omniture

TIAA-CREF dan Henderson Global Investors Tubuhkan Syarikat Pengurusan Pelaburan Hartanah Global Baharu

Henderson Global Investors
2013-06-26 11:50 148

NEW YORK dan LONDON, 26 Jun 2013 /PRNewswire/ --

Syarikat-syarikat menggabungkan perniagaan hartanah Eropah dan Asia membentuk usaha niaga hartanah unggul

Menyediakan klien peluang pelaburan baharu dan jangkauan global yang diperluas

TIAA-CREF, sebuah peneraju penyedia perkhidmatan kewangan, dan Henderson Global Investors ("Henderson"), salah satu pengurus pelaburan terbesar Eropah, hari ini bersetuju melancarkan sebuah syarikat pengurusan pelaburan hartanah global baharu, TIAA Henderson Global Real Estate. Syarikat baharu ini akan menawarkan peluang pelaburan yang lebih luas dalam pasaran hartanah global kepada klien sementara membantu mempercepat pertumbuhan perniagaan hartanah setiap firma.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2013/02/01/20130201205151232909-l.jpg )

ISI-ISI PENTING:

  • TIAA Henderson Global Real Estate akan terdiri daripada perniagaan hartanah Eropah TIAA-CREF, perniagaan hartanah Henderson yang berpangkalan di Eropah dan Asia Pasifik, dan sebuah organisasi pengedaran dan perkhidmatan klien global baharu.
  • Syarikat itu akan menyediakan akses kepada kemampuan global dalam sektor-sektor hutang hartanah pejabat, peruncitan, logistik, multi-keluarga dan komersil.
  • Dalam sebuah urusniaga berkaitan, TIAA-CREF sedang mengambilalih 100 peratus perniagaan hartanah AS Henderson.
  • TIAA-CREF akan terus menguruskan perniagaan hartanahnya di Amerika Utara, dan juga menyediakan perkhidmatan pengurusan pelaburan untuk usaha niaga baharu itu.
  • Jumlah terkumpul aset hartanah di bawah pengurusan TIAA-CREF dan usaha niaga baharu itu ialah $63 bilion (GBP41.5 bilion). (Nota 1)
  • TIAA Henderson Global Real Estate akan mencipta sebuah platform dengan skala besar, mempertingkat akses kepada peluang pelaburan dan pasaran hutang, serta meningkatkan kemampuan membangunkan dan menawarkan produk-produk baharu.
  • Lembaga pengarah bersama akan memantau sebuah pasukan pengurusan yang berpengalaman, menggabungkan kepakaran daripada TIAA-CREF dan Henderson.
  • TIAA-CREF memegang sebanyak 60 peratus saham dan Henderson memegang 40 peratus saham dalam usaha niaga baharu itu.
  • Kepentingan akan diselaraskan dengan klien melalui pelaburan bersama dan peluang perniagaan pilihan.
  • TIAA-CREF dan Henderson telah bersetuju menerokai peluang-peluang strategik lain yang melangkaui sektor hartanah. Dana bersama terpilih Henderson kini boleh didapati melalui platform persaraan institusi dan pembrokeran runcit TIAA-CREF. Syarikat-syarikat itu juga akan terus menerokai cara-cara mengambil lebih banyak faedah daripada kemampuan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat masing-masing.
  • Sementara menunggu kelulusan badan kawal selia dan keadaan lazim, urus niaga itu dijangka dapat dimuktamadkan dalam suku pertama tahun 2014.

TIAA Henderson Global Real Estate akan mempunyai hak eksklusif menawarkan pelaburan harta langsung dan hutang harta di luar Amerika Utara untuk kedua-dua firma. TIAA-CREF akan mengekalkan perniagaan hartanah Amerika Utaranya, yang menyokong pelan persaraannya, dan juga akan menyediakan perkhidmatan pengurusan pelaburan hartanah untuk usaha niaga baharu itu. Di bawah persetujuan ini, TIAA Henderson Global Real Estate akan melancarkan sebuah inisiatif perniagaan baharu dalam hutang hartanah komersil, termasuk pelaburan bersama daripada TIAA-CREF.

