omniture

Tyrian Partners: Firma Penyiasatan Kewangan Global Baharu dan Bebas

Tyrian Partners
2013-06-26 16:03 141

LONDON, 26 Jun 2013 /PRNewswire/ --

Tyrian Partners ialah sebuah firma penyiasatan kewangan global baharu yang dirasmikan hari ini. Firma itu, yang beribu pejabat di London, diketuai oleh tiga eksekutif paling terkemuka dalam industri penyiasatan forensik, yang berkongsi pengalaman selama berdekad-dekad membongkarkan penipuan dan membantu klien korporat melindungi kepentingan mereka.

Tyrian Partners LLP akan dikendalikan oleh Brian Stapleton, Richard Abbey dan Brendan Hawthorne,kesemua mereka pernah memegang jawatan kanan di Kroll. Hasil kerja mereka membawa kepada pendedahan penipuan korporat besar-besaran, yang menghasilkan kes-kes jenayah dan sivil yang penting dan berjaya mendapatkan semula jumlah wang yang banyak untuk para pemegang saham.

Kakitangan firma itu terdiri daripada para akauntan berkanun yang direkrut daripada firma-firma Big Four, pakar analitik data, dan penyiasat dengan latihan kepakaran kewangan. Tyrian Partners akan menawarkan perkhidmatan penyiasatan kepada perbadanan, pelabur, pemiutang dan penasihat mereka dengan matlamat melindungi perniagaan, mendedahkan salah laku, mengelakkan penipuan dan mendapatkan semula kerugian kewangan.

Tyrian Partners akan menjadi satu-satunya firma penyiasatan kewangan khusus dan bebas seumpamanya. Ia ditubuhkan bagi memenuhi permintaan yang meningkat daripada pelabur, pengawal selia kewangan, dan Lembaga-Lembaga syarikat  besar untuk penyiasatan bebas, telus dan berkesan kos terhadap tuduhan salah laku kewangan.

Brian Stapleton, rakan kongsi kanan, berkata: "Masanya tepat untuk pemain yang benar-benar bebas konflik dalam ruang forensik. Penyatuan telah menukarkan industri kita menjadi sebuah kelab selesa dengan  sebilangan kecil firma perundingan yang menyiasat kegagalan klien mereka sesama sendiri dan menyukarkan akses klien-klien kepada  nasihat yang berwibawa dan benar-benar bebas."

Richard Abbey, rakan kongsi kanan, berkata: "Sekarang merupakan zaman ekonomi yang bergolak, dan klien-klien tidak mahu dipaksa menerima hasil kerja perundingan sebelum kejadian dan hasil kerja pemulihan pasca-kejadian daripada kumpulan firma kecil yang sama yang mempunyai  konflik yang semakin ketara  antara kedua-dua. Mereka mahu h penasihat yang mempunyai tumpuan dan hanya bekerja untuk mereka sahaja."

Brendan Hawthorne, rakan kongsi kanan, menambah: "Saya telah menyiasat kerugian sebanyak lebih $10 bilion di institusi kewangan yang gagal dalam masa tiga tahun lepas dan sambil saya meneliti kemusnahan yang berlaku, saya terkejut dengan bayaran tinggi yang dikenakan oleh pasukan perunding besar daripada firma perakaunan utama  yang mengambil kesempatan atas situasi buruk yang berlaku. Tyrian Partners akan memberikan alternatif yang menjimatkan kos dan boleh dipercayai."

Tyrian Partners menjangkakan permintaan meningkat untuk perkhidmatan penyiasatan berkemahiran ketika ekonomi global mula bangkit daripada krisis kewangan. Perkara-perkara kewangan yang tidak bertepatan, penipuan dan kelakuan yang tidak beretika yang berlaku semasa dan selepas kelembaban global akan terus muncul; dan syarikat-syarikat akan terdedah kepada pelbagai bentuk penipuan lain apabila mereka kembali ke kedudukan yang mengaut keuntungan, menambah kakitangan dan memasuki pasaran baharu.

Nota:

Richard Abbey ialah mantan ketua global untuk penyiasatan kewangan Kroll 


Brian Stapleton ialah mantan ketua EMEA Kroll


Brendan Hawthorne ialah mantan ketua penyiasatan kewangan Kroll di Timur Tengah

Hubungi: 
Brian Stapleton:    bstapleton@tyrian-partners.com
Richard Abbey:      rabbey@tyrian-partners.com
Brendan Hawthorne:  bhawthorne@tyrian-partners.com
+44(0)203-102-7670

Sumber: Tyrian Partners

 

 

Source: Tyrian Partners
Keywords: Banking/Financial Service New products/services