omniture

Forum Alam Sekitar Dunia Sokong Peningkatan Kesedaran Alam Sekitar

Forum Mundial de Meio Ambiente
2013-06-27 00:30 86

SAO PAULO, 26 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Forum Alam Sekitar Dunia yang dianjurkan oleh LIDE – Grupo de Lideres Empresariais [Kumpulan Pemimpin Perniagaan] di Foz do Iguacu pada 21 dan 22 Jun, merupakan sebuah jemputan kepada masyarakat agar memikirkan semula tabiat-tabiatnya demi mencapai pemeliharaan alam sekitar. Temanya – "2013: Tahun Kerjasama Air Antarabangsa" menghimpunkan 405 ahli perniagaan, aktivis dan pegawai kerajaan.

Roberto Klabin daripada LIDE Sustentabilidade [Kemampanan LIDE] dan Pedro Passos daripada SOS Mata Atlantica, menyerahkan sebuah manifesto untuk Taman Iguacu kepada Izabella Teixeira, Menteri Alam Sekitar dan Beto Richa, Gabenor Parana. Menteri Teixeira membangkang pembukaan semula lebuh raya Estrada do Colono yang merentasi Taman itu. "Saya tidak perlu membuka semula lebuh raya itu untuk menggalakkan pembangunan mampan Parana," kata beliau.

Seterusnya, Luiz Cheida, Setiausaha Alam Sekitar dan Sumber Air negeri Parana, Vicente Andreu, Presiden Agensi Air Kebangsaan, Gabenor Richa dan Menteri Teixeira menandatangani Pakatan Pengurusan Air Kebangsaan, sebuah inisiatif bagi mengukuhkan pengurusan air di Brazil.

Syarahan

Pada panel bertajuk, "Krisis air dunia," Presiden Majlis Air Kebangsaan, Benedito Braga menekankan keperluan memastikan keselamatan air bagi menyediakan akses kepada air berkualiti tinggi. "Menyediakan keselamatan air untuk orang awam ialah tanggungjawab Negara. Kami ada penyelesaian teknikalnya tetapi isunya sekarang adalah bersifat politik dan kewangan."

Dalam ceramah beliau mengenai "Pengurusan air di Brazil dan dunia," Robert Kennedy Jr., seorang pakar undang-undang alam sekitar, berkata penswastaan merupakan masalah paling buruk yang kita hadapi sekarang. Menurut Kennedy, semua orang berhak mendapatkan air, walaupun mereka yang tidak mampu membayarnya.

Jean-Michel Cousteau, ahli kaji laut dan Presiden Persatuan Masa Hadapan Laut, meminta orang ramai menyedari bahawa hanya ada satu sistem air sahaja di dunia ini. "Ini saat yang kritikal. Kita mesti cari penyelesaian melindungi makhluk hidup di planet ini," seru beliau semasa panel "Khidmat Alam Sekitar Lautan." Pada Cousteau, Brazil mempunyai peluang meneraju kepimpinan bagi mendesak negara-negara lain melindungi alam sekitar.

Marina Silva, mantan Menteri Alam Sekitar, mempertahankan demonstrasi besar-besaran baru-baru ini dan menyatakan bahawa "satu subjek politik baharu sedang muncul kerana teknologi." Pada pandangan beliau, orang ramai tidak mahu lagi kekal dalam kedudukan ketakberkuasaan yang dihadapi masa kini.

Piagam Foz do Iguacu [Carta de Foz do Iguacu] meringkaskan semua kesimpulan yang dicapai dalam Forum itu, menekankan lagi keperluan perubahan corak penggunaan bagi mempertimbangkan kesannya terhadap ekosistem dan sumber air. Ia mengusulkan pelaksanaan polisi-polisi awam bagi menjamin perlindungan dan pengedaran air dan sanitasi dalam jangka pendek. Sebuah platform juga telah dicipta bagi tindakan serta-merta, seperti pembatalan pembukaan lebuhraya Taman Iguacu, kelulusan draf undang-undang PSA sebelum tahun 2014, dan penetapan insentif cukai untuk menggalakkan sanitasi.

Untuk maklumat lanjut: Erica Valerioerica.valerio@cdn.com.br +55 11 3643.2710

Source: Forum Mundial de Meio Ambiente
Keywords: Environmental Products & Services Publishing/Information Service Environmental Issues Environmental Policy Trade show news