Usaha niaga baharu itu akan menjalankan peluang pelaburan teras dan ditambah nilai dalam semua sektor-sektor besar hartanah komersil antarabangsa. Ia juga bertanggungjawab bagi pengedaran dan perkhidmatan klien untuk produk-produk hartanah yang diuruskan oleh TIAA-CREF bagi pelabur institusinya.

Selepas dimuktamadkan, Tom Garbutt, ketua hartanah global TIAA-CREF akan menjadi pengerusi syarikat baharu itu sementara James Darkins, pengarah urusan harta Henderson dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif. Syarikat itu akan beribu pejabat di London dengan pejabat-pejabat di Eropah, Asia Pasifik dan Amerika Utara.

"Kami percaya terdapat peluang pertumbuhan menggalakkan dalam hartanah global," kata Tom Garbutt, ketua hartanah global TIAA-CREF dan pengerusi syarikat baharu itu. "Usaha niaga baharu ini akan menggunakan kekuatan kewangan TIAA-CREF dan kemampuan pelaburan hartanah yang kukuh bersama kepakaran dan kepelbagaian luas pelaburan hartanah di Eropah dan Asia Pasifik yang ditawarkan oleh Henderson."

"Kombinasi kepentingan hartanah Eropah dan Asia TIAA-CREF dan Henderson mencipta satu penjana baharu dalam hartanah global," kata James Darkins, ketua pegawai eksekutif syarikat baharu itu. "Kami berdua mempunyai skala dan sumber modal untuk memenuhi keperluan pelaburan hartanah klien-klien kami yang sedia ada, serta mencipta peluang-peluang baharu yang mengujakan bagi melabur bersama mereka di seluruh dunia."

"Perkongsian ini membolehkan TIAA-CREF mempelbagaikan lagi pelaburan kami ke dalam pasaran baharu sambil kami terus memperluas perniagaan pengurusan aset kami ke seluruh dunia," kata Roger W. Ferguson Jr., presiden dan ketua pegawai eksekutif TIAA-CREF. "Hartanah telah menjadi bahagian penting platform pelaburan kami sejak tahun 1934. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Henderson melancarkan usaha niaga baharu ini, dan kami akan bersama-sama mencari peluang baharu bagi pihak klien-klien kami."

"Henderson sudah lama mengetahui bahawa perniagaan hartanahnya boleh mendapat faedah daripada skala yang lebih besar dan akses modal bagi mempercepat pertumbuhan masa hadapannya," kata Andrew Formica, ketua eksekutif, Henderson Group plc. "Kami gembira kerana mempunyai rakan kongsi yang stabil dan kukuh dari segi kewangan iaitu TIAA-CREF yang berkongsi komitmen kuat kami memenuhi keperluan klien. Dengan tambahan kepakaran dan sumber mereka, saya yakin para klien dan pemegang saham kami akan mendapat untung daripada perkongsian ini."

NOTA KEPADA EDITOR

Mengenai TIAA-CREF:

TIAA-CREF (www.tiaa-cref.org) ialah sebuah organisasi perkhidmatan kewangan kebangsaan dengan aset bernilai $520 bn (kira-kira GBP342.5 bn) di bawah pengurusannya (setakat 31 Mac 2013) dan merupakan penyedia peneraju perkhidmatan persaraan dalam bidang akademik, penyelidikan, perubatan dan budaya.

Pasukan hartanah global syarikat itu melabur bagi pihak pelabur institusi peneraju, serta pelabur individu, melalui pelan persaraan dalam sektor tanpa untung AS dan akaun amnya sendiri. Syarikat itu telah melabur dalam pelaburan ekuiti umum dan persendirian serta hutang hartanah selama lebih 70 tahun, bermula dengan pelaburan gadai janji komersil pertamanya pada tahun 1934. Pasukan pengurusan hartanah TIAA-CREF mempunyai purata pengalaman pelaburan selama 25 tahun. Syarikat itu mempunyai $44 bn (kira-kira GBP29 bn) nilai pelaburan hartanah persendirian dan gadai janji komersil (setakat 31 Mac 2013) dan merupakan salah satu pengurus hartanah terbesar aset hartanah institusi AS yang dikecualikan cukai.

