omniture

Momentum global kecekapan tenaga memerlukan lebih banyak sokongan dwipartisan, sasaran awam dan kewangan swasta

Johnson Controls
2013-06-26 16:53 114

-- Kaji selidik kecekapan tenaga Johnson Controls menunjukkan peningkatan sebanyak 116 peratus kepentingan pengurusan tenaga sejak 2010

MILWAUKEE, 26 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Kajian baharu oleh Johnson Controls, peneraju global memberikan penyelesaian yang meningkatkan kecekapan tenaga dalam bangunan, menunjukkan faedah kecekapan tenaga meningkat sebanyak 116 peratus seluruh dunia sejak tahun 2010, dengan mereka yang menetapkan matlamat maju lebih pesat dalam pengurangan penggunaan tenaga. Momentum juga semakin bertambah untuk pensijilan bangunan hijau dan penyewaan ruang penyewa hijau, walaupun ramai yang memetik kekurangan pendanaan dan ketidakpastian mengenai polisi kerajaan sebagai halangan pelaburan.

Klik di sini untuk menonton video, lampiran fakta dan pembentangan mengenai berita ini: http://www.multivu.com/players/English/57694-johnson-controls-2013-energy-efficiency-indicator-global-survey/

 "Kita memerlukan polisi awam dan pelaburan swasta yang bekerjasama mengurangkan ketidakpastian pasaran, dan menguasai momentum tahun ini menuju ekonomi global yang lebih cekap tenaga," kata Dave Myers, presiden Johnson Controls Building Efficiency. Penunjuk Kecekapan Tenaga ialah kaji selidik global untuk lebih 3,000 pemilik dan pengendali bangunan di 10 buah negara.

HUBUNGAN MEDIA:
Sarah Zwicky
sarah.zwicky@jci.com
+1-414-524-6916

Menghadapi masalah teknikal dengan pemain media interaktif? Sila hantarkan satu emel kepada multivuonline@multivu.com.

Source: Johnson Controls
Keywords: Green Technology Broadcast feed announcements Conservation/Recycling Survey, Polls & Research