omniture

PRT lancar 100 Topang Lengkap selaras dengan piawaian APAC baharu

PRT (Performance Ride Technology)
2021-09-14 09:05 135

BUFORD, Georgia dan SINGAPURA, 14 September 2021 /PRNewswire/ -- Performance Ride Technology (PRT), jenama terkemuka global bagi Hentakan Automotif, Topang dan Pemasangan Topang Lengkap, sekali lagi menambah 100 Topang Lengkap ke dalam portfolio produknya yang luas untuk pasaran Asia-Pasifik.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/PRT_202109.shtml

 

 

Pengeluar OE Global
Pengeluar OE Global

 

Di Bawah Kereta Pelanggan
Di Bawah Kereta Pelanggan

 

Barisan Lengkap
Barisan Lengkap

 

PRT MyFirst - Carmy
PRT MyFirst - Carmy

Beberapa aplikasi baharu untuk model-model seperti Ford Escape 2019, Nissan Frontier (NP300/Navara), Toyota 4Runner dan Chevrolet Cruze membantu menambah lebih daripada 2,800 produk sedia ada yang disediakan untuk pasaran Asia.

PRT ialah jenama yang bertapak kukuh di Amerika Utara, dengan pengalaman selama lebih 25 tahun mengeluarkan penyerap hentakan dan topang selepas pasaran untuk pelbagai jenis kenderaan. PRT memperhalusi dan menyempurnakan proses pembuatannya ke tahap tertinggi.

"PRT diperakui dan diiktiraf di seluruh dunia atas prestasinya yang tinggi dan produk teknologi, kami terus membawa penyelesaian yang inovatif kepada pelanggan global kami, melancarkan item Selepas Pasaran dengan komponen yang sama kualiti dengan yang digunakan dalam pasaran OE," tegas Bruno Bello, Pengurus Kategori dan Pemasaran di PRT.

Fokus PRT ke atas kualiti selaras dengan seruan diperbaharui oleh industri automotif terhadap produk berkualiti lebih tinggi. Selaras dengan inisiatif piawaian APAC baharu, produk PRT kekal menjadi salah satu pilihan utama lantaran kualiti OEM dan harga yang berpatutan.

Semua produk PRT menjalani ujian termaju dalam makmal peringkat negeri dengan bilik ukuran berkejituan tinggi yang menentukur produk-produk dengan ketat mengikut spesifikasi pengeluar.

PRT turut menggabungkan mesin ujian lesu spring dengan perisian analisis khas untuk mensimulasikan persekitaran pemanduan dan bekerja dunia sebenar bagi menghasilkan struktur dan prestasi dioptimumkan.

Semua inovasi ini telah diperakui di peringkat antarabangsa dengan proses pembuatan PRT telah memperoleh pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO/TS16949.

Latar Belakang PRT

PRT (Performance Ride Technology) telah beroperasi selama lebih daripada 25 tahun dan memiliki kehadiran penting di lebih 67 negara. PRT mengeluarkan alat yang dapat digunakan dalam hampir kesemua jenis kenderaan, bermula daripada kereta sehinggalah SUV, malah trak. PRT diperakui oleh ISO dan mematuhi piawaian kualiti yang paling ketat bagi pengeluar kereta.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh berhubung dengan bahagian khidmat hubungan pelanggan PRT dengan menghubungi +66 (61) 541-5546 atau emel: ann.budsamalee@add-asia.com. Anda juga boleh mengunjungi laman sesawangnya: www.prtautoparts.com

 Ikuti halaman media sosial PRT: 

  • facebook.com/prtautoparts 
  • instagram.com/prtautoparts 
  • twitter.com/prt_autoparts 
  • pinterest.com/prtautoparts

 

 

 

Source: PRT (Performance Ride Technology)
Keywords: Auto Computer/Electronics Mining/Metals Semiconductors Transportation New products/services