omniture

ZNet Technologies dan Acronis perkasa penyedia perkhidmatan dengan perluas perkongsian pengedaran di Asia Tenggara

ZNet Technologies akan memperkasa penyedia perkhidmatan di Asia Tenggara dengan automasi untuk menyampaikan Acronis Cyber Protect Cloud.
Acronis
2021-09-09 19:06 112

SINGAPURA, 9 September 2021 /PRNewswire/ -- ZNet Technologies (http://znetcorp.com/), pengedar perkhidmatan awan terkemuka yang menawarkan infrastruktur awan dan perkhidmatan terurus, hari ini mengumumkan bahawa ia memperluaskan perkongsian pengedarannya dengan Acronis di enam negara iaitu Australia, New Zealand, Filipina, Indonesia, Malaysia dan Thailand.

Acronis dan ZNet Technologies memperluas jejak bersama di Australia, New Zealand, Filipina, Indonesia, Malaysia dan Thailand
Acronis dan ZNet Technologies memperluas jejak bersama di Australia, New Zealand, Filipina, Indonesia, Malaysia dan Thailand

Dengan perkembangan baharu ini, ZNet akan mengedarkan Acronis Cyber Protect Cloud dalam pasaran baharu melalui rangkaian rakan kongsinya. Kini, rakan-rakan kongsi ZNet dapat menawarkan rangkaian penyelesaian perlindungan siber yang komprehensif termasuk sandaran, pemulihan bencana, anti-perisian hasad yang ditingkatkan dengan AI, alat keselamatan dan pengurusan titik akhir, penyegerakan dan perkongsian fail serta notarisasi fail berasaskan rantaian blok – dengan automasi pengebilan dan penyampaian perkhidmatan menggunakan platform automasi yang dibangunkan secara dalaman oleh ZNet.

"Penyelesaian perlindungan data dan keselamatan siber diseragamkan berasaskan AI Acronis memenuhi keperluan kritikal untuk menjamin rangkaian jarak jauh dan hibrid daripada ancaman siber yang baru muncul," kata Munesh Jadoun, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, ZNet Technologies Private Limited. "Acronis ialah penyelesaian yang hebat untuk rakan kongsi kami yang ingin melengkapkan pengguna akhir mereka dengan penyelesaian perlindungan siber semua-dalam-satu yang canggih dan sofistikated. Dengan penambahan Acronis dalam portfolio pengedaran kami untuk rantau Asia Tenggara dan digabungkan dengan platform penyampaian perkhidmatan dan automasi perniagaan tempatan kami, kami bermatlamat untuk membolehkan rakan kongsi menyampaikan penyelesaian perlindungan siber Acronis dengan pilihan pengebilan yang fleksibel dan automasi yang lengkap menggunakan "RackNap", platform pemenang anugerah kami."

Keupayaan automasi bererti bahawa rakan-rakan kongsi ZNet akan dapat menyediakan dan mengurus bil untuk pelesenan pelanggan Acronis mereka dari antara muka tunggal, memudahkan penyertaan, penyediaan, pengebilan, sokongan dan pelaporan. Rakan-rakan kongsi juga dapat membolehkan pelanggan mereka memantau penggunaan sedia ada mereka dan menaik taraf/menurunkan taraf pelan mereka jika perlu.

"Landskap ancaman siber telah berubah secara mendadak sejak dua tahun yang lalu. Organisasi-organisasi bukan sahaja mencari keselamatan yang lebih tinggi, tetapi kos yang lebih rendah dan kecekapan yang lebih baik – lalu mencipta peluang unik kepada penyedia perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan perlindungan siber atas-permintaan," kata Neil Morarji, Pengurus Besar Acronis, Perusahaan, Asia Pasifik. "Hubungan sedia ada yang dibina oleh ZNet bersama rakan-rakan kongsinya di Asia Tenggara bererti mereka memahami perubahan yang sedang berlaku ini dan mereka merupakan antara yang pertama memenuhi permintaan tersebut. Pasukan ZNet yang luar biasa layak dari segi teknikal membantu kami memastikan agar pelanggan kami dapat memanfaatkan sepenuhnya keupayaan penuh penyelesaian perlindungan siber kami yang dipertingkat."

Latar Belakang ZNet Technologies 

ZNet Technologies Private Limited, diperbadankan pada tahun 2009, ialah penyedia perkhidmatan awan yang menawarkan infrastruktur awan dan perkhidmatan terurus kepada rakan kongsi dan pelanggan akhir di seluruh dunia dengan tumpuan utama di India. ZNet memberi kuasa kepada lebih daripada 90K laman sesawang dan aplikasi di seluruh dunia dan merupakan salah satu CSP Microsoft yang pertama di India. Unit perniagaan ZNet termasuk ZNetLive (penyedia domain, pengehosan, perkhidmatan awan) dan RackNap (platform penyampaian perkhidmatan awan dan automasi perniagaan). ZNet menawarkan perkhidmatan daripada Acronis, NTT, Microsoft, AWS, Alibaba Cloud dan perkhidmatan terurus melalui golongan profesional awannya yang diperakui. RackNap membantu dengan mengautomasikan penyampaian perkhidmatan awan dan membantu membuat bil bagi penggunaan berdasarkan kepada penggunaan sebenar.

ZNet dimiliki oleh RP tech India (sebahagian daripada Rashi Peripherals Pvt Ltd.). Ditubuhkan pada tahun 1989, RP tech India ialah pengedar bernilai tambah yang berkembang paling pantas bagi IT dan penyelesaian mobiliti dengan 50 cawangan serta 50 pusat perkhidmatan di seluruh India. Berkembang pada 25% CAGR yang konsisten berbanding tahun sebelumnya, syarikat ini menawarkan produk daripada lebih 25 jenama global yang terkenal kepada lebih 9000 pelanggan yang tersebar merentas lebih 750 bandar/kota di India. Untuk maklumat lanjut, kunjungi http://znetcorp.com/

Latar Belakang Acronis 

Acronis menyatukan perlindungan data dan keselamatan siber untuk menyampaikan perlindungan siber yang bersepadu dan automatik yang dapat menangani cabaran keselamatan, kebolehcapaian, privasi, kesahihan dan sekuriti (SAPAS) dalam dunia digital yang moden. Menerusi model penggunaan fleksibel yang sesuai dengan permintaan penyedia perkhidmatan serta golongan profesional IT, Acronis menyediakan perlindungan siber yang unggul untuk data, aplikasi dan sistem dengan penyelesaian antivirus, sandaran, pemulihan bencana dan pengurusan perlindungan titik akhir generasi akan datang yang inovatif. Dengan teknologi antiperisian hasad berasaskan AI dan pengesahaslian data berasaskan rantaian blok yang memenangi anugerah, Acronis melindungi sebarang persekitaran – bermula daripada awan hingga hibrid hinggalah kepada di premis – pada kos yang rendah dan boleh diramal.

Ditubuhkan di Singapura pada tahun 2003 dan diperbadankan di Switzerland pada tahun 2008, kini Acronis mempunyai lebih daripada 1,700 pekerja di 34 lokasi dalam 19 negara. Penyelesaiannya dipercayai oleh lebih daripada 5.5 juta pengguna peribadi dan 500,000 perniagaan termasuk 100% syarikat Fortune 1000. Produk Acronis boleh didapati melalui 50,000 rakan kongsi dan penyedia perkhidmatan di lebih 150 negara dalam lebih daripada 30 bahasa. 

Source: Acronis
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications Corporate Expansion Licensing/marketing agreements