TIAA-CREF telah menerima beberapa kepujian dalam industri baru-baru ini kerana prestasi pelaburannya. Lipper mengiktiraf TIAA-CREF sebagai Syarikat Dana Besar Keseluruhan Terbaik 2013 berdasarkan prestasi terlaras risiko selama tiga tahun. Syarikat itu salah sebuah daripada 36 firma pelaburan besar yang layak untuk anugerah itu. (Nota 2) Tambahan lagi, 97 peratus dana amanah dan anuiti syarikat itu mempunyai pemeringkatan Morningstar keseluruhan sebanyak tiga atau lebih bintang untuk semua kelas aset berdasarkan prestasi terlaras risiko (43 peratus tiga bintang, 45 peratus empat bintang dan 9 peratus lima bintang, setakat 31 Mac 2013). (Nota 3) Tambahan lagi, TIAA-CREF telah diperingkatkan di kedudukan ke-10 daripada 62 keluarga dana amanah dalam pemeringkatan keluarga dana Barron/Lipper 2012, berdasarkan prestasi terwajar aset. (Nota 4)

Mengenai Henderson:

Henderson Group plc ("Henderson Group" atau "Group") ialah syarikat pegangan kumpulan pengurusan pelaburan Henderson Global Investors ("Henderson"). Tapak perniagaan utama Henderson Group bertempat di London dan sejak bulan Disember 2003 ia telah disenaraiduakan dalam Bursa Saham London dan Bursa Sekuriti Australia ("ASX"). Henderson Group ialah sebahagian daripada indeks-indeks FTSE 250 dan S&P/ASX 100. Group itu diperbadankan di Jersey dan setakat lewat tahun lepas, ia merupakan penduduk yang dicukaikan di UK.

Ditubuhkan pada tahun 1934, Henderson ialah firma peneraju pengurusan aset global bebas. Syarikat itu menyediakan klien-klien institusi, peruncitan dan bernilai bersih tingginya akses kepada profesional pelaburan berkemahiran yang mewakili rangkaian luas kelas aset, termasuk ekuiti, pendapatan tetap, harta dan ekuiti persendirian. Henderson merupakan salah satu pengurus pelaburan terbesar di Eropah dengan aset bernilai $104.6 bn (GBP68.9 bn) di bawah pengurusannya dan menggajikan kira-kira 1,000 orang seluruh dunia (setakat 31 Mac 2013).

Henderson telah membangunkan kemampuan pelaburan harta yang signifikan selama lebih 30 tahun lepas. Perniagaan hartanya mempunyai lebih 500 pelabur pendam dan aset bernilai kira-kira $19.2 bn (GBP12.7 bn) di bawah pengurusannya (Nota 1) dan kini ia menggajikan lebih 200 orang kakitangan di seluruh Eropah, Asia Pasifik dan Amerika Utara. Perniagaan hartanya menguruskan akaun terkumpul dan teragih yang menyasarkan pulangan teras dan ditambah nilai dalam semua sektor komersil. Henderson juga menguruskan dana harta dengan tema rantauan.

Prestasi lampau tidak menjamin keputusan masa hadapan.

Produk pelaburan, insurans dan anuiti tidak mempunyai insurans FDIC, tidak dijamin oleh bank, bukan merupakan deposit, tidak dijamin oleh mana-mana agensi kerajaan persekutuan, bukan merupakan syarat untuk mana-mana perkhidmatan atau aktiviti perbankan, dan mungkin akan kehilangan nilai.

Produk-produk TIAA-CREF mungkin tertakluk kepada pasaran dan faktor-faktor risiko lain. Lihat risalah penerangan produk yang berkaitan, atau lawati www.tiaa-cref.org untuk maklumat lanjut.

TIAA-CREF Individual & Institutional Services, LLC dan Teachers Personal Investors Services, Inc., ahli-ahli FINRA, mengedarkan produk-produk sekuriti.

Anda patut mempertimbangkan objektif, risiko, caj dan perbelanjaan sesebuah pelaburan dengan teliti sebelum melabur. Sila hubungi +1 877-518-9161 atau layari www.tiaa-cref.org untuk prospektus produk dan dana yang mengandungi ini dan maklumat lain. Sila baca prospektus dengan teliti sebelum melabur.

