar, Nepal, New Zealand, Pakistan, Papua New Guinea, Filipina, Samoa, Singapura, Kepulauan Solomon, Korea Selatan, Sri Lanka, Thailand, Tonga, Vanuatu dan Vietnam.

[3] Jumlah pelaburan industri mudah alih dalam prasarasana, KDNK dan sumbangan kepada pendanaan awam yang dijana dalam tahun 2012.

[4] Pada 2012, operator rangkaian mudah alih menjana menjana 1.4 peratus daripada KDNK di seluruh Asia Pasifik, sehingga berjumlah US$ 298 bilion. Ekosistem mudah alih lengkap menyumbang US$ 351 bilion kepada KDNK seluruh Asia Pasifik. Teknologi mudah alih menyumbang tambahan sebanyak US$ 650 bilion lagi, atau 3 peratus daripada KDNK pada tahun 2012, kepada output ekonomi melalui produktiviti pekerja yang lebih baik yang dibolehkan oleh pelaksanaan kerja secara mudah alih. Jumlah yang digabungkan melebihi US$1 trilion.

[5] Ini termasuklah cukai nilai tambahan (VAT) bagi perkhidmatan mudah alih, duti import dan cukai-cukai khas lain bagi telefon bimbit, cukai korporat yang dikenakan ke atas hasil seluruh ekosistem mudah alih, cukai kakitangan yang dibayar oleh pekerja dalam ekosistem mudah alih. Apabila hasil yang dibayar untuk lesen spektrum disertakan, sumbangan yang dianggarkan dalam tahun 2012 melebihi US$ 225 bilion, merentasi rantau.

Mengenai GSMA
GSMA mewakili kepentingan para pengendali mudah alih seluruh dunia. Dengan kehadiran di lebih 220 buah negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih sedunia dengan lebih 230 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit, syarikat-syarikat perisian, pembekal peralatan dan syarikat-syarikat Internet, dan juga organisasi-organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan kemudahan awam. GSMA juga mengadakan acara-acara besar dalam industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Mudah Alih Asia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com atau Mobile World Live, gerbang dalam talian untuk industri komunikasi mudah alih, di www.mobileworldlive.com.

Hubungan Media:    
Untuk GSMA     
Charlie Meredith-Hardy     
+44-7917-298428     
CMeredith-Hardy@webershandwick.com

Ava Lau (Hong Kong)
+852 2533 9928
alau@webershandwick.com

Pejabat Akhbar GSMA 
press@gsma.com

 

Source: The GSMA
Related Links:
Keywords: Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications Survey, Polls & Research