omniture

GSMA: 1.5 Bilion Hubungan Mudah Alih Baharu di Asia Menjelang 2017 Menjana Pertumbuhan dan Memacu Impak Kehidupan Terhubung

GSMA
2013-06-26 13:30 141

 

- Kajian PwC-GSMA Baharu Menggariskan Kesan Pertumbuhan Peranti Terhubung di Asia ke atas Sektor Industri Penting

SHANGHAI, 26 Jun 2013 /PRNewswire/ --  GSMA hari ini mengumumkan bahawa lebih 1.5 bilion[1] hubungan mudah alih baharu akan ditambah di Asia menjelang 2017, menyemarakkan lagi pertumbuhan  yang dikenali sebagai 'Kehidupan Terhubung' dengan menghubungkan orang ramai secara pintar kepada semua benda sekeliling mereka melalui produk dan perkhidmatan terhubung mudah alih yang baharu dan inovatif. Sebuah laporan baharu[2] yang dihasilkan oleh PwC dan GSMA dan didedahkan di Ekspo Mudah Alih Asia 2013 menunjukkan impak transformatif yang diberikan oleh komunikasi peranti terhubung dan mesin ke mesin (M2M) terhadap sektor automotif, pendidikan, kesihatan dan bandar pintar di Asia dalam masa lima tahun akan datang.

"Penularan peranti terhubung sudahpun mengubah cara penduduk rantau ini menjalani kehidupan mereka," kata Michael O'Hara, Ketua Pegawai Pemasaran GSMA. "Dalam masa lima tahun seterusnya, Asia akan mengalami pertumbuhan pesat untuk kereta, bangunan, pemantau perubatan terhubung dan seluruh rangkaian perkakas elektronik dan kediaman pengguna terhubung. Namun, kerjasama berterusan antara para pengendali mudah alih dan pemain utama dalam sektor menegak adalah penting untuk memacu lagi perkhidmatan mudah alih rintis dan mengasing yang bakal mempertingkat kehidupan penduduk dalam rantau ini."

Menjelang tahun 2017, menurut kajian baharu PwC-GSMA, pertumbuhan Kehidupan Terhubung di Asia mempunyai kuasa untuk:

Menambah Sehingga US $22 Bilion Nilai Produktiviti Ekonomi di China dengan Mengurangkan Kesesakan Lalu Lintas
Pengenalan telematik kenderaan yang dibolehkan mudah alih boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas secara signifikan dengan melaporkan data penting seperti lokasi, kelajuan pemanduan dan arah. Mengurangkan kesesakan lalu lintas merupakan cabaran penting. Contohnya, Beijing mengalami satu kesesakan lalu lintas dalam tahun 2012 yang terjadi sepanjang 100 kilometer dan berterusan selama 10 hari dan purata perjalanan ulang-alik urban dalam bandar-bandar terbesar China sudah pun mengambil masa 80 minit setiap hari. Masa yang dijimatkan dengan mengurangkan lalu lintas melalui perkhidmatan mudah alih dapat membantu pengulang-alik China menebus kembali hampir dua jam masa mereka setiap minggu dan menambah produktiviti ekonomi sehingga sebanyak US $22 bilion.

Bantu Memberi Kuasa kepada 10 Juta Kediaman di India dengan Mengurangkan Kecurian Tenaga
Pemasangan meter pintar yang dibolehkan mudah alih di India boleh menjimatkan cukup bekalan tenaga elektrik untuk memberi kuasa kepada lebih 10 juta kediaman menjelang tahun 2017. India kehilangan 24 peratus tenaga elektrik yang dijana setiap tahun yang merugikan ekonominya melebihi US $17 bilion, dengan kecurian tenaga elektrik menjadi punca separuh kehilangan ini. Meter pintar yang dibolehkan mudah alih memberikan keterhubungan tanpa wayar yang membenarkan utiliti mengesan dan merekodkan kejadian kecurian.

Menjimatkan US $10 Bilion dalam Kos Penjagaan Kesihatan di Jepun melalui mKesihatan
Menjelang tahun 2017, hampir 28 peratus populasi penduduk Jepun dijangka berusia lebih 65 tahun. Penggunaan teknologi mudah alih bagi pemantauan jarak jauh, pengurusan penyakit dan perubatan pencegahan untuk warga emas boleh mengurangkan perbelanjaan penjagaan kesihatan Jepun sebanyak US $10 bilion dalam tahun 2017, lalu menghasilkan penjimatan yang cukup untuk meliputi perbelanjaan perubatan satu juta warga emas setiap tahun.

Mengurangkan Kos Pendidikan Pelajar di Korea Selatan Sehingga Sebanyak US $12,000 setiap seorang
Teknologi, khususnya pembelajaran yang dipertingkat mudah alih di Korea Selatan boleh melengkapi kelas persendirian selepas sekolah yang tradisional, menjimatkan sehingga US $12,000 selama tahun-tahun persekolahan mereka. Pada tahun 2012, ibu bapa Korea Selatan membelanjakan kira-kira US $17.5 bilion, atau 1.5 peratus daripada KDNK, untuk pendidikan persendirian selepas sekolah. Penggantian kelas Bahasa Inggeris dan Matematik persendirian dengan teknologi/pembelajaran yang dipertingkat mudah alih selama dua hari setiap minggu boleh membantu pelajar Korea Selatan menjimatkan cukup wang untuk membiayai separuh kos pembelajaran pendidikan tinggi mereka.

Untuk melihat laporan ini, sila lawati: http://www.gsma.com/connectedliving/the-next-five-years-in-asia.

GSMA Melancarkan Indeks Bandar-bandar Pintar di Ekspo Mudah Alih Asia
GSMA hari ini juga mengumumkan bahawa ia bakal melibatkan bandar-bandar seluruh dunia dalam pembangunan sebuah Indeks Bandar-bandar Pintar – satu set penunjuk pasaran, sosial dan ekonomi yang akan merangka faedah pelancaran perkhidmatan bandar pintar dan memberikan kuantiti impaknya ke atas operasi, ekonomi dan penduduk sesebuah bandar. Sebuah bandar pintar menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dengan sepenuhnya, termasuk rangkaian mudah alih, bagi mempertingkat kualiti kehidupan penduduknya dalam cara yang mampan. GSMA berada dalam kedudukan unik untuk bekerjasama dengan bandar-bandar seluruh dunia dan telah membangunkan set penunjuk biasa ini untuk mengukur faedah ekonomi, prasarana dan sosial bagi bandar-bandar pintar yang terhubung secara mudah alih.

Untuk mengakses Indeks Bandar-bandar Pintar GSMA, sila lawati: www.smartcitiesindex.gsma.com.

Bandar Terhubung GSMA di Ekspo Mudah Alih Asia
Bandar Terhubung GSMA di Ekspo Mudah Alih Asia akan mempamerkan contoh-contoh produk dan perkhidmatan mudah alih yang akan memberikan peluang perniagaan baharu, mencipta nilai untuk pengguna dan akhirnya memacu pertumbuhan ekonomi. Demonstrasi-demonstrasi di Bandar Terhubung akan menonjolkan cara bagaimana teknologi mudah alih membuat kediaman dan kenderaan lebih pintar, perjalanan lebih lancar, membeli-belah lebih mudah dan kehidupan bandar lebih selamat dan lebih mesra alam dalam pasaran mudah alih terbesar dan paling inovatif di dunia.

Untuk maklumat mengenai Bandar Terhubung GSMA, sila lawati: http://gsma.at/10kkHIg.

Nota kepada editor
[1] Jumlah anggaran hubungan GSMA Intelligence dan hubungan Machina M2M
[2] Kehidupan Terhubung: Lima Tahun Akan Datang di Asia, PwC untuk GSMA

Mengenai GSMA

GSMA mewakili kepentingan para pengendali mudah alih seluruh dunia. Dengan kehadiran di lebih 220 buah negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih sedunia dengan lebih 230 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit, syarikat-syarikat perisian, pembekal peralatan dan syarikat-syarikat Internet, dan juga organisasi-organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan kemudahan awam. GSMA juga mengadakan acara-acara besar dalam industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Mudah Alih Asia

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com atau Mobile World Live, gerbang dalam talian untuk industri komunikasi mudah alih, di www.mobileworldlive.com.

Hubungan Media GSMA:

Charlie Meredith-Hardy
+44 (0)7810 050 576
CMeredith-Hardy@webershandwick.com

Palmer Wang (Beijing)
+86 10 8569 9946
pwang@webershandwick.com

Ava Lau (Hong Kong)
+852 2533 9928
alau@webershandwick.com

Pejabat Akhbar GSMA
press@gsma.com

Source: GSMA
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Wireless Communications Trade show news