omniture

Pertandingan Gambar CGAP 2013 Kini Terbuka untuk Penyertaan

CGAP
2013-06-28 00:18 96

WASHINGTON, 28 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Pertandingan Gambar CGAP yang menyasarkan untuk mengetengahkan hasil fotografi yang menarik perhatian daripada jurugambar amatur dan profesional seluruh dunia yang menunjukkan rangkuman kewangan, kini sedang menerima penyertaan untuk 2013. Semua penyertaan mesti dihantar secara dalam talian di cgap.org/photocontest antara 26 Jun dan 2 Oktober 2013.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130626/DC38964)

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20110412/MM81963LOGO)

Kami sedang mencari imej-imej asli dan menusuk hati yang memaparkan kehidupan kewangan kompleks yang dilalui oleh golongan miskin dan bagaimana rangkuman kewangan boleh mengubah hidup mereka. Gambar-gambar boleh mewakili satu rangkaian produk, institusi dan metodologi, dan boleh menyentuh pelbagai isu sosial, ekonomi, pembangunan dan teknologi. Kami menggalakkan penyertaan dari semua rantau, kawasan bandar dan luar bandar. Perkongsian imej-imej anda yang menunjukkan pelbagai cara isi rumah tangga miskin menguruskan kewangan keluarga boleh membantu kami menceritakan kisah inovasi dan kepintaran penggunaan perkhidmatan kewangan bagi memperbaiki kehidupan.

Pusingan pertandingan yang terdahulu telah menghasilkan imej-imej kreatif dan menusuk hati yang telah dikongsi bersama pertubuhan-pertubuhan yang bekerja bagi rangkuman kewangan dan media global. Pertandingan tahun lepas adalah yang paling sengit setakat ini, dengan 2,500 penyertaan dari 80 buah negara. Gambar yang menang – "Asap Arang," telah dihantar oleh Yavuz Sariyildiz dari Turki, seorang bekas pengurus bank – menerima pendedahan besar-besaran seluruh dunia: ia telah dipamerkan oleh PR Newswire di Times Square Bandar Raya New York, dipaparkan dalam dua akhbar Turki, dan dimasukkan dalam sebuah galeri di laman web BBC Vietnam.

Banyak hadiah yang akan diberikan pada tahun 2013, termasuk sebuah hadiah tempat utama, kedua dan ketiga. Pastikan anda mengundi gambar-gambar kegemaran anda dalam talian bagi membantu menentukan pemenang Pilihan Ramai.

Untuk melihat semua gambar-gambar yang dihantar, peraturan rasmi, syarat-syarat, dan hadiah, sila lawati www.cgap.org/photocontest. Anda juga boleh mengikuti kami di Twitter (@CGAP) dan temui kami di Facebook untuk sebarang kemaskini.

Mengenai CGAP
Kumpulan Rundingan bagi Membantu Rakyat Miskin berusaha ke arah satu dunia yang membolehkan semua orang mengakses perkhidmatan kewangan yang diperlukan demi memperbaiki kehidupan mereka.

CGAP membangunkan penyelesaian berinovasi untuk rangkuman kewangan melalui penyelidikan praktikal dan penglibatan aktif dengan penyedia perkhidmatan kewangan, pembuat polisi dan pemberi dana. Ditubuhkan pada tahun 1995 dan bertempat di Bank Dunia, CGAP menggabungkan pendekatan pragmatik untuk pembangunan pasaran dengan platform sokongan berasaskan bukti bagi memajukan akses pembiayaan bagi golongan miskin.

Source: CGAP
Related Links:
Keywords: Art Banking/Financial Service Multimedia/Online/Internet