omniture

Elitecore SMP Membolehkan Rangkaian Wi-Fi Pantas dan Berkos Rendah Mengewangkan Perkhidmatan Jalur Lebar

Elitecore Technologies
2013-06-27 21:46 137

MUMBAI, India dan DUBAI, UAE, 27 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Elitecore Technologies, penyedia global untuk Platform Pengurusan Perkhidmatan (SMP) Wi-Fi, mengumumkan bahawa SMP mereka telah berjaya membolehkan para pengendali Tingkat 1 memasang rangkaian Wi-Fi bagi mengewangkan perkhidmatan 3G/4G/Jalur Lebar Talian Dawai. Lantaran pertambahan arah aliran penggunaan peranti pintar, penggunaan data dan keperluan pelanggan untuk mobiliti, Wi-Fi kini menjadi saranan perniagaan yang semakin mendesak bagi para pengendali. Namun, cabaran yang masih wujud ialah menguruskan Wi-Fi di samping rangkaian 3G/4G/Jalur Lebar Talian Dawai bagi melancarkan pelan kombo Wi-Fi atau Wi-Fi sahaja dengan jayanya.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130226/599701 )

Bagi menumpukan perhatian terhadap keupayaan pengurusan para pengendali, Elitecore membawa inovasi dalam membangunkan SMP Wi-Fi, yang diberkaskan dengan AAA Tersepadu awal, MAP-GW dan Gerbang Pengecasan yang bukan sahaja melekapkan pengguna dengan lancar pada rangkaian Wi-Fi yang sedia ada tetapi juga menguatkuasakan polisi 3G/4G/Jalur Lebar Talian Dawai pelanggan kepada Wi-Fi dan mengenakan bayaran penggunaan data. SMP itu menyokong pengesahan untuk kedua-dua peranti EAP-SIM dan Bukan EAP-SIM bersama pelan data pelanggan seperti pelan berasaskan masa, pelan berasaskan kelajuan, pelan berasaskan aplikasi dan pelan berasaskan jumlah.

Kata Dhaval Vora, Naib Presiden, Pengurusan Produk, Elitecore, "SMP Wi-Fi Elitecore sedang memainkan peranan kritikal untuk kejayaan strategi rangkaian berlainan pengendali kerana ia membantu mengekalkan pengalaman pelanggan sambil mempertingkat kualiti perkhidmatan. Bagi betul-betul menjayakan strategi Wi-Fi mereka, para pengendali mesti menggunakan pelaburan mereka yang sedia ada dalam 3G dan menyediakan jangkauan lebih jauh, akses mudah dan keterhubungan Wi-Fi yang terkini kepada pengguna dan masih berupaya mengekalkan polisi yang sama dengan pelan data dan pengenaan bayaran mengikut penggunaan yang sedia ada. SMP Wi-Fi Elitecore berasaskan senibina penyepaduan yang bermodul dan anjal yang boleh disepadukan dengan lancar bersama sistem baucar, sistem pengenaan bayaran dan sistem kawalan polisi para pengendali yang sedia ada."

SMP Wi-Fi Elitecore memberi nilai kepada para pengendali menggunakan EliteAAA yang mematuhi 3GPP dan menyokong pelepasan beban Wi-Fi lancar melalui penyepaduan HLR untuk pelanggan 3G dengan pintasan LI bagi membawa pematuhan keselamatan dan kawal selia manakala app Captive Portal dan Mobile mengesahkan pengguna dalam senario peranti berbeza seperti Bukan EAP-SIM. Gerbang Pengecasan dalam SMP menyediakan antara muka untuk komunikasi antara rangkaian dan komponen IT sementara alat Kepintaran Perniagaan (BI) memantau dan menganalisis penggunaan, hasil dan corak lalu lintas, prestasi rangkaian dan keutamaan pelanggan.

Mengenai SMP Wi-Fi Elitecore

Elitecore merupakan salah satu pemimpin penyelesaian Wi-Fi Penyedia Perkhidmatan. Elitecore mempunyai bilangan penyepaduan tertinggi dan saling operasi terbukti dengan peralatan multi vendor Tingkat 1 dan ekosistem rakan kongsi Wi-Fi terunggul seluruh dunia. Lawati untuk mengetahui lebih lanjut: http://www.elitecore.com/telecompractices/service-provider-wifi.html

L K Pathak
Pembantu Naib Presiden Komunikasi Korporat
B: +91-9925012059
E: l.k.pathak@elitecore.com

Sumber: Elitecore Technologies

Source: Elitecore Technologies
Keywords: Internet Technology Wireless Communications New products/services