omniture

Casio bakal Lancar MUDMASTER G-SHOCK Pertama Dibina dengan Karbon Tempa

Jam Tangan Kalis Debu dan Lumpur Baharu Menggunakan Bahan dan Struktur Inovatif untuk Profil yang Lebih Kecil, Lebih Langsing
CASIO COMPUTER CO., LTD
2021-09-15 09:00 266

TOKYO, 15 September 2021 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan penambahan terkini untuk barisan jam tangan kalis hentakan G-SHOCK Master of G yang direka bentuk untuk digunakan dalam keadaan yang paling ekstrem. MUDMASTER GWG-2000 baharu merupakan G-SHOCK pertama yang dibina dengan karbon tempa yang ringan dan juga kuat.

GWG-2000-1A3
GWG-2000-1A3

GWG-2000 merupakan penambahan yang terkini dalam siri jam tangan MUDMASTER dengan struktur kalis debu dan lumpur yang direka bentuk untuk digunakan di persekitaran darat yang banyak kotoran, pasir, lumpur, debu atau runtuhan. Buat julung kalinya pada jam tangan G-SHOCK, GWG-2000 baharu ini menggunakan karbon tempa iaitu bahan yang digunakan pada pesawat dan kereta lumba.

Karbon tempa ialah sejenis resin diperkuat gentian karbon khas, iaitu bahan yang lebih ringan dan mempunyai kekuatan tegangan yang lebih baik berbanding keluli tahan karat. Dengan keupayaannya untuk ditekan menjadi bentuk yang kompleks, karbon tempa digunakan untuk lug yang menyambungkan bezel kepada tali jam di kedua-dua sisi, melindungi muka jam tangan secara berstruktur.

Karbon tempa diperbuat dengan menguli partikel-partikel halus gentian karbon menjadi resin yang kemudiannya ditempa dalam acuan tekan pada suhu dan tekanan yang tinggi. Apabila dilihat dari sudut-sudut tertentu, partikel-partikel karbon yang halus dapat dilihat pada permukaan, membentuk corak berwarna hitam dan kelabu yang rawak yang bukan sahaja kelihatan menarik, bahkan benar-benar unik.

Jam tangan tersebut menampilkan butang Kalis Lumpur yang baru dibangunkan pada keseluruhannya. Gabungan antara paip butang keluli tahan karat dan bahan penampan silikon dalaman yang bukan sekadar menyerap hentakan tetapi menyediakan kedapan yang ketat, dapat memastikan prestasi kalis debu dan lumpur yang jauh lebih baik.

Bekas jam diperbuat daripada resin diperkuat gentian karbon yang ringan dan kukuh. Bahan-bahan dan struktur tersebut telah disusun semula untuk menjadikan bekas jam tersebut 1.9 mm lebih langsing berbanding model terdahulu*. Diinspirasikan oleh peralatan profesional, tali jam diberi tekstur dengan gaya cengkaman getah tak gelincir yang dapat dilihat pada kenderaan khas dan jentera berat manakala butangnya berlorek untuk kawalan yang lebih baik, menghasilkan alat yang amat berfungsi dan hebat. GWG-2000 boleh didapati dengan tiga warna: kelabu monokrom yang gah, khaki gaya tentera dan kuning air pasir.

*MUDMASTER GWG-1000

Model

Warna

GWG-2000-1A1

Kelabu

GWG-2000-1A3

Khaki

GWG-2000-1A5

Kuning air pasir

 

GWG-2000-1A1, GWG-2000-1A3 and GWG-2000-1A5
GWG-2000-1A1, GWG-2000-1A3 and GWG-2000-1A5

 

 

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail Sports New products/services Outdoors/Camping/Hiking