omniture

TOMS Umumkan Ia Telah Menderma 10 Juta Pasang Kasut Baharu Kepada Kanak-kanak Yang Memerlukan dan Membantu Memulihkan Penglihatan 150,000 Orang Seluruh Dunia

TOMS Shoes
2013-06-26 23:51 333

-- Syarikat One for One® Melakukan Lebih Daripada Sekadar Memberi untuk Membuat Pelaburan Besar dalam Pembuatan, Pemerkasaan Ekonomi, Penyelidikan dan Perkongsian

LOS ANGELES, 26 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Blake Mycoskie, Pengasas dan Ketua Penderma Kasut TOMS, mengumumkan syarikat itu telah mendermakan lebih 10 juta pasang kasut baharu kepada kanak-kanak yang memerlukan dan membantu memulihkan penglihatan lebih 150,000 orang di seluruh dunia melalui Rakan-rakan Kongsi Pendermanya. Kejayaan model perniagaan  One for One® TOMS telah membawa kepada perkembangan berterusan usaha-usaha Derma, dengan pelaburan besar syarikat itu dalam pembuatan kasut, pemerkasaan ekonomi dan penugasan kajian lapangan, dan telah membangunkan hubungan kerjasama produk yang telah mengumpulkan jutaan dolar untuk organisasi tanpa untung.

"Ketika saya memulakan TOMS, saya tidak tahu apa-apa tentang kasut. Saya tidak tahu apa-apa tentang menderma. Apa yang saya tahu ialah saya perlu membantu," kenang Mycoskie. "Selama tujuh tahun lepas, TOMS telah bertumbuh lebih pantas berbanding apa yang saya bayangkan – dan memang kami belajar untuk beramal dengan menderma, tetapi pada ketika itu kami tidak melakukan sebaik yang sepatutnya. Dengan mendengar nasihat Rakan-rakan Kongsi Penderma, pelanggan, kakitangan, dan para pengkritik kami – kini kami melakukan lebih lagi dengan cara yang bertanggungjawab dan mampan. Kami telah memasuki era baharu pendermaan, dan pada kami, ia ibarat One for One 2.0." 

TOMS menjangkakan Rakan-rakan Pendermanya akan memberikan 10 juta pasang kasut lagi kepada kanak-kanak yang memerlukan dalam masa 24 bulan akan datang. Sebagai sebahagian daripada pencapaian ini, beberapa kemajuan ketara dalam usaha Derma syarikat itu ialah:

  • TOMS telah membuat pelaburan besar dalam model dan operasi Dermanya.

    Syarikat itu telah melantik seorang Ketua Pegawai Derma, Sebastian Fries, dan telah membentuk sebuah pasukan yang terdiri daripada lebih 20 orang individu yang mengkhusus kepada setiap aspek operasi dermanya, termasuk perancangan strategik, sokongan logistik, pembangunan program dan pengukuran impak. Pasukan Derma TOMS terdiri daripada individu dengan pengalaman luas dalam kesihatan orang awam dan dalam organisasi tanpa untung (NGO).

    Sebagai sebahagian daripada perkembangan ini, pertubuhan kemanusiaan sekarang merupakan asas bagi strategi Derma keseluruhan. TOMS bekerjasama dengan lebih 75 Rakan-rakan Kongsi Perderma bagi menyepadukan kasut baharu dalam matlamat pembangunannya yang lebih besar. Syarikat ini telah membuat pembaikan terhadap kasut kanvas yang diberikannya dan telah mencipta pasangan derma baharu yang disesuaikan untuk keperluan tempatan, termasuk but musim sejuk dan kasut sukan.
  • TOMS sedang mengeluarkan kasut-kasut Derma baharu dalam wilayah yang menerimanya.

    Syarikat itu kini sedang mengeluarkan kasut-kasut untuk didermakannya di Etiopia, Kenya, Argentina dan China. Dalam masa dua tahun, ia akan mengeluarkan satu pertiga daripada kasut-kasut Dermanya dalam kawasan-kawasan yang menerima kasut-kasut itu. TOMS akan mewujudkan dan menyokong peluang pekerjaan di tempat-tempat yang memerlukannya dengan mengeluarkan lebih banyak kasut secara tempatan. Syarikat itu kini sedang menguji operasi pembuatan di India dan juga sedang mempertimbangkan untuk memperluas pengilangan di Afrika dan rantau lain.

    Di Haiti, TOMS kini berada dalam peringkat-peringkat awal pengeluaran kasut tempatan. Ia juga telah bekerjasama dengan pelukis tempatan untuk mencipta rangkaian kasut yang dilukis tangan, mewujudkan dan menyokong peluang pekerjaan dalam komuniti yang menerima derma mereka. Tidak lama lagi, syarikat itu akan menawarkan lebih banyak gaya kasut dengan tekstil yang dihasilkan secara tempatan.
  • TOMS telah menugaskan dan/atau memberi dana bagi beberapa inisiatif penyelidikan untuk memahami impak program pendermaan kasutnya dengan lebih baik.

