omniture

Tinjauan Program Kebudayaan Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg 2013

St Petersburg Economic Forum
2013-07-01 14:53 130

ST PETERSBURG, Rusia, 1 Julai 2013 /PRNewswire/ --

Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg mempunyai tradisi bukan sekadar mengadakan perbincangan komersil dan pertemuan perniagaan – tetapi juga turut mempunyai program kebudayaan yang hebat. Hari pertama Forum menawarkan acara sukan kepada para tetamu dan peserta forum – Regata Perniagaan disamping pelayar profesional,resepsi perahu layar dan majlis anugerah pemenang.

Pada tahun ini Palace Square di St. Petersburg menyaksikan konsert terbuka muzik klasik yang dipersembahkan oleh kumpulan opera Il Divo, diiringi oleh orchestra simfoni- dan tetamu istimewa Div4s.

Acara yang menakjubkan ini adalah konsert amal yang pertama bagi menyokong kanak-kanak yang dirawat di Ortopedik Kanak-kanak di Institut G.I. Turner. Konsert ini diadakan dengan sokongan daripada syarikat pelaburan Hovard St. Petersburg, dan Muzium Negeri-Rizab Tsarskoye Selo.Para penganjur dan penghibur percaya ini adalah permulaan bagi tradisi baharu acara sumbangan dan tanggungjawab sosial di bawah naungan Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg.

Seorang diva hebat dilihat memberikan sokongan kepada konsert amal ini – soprano opera Anna Netrebko, dalam kapasiti beliau sebagai Pengarah Anna Netrebko & Erwin Schrott bagi Yayasan Amal Kanak-kanak. Yayasan beliau menyumbangkan cek kepada Ortopedik kanak-kanak di Institut G.I.Turner untuk membeli kelengkapan perubatan. SPIEF 2013 merupakan acara yang paling sesuai untuk menarik perhatian pemimpin perniagaan dan ahli politik kepada isu sosial yang mendesak – termasuk perbincangan mengenai tanggungjawab perniagaan.

Program Kebudayaan termasuk acara-acara di teater dan dewan konsert utama St. Petersburg, termasuk Mariinsky Theatre, Mikhailovsky Theatre, St.Petersburg State Academic Cappella, Shostakovich Academic Philharmonic, dan teater muzik kamar St.Petersburg Opera.

Maklumat lanjut program Forum dan para pesertanya boleh didapati di laman rasmi Forum: http://www.forumspb.com.

Sumber: Forum Ekonomi St Petersburg

Source: St Petersburg Economic Forum
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Corporate Social Responsibility Trade show news