omniture

China Oceanic Development Foundation: Pelajar Kolej Malaysia Terokai "Garis Hayat" Pembangunan Pantai di Kem Musim Panas di China

China Oceanic Development Foundation
2021-09-11 10:50 371

BEIJING, 7 September 2021 /PRNewswire/ -- "Saya masih ingat lagi ketika kami melakukan pensampelan di kawasan bakau di Xiamen yang agak berbeza daripada bakau yang tumbuh di Malaysia ekoran perbezaan suhu dan kerpasan. Kawasan bakau dilindungi dengan baik dan berperanan sebagai tempat tarikan pelancong untuk bandar tersebut," kata Lee Wei Xin, seorang siswazah yang menamatkan pengajian baru-baru ini yang mengambil bahagian dalam Kem Musim Panas untuk Pembinaan Kapasiti ke atas Pembangunan Pantai Lestari selama 8 hari di Xiamen, China.

Pelajar Malaysia melakukan latihan pensampelan di kawasan bakau di Xiamen, foto disediakan oleh Lee Wei Xin
Pelajar Malaysia melakukan latihan pensampelan di kawasan bakau di Xiamen, foto disediakan oleh Lee Wei Xin

Beh Lih Khiang, seorang pelajar sarjana muda tahun ketiga yang juga merupakan anggota dalam kem musim panas tersebut, sangat terkesan dengan Tasik Yundang. "Berdekad-dekad yang lalu, apabila bahan buangan terkumpul di tasik tersebut, ekosistem merosot dan spesies akuatik merosot dengan begitu cepat. Kemudian, penduduk tempatan bertindak. Melalui usaha sekitar dua puluh tahun lamanya, kini ia telah menjadi sebuah tasik yang indah."

Merangkumi pelbagai aktiviti seperti kuliah akademik, pensampelan bakau, lawatan lapangan dan lawatan ke makmal, Kem Musim Panas untuk Pembinaan Kapasiti ke atas Pembangunan Pantai Lestari yang diadakan oleh Xiamen University (XMU) pada bulan Ogos 2019 memberi peluang kepada 52 orang pelajar dan pensyarah daripada China–ASEAN College of Marine Sciences (CAMS) and Xiamen University Malaysia (XMUM) untuk belajar dan berlatih.

Ditubuhkan pada tahun 2016, CAMS kini mempunyai sekitar 200 orang pelajar. XMUM, kampus luar negara pertama yang ditubuhkan oleh sebuah universiti Cina yang ternama, berperanan sebagai ikatan persahabatan yang istimewa antara China, Malaysia dan negara-negara ASEAN yang lain bagi menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam memupuk bakat dalam sains dan pengurusan marin.

"Mereka agak menikmati proses tersebut. Beberapa orang pelajar menunjukkan minat terhadap ekosistem bakau semasa kem tersebut dan menyertai makmal yang mengkhusus dalam penyelidikan bakau setelah pulang," kata Dr. Ng Wei Lun, penolong profesor di CAMS yang mendorong pelajar-pelajar tersebut untuk menyertai kem di China.

Di bawah Program Pembangunan Pantai Lestari (SCD), kejayaan penyempurnaan kem musim panas tersebut, sebagai lambang kerjasama yang pelbagai antara China dan Malaysia, menandakan langkah yang kukuh ke arah pembangunan marin untuk kedua-dua negara. Program SCD turut melibatkan program latihan bakat khusus untuk cendekiawan muda dan lawatan sambil belajar peringkat tinggi untuk pegawai-pegawai pengurusan marin dari Malaysia dan negara-negara ASEAN yang lain.

"Apabila membincangkan mengenai persekitaran marin, orang ramai cenderung untuk memikirkan tentang lautan sahaja. Namun begitu, pantai, iaitu sebagai zon peralihan antara darat dan laut, sama penting untuk ekosistem marin. Di China, persekitaran pantai dirancang dengan lebih baik." Dr. Ng menjelaskan mengapa pelajar, ilmuwan dan pegawai Malaysia berminat untuk mengunjungi China.

Pengurusan pantai merupakan garis hayat bagi pembangunan marin. Selepas penerokaan selama lebih dua dekad, bandar Xiamen membangunkan model Pengurusan Pantai Bersepadu (ICM) yang berjaya. "Kami menganggap perundangan sebagai asas, kajian saintifik sebagai sokongan padu, mekanisme penyelarasan sebagai teknik untuk mengubah pengurusan yang berasaskan jabatan secara tradisinya menjadi pengurusan bersepadu manakala penguatkuasaan undang-undang yang komprehensif sebagai pelindung." Profesor Xue Xiongzhi, Pengarah dan Ketua Saintis Program SCD berkongsi pengalaman ICM Xiamen bersama pelajar Malaysia.

"Kami berharap agar para pelajar akan dapat memahami bahawa kajian saintifik dapat menjurus kepada penggubalan dasar marin yang lebih bijak. Apa yang dipelajari oleh mereka ketika ini akan menyumbang kepada pembangunan pantai yang lestari untuk negara mereka dan masyarakat global."

Inilah apa yang dipelajari oleh Lee Wei Xin daripada kem tersebut, "Selagi ada kemahuan, di situ ada jalan. Apa yang dilakukan oleh Xiamen untuk integrasi pantainya membuatkan saya berasa kagum. Dengan bantuan daripada pakar, mereka menggabungkan struktur pantai ke dalam perancangan bandar. Saya berasa terinspirasi melihatkan ia benar-benar terjadi." Menamatkan pengajian daripada CAMS pada bulan April ini, Lee bercita-cita untuk menjadi seorang saintis marin pada masa akan datang.

"Perancangan spatial marin (MSP) ialah wadah yang sangat diperlukan untuk ICM," kata Prof. Xue, "Sejak pelaksanaan perancangan spatial marin pusingan pertama dari tahun 1996 hingga 2000, saintis telah terlibat secara mendalam dalam proses berkenaan, menyumbang kepada pencapaian Xiamen pada hari ini." MSP menghimpunkan pelbagai pemegang kepentingan lautan – termasuk mereka dalam sektor tenaga, industri, kerajaan, pemuliharaan dan rekreasi – bagi membuat keputusan yang bermaklumat dan terselaras mengenai cara untuk menggunakan sumber marin secara lestari. Menerusi kaedah ini, Xiamen telah dapat menyelesaikan isu percanggahan antara pelabuhan dan industri akuakultur.

"Kini, di bawah penajaan China Oceanic Development Foundation, kami turut bekerjasama dengan Universiti Malaysia Terengganu dalam perancangan spatial marin, dengan harapan agar dapat meningkatkan kapasiti pengurusan pantai di kawasan tersebut," kata Prof. Xue.

Dr. Ng Wei Lun amat optimis mengenai kerjasama marin bersama China. "Saya percaya Malaysia merupakan rakan kongsi yang amat penting untuk China terutamanya dalam Inisiatif Jalur dan Jalan. Pertama sekali, kita perlu memahami antara satu sama lain dan melihat bagaimana kita dapat bekerjasama. Kerjasama antarabangsa adalah sangat penting kerana tiada sebuah negara yang mempunyai segala-gala yang diperlukan untuk menjadikan perlindungan ke atas marin suatu kejayaan."

Source: China Oceanic Development Foundation
Keywords: Education Maritime/Shipbuilding Transportation