    Objektif terasnya supaya syarikat itu belajar daripada penilaian impaknya dan memperbaiki program amalnya di lapangan. Impak positif penting yang sedang disiasat oleh TOMS di El Salvador, Zanzibar, Malawi dan Etiopia ialah kesan langsung kasut itu terhadap kesihatan, kebolehan untuk mendapatkan pendidikan dan kebajikan seorang kanak-kanak. Disamping pemahaman impak langsung kasut-kasut itu, TOMS sedang menyiasat bagaimana penyepaduan pendermaan kasut ke dalam program-program Rakan-rakan Pendermanya yang sedang berlangsung boleh mempertingkatkan keberkesanan program-program mereka. TOMS juga sedang menyiasat bagaimana program-program pendermaan kasutnya mungkin memberi kesan kepada ekonomi tempatan bagi memastikan pendermaan yang bertanggungjawab.

    Di Etiopia, usaha TOMS di lapangan juga telah memberi inspirasi kepada syarikat itu untuk membuat sumbangan signifikan bagi membantu menamatkan podokoniosis, sejenis penyakit kaki untut yang menyakitkan dan menyisihkan pesakitnya, yang dihidapi oleh jutaan orang yang tinggal dan bekerja dengan berkaki ayam dalam kawasan tanah gunung berapi yang kaya dengan silika. TOMS memberikan kasut-kasut baharu kepada kanak-kanak bagi menghindarkan penyakit tersebut daripada generasi seterusnya, dan telah melabur dalam penyelidikan, pemetaan, peluasan program rawatan dan klinik, pendidikan masyarakat, pemulihan pesakit dan sokongan.
  • Melalui kerjasama produknya, TOMS telah menyediakan sokongan kewangan kepada organisasi lain yang juga membantu golongan yang memerlukan.

    Selain daripada kasut-kasut baharu yang didermakan oleh TOMS dan penglihatan yang diselamatkan, hubungan kerjasama produk-produknya membolehkan syarikat itu menderma dengan lebih banyak lagi. Beberapa organisasi tanpa untung yang telah menerima dana daripada hubungan kerjasama ini ialah Eastern Congo Initiative (ECI) oleh Ben Affleck, Charlize Theron Africa Outreach Project (CTAOP), Save the Waves, charity:water dan Movember, antara lainnya.

Ketua Pegawai Dermanya, Fries menambah, "Kami melihat hasil keputusan yang memberangsangkan melalui program-program pendermaan kasut dan pemulihan penglihatan dengan Rakan-rakan Penderma kami, tetapi masih ada banyak lagi yang perlu dilakukan. Kasut-kasut baharu membantu meningkatkan kehadiran di sekolah dan pendaftaran baharu ke sekolah. Ia digabungkan dengan prosedur pemeriksaan bagi memerangi masalah kekurangan nutrisi. Ia diberi bersama ubat-ubatan untuk mencegah penyakit cacing kerawit. Program pemulihan penglihatan kami juga memperkasakan masyarakat dan menyokong pertubuhan penjagaan mata mampan dalam dunia membangun. Kami bekerjasama dengan organisasi-organisasi tempatan yang melatih para penduduknya menyediakan penjagaan profesional. Jadi, kami membuat pelaburan dalam klinik, rakyat dan juga peluang pekerjaan tempatan."

Mengenai TOMS:

Pada tahun 2006, pengembara Amerika Blake Mycoskie berkawan dengan kanak-kanak di sebuah perkampungan di Argentina dan mendapati mereka tiada kasut yang melindungi kaki mereka. Lantaran kemahuan beliau untuk membantu, beliau menubuhkan TOMS, sebuah syarikat yang mendermakan satu pasang kasut untuk kanak-kanak yang memerlukannya bagi setiap pasang kasutnya yang dibeli oleh pelanggan. One for One.®  

Lima tahun kemudian, TOMS menyedari bahawa usaha ini mampu memenuhi keperluan asas lain lalu melancarkan TOMS Eyewear. TOMS akan membantu memulihkan penglihatan seseorang yang memerlukannya dengan setiap pasang kaca mata yang dibeli. One for One.® Dengan lebih banyak pilihan harian mempunyai kuasa untuk memberi impak terhadap kehidupan orang ramai serata dunia, usaha TOMS akan terus bertumbuh dan berkembang.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Doug Piwinski – TOMS
Naib Presiden Kanan, Pemasaran dan Komunikasi
+1.310.228.8801 (telefon bimbit)
doug@toms.com

Source: TOMS Shoes
Related Links:
Keywords: Entertainment Fashion Corporate Social Responsibility