Bendera dinaikkan untuk masa depan pelancongan wiski Scotch bagi menandakan pelancaran tarikan baharu
EDINBURGH, Scotland, 2 September 2021 /PRNewswire/ -- Johnnie Walker Diageo Princes Street, sebuah tarikan pengunjung baharu 8 tingkat untuk wiski Scotch paling laris di dunia, telah dilancarkan di tengah-tengah ibu negeri Scotland hari ini.
Dengan pembinaan selama empat tahun setengah, Johnnie Walker Princes Street merupakan pelaburan utama Diageo bernilai £185 juta dalam sektor pelancongan wiski Scotch di Scotland – program pelaburan tunggal terbesar seumpamanya yang pernah dilihat dalam pelancongan wiski Scotch.
Untuk menandakan pembukaannya, bendera Johnnie Walker telah dinaikkan di atas bangunan mercu tanda ini oleh Ivan Menezes, Ketua Eksekutif Diageo dan Barbara Smith, Pengarah Urusan Johnnie Walker Princes Street, berlatarbelakangkan pencakar langit yang ikonik di Edinburgh termasuk Istana Edinburgh yang terkenal di dunia.
Ivan Menezes, Ketua Eksekutif Diageo berkata: "Ini adalah hari yang membanggakan semua orang. Tahun lalu, Johnnie Walker meraikan 200 tahun kewujudannya sejak pengasas syarikat tersebut, John Walker memulakan operasi kedai runcit kecil beliau dan hari ini merupakan fasa seterusnya dalam kisah yang luar biasa ini. Johnnie Walker Princes Street merupakan pelaburan penting dalam wiski Scotch serta Scotland dan ia menetapkan standard baharu terhadap tarikan pengunjung yang mengasyikkan. Ia meraikan warisan Scotland yang unik, para pembuat wiski kami yang hebat dan berpandangan ke hadapan dengan melibatkan generasi baharu pengguna dari seluruh dunia yang menyaksikan keajaiban wiski Scotch."
Fakta tentang tarikan pengunjung Johnnie Walker Princes Street:
Terdapat dua buah bar teres atas bumbung yang bertaraf dunia di Johnnie Walker Princes Street dengan pemandangan latar langit Edinburgh yang menarik, termasuk bar wiski Explorers' Bothy yang dipenuhi dengan 150 jenis wiski yang berbeza dan 1,820 bar koktel yang menampilkan minuman dengan padanan menu yang diolah dengan teliti daripada sumber kulinari yang mewakili empat penjuru Scotland.
Johnnie Walker Princes Street juga komited untuk menyumbang kepada komuniti dengan menawarkan program latihan hospitalitinya yang memenangi anugerah kepada para penganggur melalui akademi Johnnie Walker Learning for Life miliknya yang istimewa. Bangunan ini juga mampu menganjurkan acara-acara dengan kapasiti ruang untuk 200 orang.
Barbara Smith, Pengarah Urusan Johnnie Walker Princes Street berkata: "Kami teruja untuk memulakan operasi dan membantu membina semula industri pelancongan dan hospitaliti selepas melalui 18 bulan yang sangat sukar. Kisah wiski paling laris di dunia ini telah dihidupkan dengan bakat serta imaginasi dan kami telah membina sebuah pasukan yang merangkumi beberapa individu paling berbakat dalam bidang mereka. Kami kini bersedia untuk mengalu-alukan kedatangan pengunjung dan mula memberitahu fasa seterusnya tentang cara kami menyelami sejarah dan komuniti Scotland."
Pada tahun 2019, industri Wiski Scotch telah mencatatkan rekod dengan menarik seramai 2.16 juta pengunjung berserta program pelaburan pelancongan Johnnie Walker Princes Street dan Diageo bernilai £185 juta yang bermatlamat untuk membantu membina semula pelancongan wiski Scotch pada masa hadapan. Pelaburan ini merangkumi transformasi lawatan kilang wain di seluruh Scotland, termasuk Glenkinchie, Clynelish, Cardhu dan Caol Ila – Highland (Tanah Tinggi), Lowland (Tanah Rendah), Speyside (Kawasan Khusus) dan Islay (Pulau) yang menjadi lokasi Johnnie Walker dan dihubungkan dengan Johnnie Walker Princes Street bagi membentuk rangkaian tarikan bertaraf dunia yang menjadi tulang belakang Scotland.
Johnnie Walker Princes Street akan mula dibuka kepada orang ramai pada jam 1 petang, hari Isnin bersamaan 6September. Tiket-tiket untuk lawatan bermula daripada £25 seorang, termasuk lawatan selama 90 minit dan tiga sampel wiski Scotch peribadi (semua sampel disediakan secara terkawal dan teliti selain alternatif tanpa alkohol yang turut tersedia untuk para tetamu).
Untuk menempah dan mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.johnniewalkerprincesstreet.com. Untuk maklumat lanjut tentang Johnnie Walker, sila layari: www.johnniewalker.com
http://www.apmultimedianewsroom.com/multimedia-newsroom/johnnie-walker-princes-street
https://app.box.com/s/lpeosnxizvp6gvkzhoew704f9sijw93k
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1606976/exterior___jwps.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1607129/ivan_menezes_and_barbara_smith.jpg?p=medium600