Nota:

1. setakat 31 Mac 2013

2. Dalam mempertimbangkan anugerah itu, Lipper mengambil kira dana yang didaftarkan untuk jualan dalam Amerika Syarikat dengan prestasi sekurang-kurangnya selama 36 bulan setakat hujung tahun kalendar tahun penilaian masing-masing. Kumpulan dana dengan sekurang-kurangnya lima ekuiti, lima bon, atau tiga portfolio aset campuran layak untuk anugerah kumpulan keseluruhan. Anugerah itu diberi kepada kumpulan dengan pemeringkatan seperpuluhan purata terendah dalam ukuran Pulangan Konsisten selama tiga tahun untuk dana-dana yang layak untuk tempoh tiga tahun yang berakhir pada 30 November 2012. TIAA-CREF diperingkatkan antara 36 syarikat dana.

3. Setakat 31 Mac 2013, 43 peratus dana TIAA-CREF mempunyai tiga bintang, 45 peratus empat bintang dan 9 peratus lima bintang. Pemeringkatan Morningstar termasuklah kelas saham dana Runcit, Persaraan, Premier dan Institusi; Akaun CREF dan Dana Hayat. 54 peratus dana/akaun kami mempunyai pemeringkatan keseluruhan sebanyak empat dan lima bintang dan 97 peratus dikadarkan dengan tiga atau lebih bintang. Morningstar ialah sebuah perkhidmatan bebas yang memeringkatkan dana bersama dan anuiti berkepelbagaian. 10 peratus akaun yang tertinggi dalam kategori pelaburan menerima lima bintang, 22.5 peratus seterusnya menerima empat bintang, dan 35 peratus seterusnya menerima tiga bintang. Pemeringkatan hartanah Morningstar mencerminkan prestasi terlaras risiko lampau dan boleh berubah setiap bulan. Ia dikira daripada purata pulangan tahunan akaun itu selama tiga, lima dan 10 tahun melebihi pulangan bil Perbendaharaan selama 90 hari dengan pelarasan yuran yang sesuai, dan sebuah faktor risiko yang mencerminkan prestasi dana amanah/subakaun di bawah pulangan bil Perbendaharaan selama 90 hari. Pemeringkatan bintang keseluruhan ini ialah pemeringkatan Morningstar yang diterbitkan, yang merupakan purata berpemberat untuk pemeringkatan selama tiga, lima dan 10 tahunnya yang berakhir pada 31 Mac 2013. Prestasi lampau tidak menjamin keputusan masa hadapan. Untuk prestasi dan pemeringkatan semasa, sila lawati https://www.tiaa-cref.org/public/tcfpi/InvestResearch.

4. Pemeringkatan itu bersifat kuantitatif, dan berdasarkan prestasi menurut data Lipper. Setiap keluarga dana diberi markah berpemberat aset dalam lima kelas aset: Ekuiti AS, Ekuiti Dunia, Aset Campuran, Bon Boleh Cukai dan Bon Dikecualikan Cukai, dan markah kelas aset ini kemudiannya diberatkan dengan saiznya dalam alam Lipper. Dalam pemeringkatan keseluruhan selama lima tahun itu, TIAA-CREF diperingkatkan pada kedudukan ke-29 daripada 53 keluarga dana amanah. TIAA-CREF tidak layak untuk pemeringkatan 10 tahun. Pemeringkatan ini diterbitkan dalam edisi cetak Barron's pada 11 Februari 2013.

C11102

Hubungan Media:

Untuk TIAA-CREF:
John McCool
Hubungan Awam TIAA-CREF
media@tiaa-cref.org / +1-917-885-2852

Chad Peterson
Hubungan Awam TIAA-CREF
media@tiaa-cref.org / +1-888-200-4062

Untuk Henderson Property:
Gemma Bradley
Pengarah Bersekutu, PR, Property
Gemma.bradley@henderson.com / +44-207-818-4441

Untuk Henderson Group plc:
Richard Acworth
Ketua Komunikasi Korporat
Richard.acworth@henderson.com / +44-207-818-3010

SUMBER Henderson Global Investors

Source: Henderson Global Investors
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Real Estate Corporate Expansion Joint ventures