omniture

DuPont Building Innovations Sertai Power Matters Alliance

Power Matters Alliance
2013-06-27 18:10 165

-- DuPont Building Innovations bakal meneraju usaha membenamkan penyelesaian pengecasan tanpa wayar untuk telefon pintar dan tablet ke dalam permukaan keras Corian® DuPont™ yang digunakan sebagai perabot untuk kediaman dan ruang awam

WILMINGTON, Delaware, 27 Jun 2013 /PRNewswire/ -- DuPont Building Innovations telah menyertai Power Matters Alliance (PMA) dan sedang bekerjasama dengan ahli-ahli PMA lain untuk penyelesaian pengecasan tanpa wayar telefon pintar dan tablet yang boleh disepadukan dengan berkesan ke dalam permukaan kerja yang diperbuat daripada permukaan keras Corian® DuPont™.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130627/NY39215 )

"Fasa seterusnya dalam kuasa tanpa wayar ialah pembenamannya ke dalam permukaan yang digunakan untuk penyelesaian perabot," kata Ron Resnick, Presiden PMA. "DuPont telah memacu inovasi selama berpuluh tahun dalam bidang bahan yang dimajukan. Permukaan keras Corian® DuPont™ ialah penyelesaian premium yang terkemuka seluruh dunia dalam pasaran perabot dan reka hias dalaman, untuk bangunan komersil dan kediaman. Kerjasama antara PMA dan DuPont Building Innovations menandakan satu lagi langkah ke hadapan dalam wawasan PMA untuk menjadikan kuasa tanpa wayar pintar sebagai unsur yang sentiasa wujud dalam kehidupan kita."

PMA telah diasaskan oleh Powermat Technologies dan Procter & Gamble pada tahun 2012 dan ahli lembaga pengarahnya termasuklah perwakilan daripada AT&T, Duracell, Starbucks dan Energy Star Kerajaan AS (tiada hak mengundi).

"Kami gembira dapat menyertai PMA dan sekali lagi menunjukkan kemampuan perkembangan permukaan keras Corian® DuPont™ yang tidak berpenghujung bagi mencipta penyelesaian perabot masa hadapan," kata Ruslan Yusupov, pengarah pemasaran global DuPont Building Innovations. "Kami telah menerokai teknologi dan rakan kongsi yang sesuai bagi menyepadukan kuasa tanpa wayar ke dalam aplikasi Corian® DuPont™ yang khusus, dan kami menemui kedua-dua ciri itu pada PMA. Kami tahu yang kuasa tanpa wayar adalah penting untuk kemajuan masyarakat mudah alih, dan kami tidak sabar-sabar untuk menggabungkannya dengan versatiliti rekaan dan keindahan permukaan keras Corian® DuPont™. Selama berpuluh tahun, permukaan yang diperbuat menggunakan Corian® DuPont™ telah membawa fungsi yang unggul dan gaya ke dalam kediaman dan ruang awam. Kini kami menyasarkan untuk membawa tahap prestasi ini ke peringkat yang lebih tinggi, sementara memenuhi keperluan memuncul untuk industri dan pengguna yang mahu kekal mempunyai tenaga bateri sepanjang hari."

Mengenai Power Matters Alliance (http://www.powermatters.org/)
PMA telah diasaskan oleh Powermat Technologies dan Procter & Gamble pada tahun 2012. Pelbagai produk yang mematuhi syarat-syarat PMA boleh didapati di peruncit-peruncit utama, dan "tapak pengecasan tanpa wayar" telah dipasang di lapangan terbang, stadium, restoran, gim dan salun rambut yang utama. Keahlian dalam PMA terbuka untuk semua dan pengkhususan teknikalnya boleh dibaca oleh semua ahli di http://www.powermatters.org/.

Mengenai DuPont™ Corian® (www.corian.com, www.facebook.com/CorianDesign
Usaha yang berterusan, pelaburan dan kreativiti DuPont dalam penyelidikan dan teknologi, inovasi produk, pembangunan aplikasi baharu dan pemasaran telah membuatkan permukaan keras Corian® DuPont™ sebagai sebuah alat rekaan yang menawarkan versatiliti mengagumkan dan hampir tiada batasan kemungkinan untuk menghasilkan penyelesaian yang berkualiti tinggi, berkesan, berfungsi dan diyakini dan untuk ditumpukan kepada persekitaran kediaman, orang awam dan komersil, dalam bangunan dan luar bangunan.

Dari dapur sehinggalah ke lampu, dari bilik air ke salutan luaran bangunan, daripada penyelesaian tempat duduk kepada sistem pengautomatan rumah, daripada radiator menjadi permukaan yang dikawal sentuh, daripada meja kepada perabot hiasan dan aksesori fesyen, dan itu baru sedikit sahaja. "Keajaiban" Corian® DuPont™ boleh ditemui hari ini dalam pelbagai produk, sistem dan objek yang digunakan atau dialami oleh semua orang dalam kehidupan harian mereka. Senarai ini terus meningkat.

Permukaan keras Corian® DuPont™ (rangkaian penuhnya atau warna-warna khusus) telah menerima pensijilan bebas yang penting (seperti UL Environment GreenGuard Certification, Home Innovation Research Labs/NBGS Green Certified Product, Scientific Certification Systems, Ecospecifier). Prestasinya juga telah disahkan oleh insitusi bebas berprestij (contohnya oleh NSF International bagi sentuhan dengan makanan), Institut Diraja Kesihatan Awam dan LGA QualiTesti untuk prestasi kebersihan).

Fasiliti pembuatan DuPont yang menghasilkan permukaan keras Corian® DuPont™ telah diperakui menurut ISO 14001. Sebagai hasil sebuah program pembaikan berbilang tahun, semua fasiliti ini telah mencapai status tapak buangan sampah sifar dengan mengurangkan, menggunakan semula dan mengitar semula bahan-bahan sampingan dan hasil buangan daripada proses pembuatan.

DuPont DuPont (NYSE: DD) telah membawa sains dan kejuruteraan bertaraf dunia kepada pasaran global dalam bentuk-bentuk produk berinovatif, bahan dan perkhidmatan sejak tahun 1802. Syarikat itu percaya bahawa dengan bekerjasama bersama pelanggan, kerajaan, NGO dan pemimpin pemikiran, kita boleh membantu mencari penyelesaian bagi cabaran-cabaran global seperti menyediakan makanan berkhasiat secukupnya untuk penduduk di mana-mana sahaja, mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil, dan melindungi kehidupan serta alam sekitar. Untuk maklumat lanjut mengenai DuPont dan komitmennya untuk inovasi terangkum, sila lawati www.dupont.com.

Logo bujur Dupont, DuPont™ dan Corian® merupakan tanda dagangan berdaftar untuk E. I. du Pont de Nemours and Company serta syarikat-syarikat sekutunya. Logo Power Matters Alliance pula ialah hak milik Power Matters Alliance, Inc. Logo-logo, tanda-tanda niaga dan tanda-tanda niaga berdaftar lain yang disebutkan dalam siaran akhbar ini ialah hak milik pemilik mereka masing-masing.

www.powermatters.org  www.corian.com

 

Source: Power Matters Alliance
Related Stocks:
NYSE:DD
Keywords: Consumer Electronics Furniture & Furnishings Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications