omniture

Lions Clubs International Convention 2013: NGO Terbesar Dunia akan Bertemu di Hamburg

Hamburg Marketing GmbH
2013-07-03 17:28 148

HAMBURG, Jerman, 3 Julai 2013 /PRNewswire/ --

Bermula 5 hingga 9 Julai, kira-kira 25,000 tetamu dari lebih 200 buah negara akan melawat bandar Hamburg di Jerman Utara untuk 96th Annual Lions Clubs International Convention (LCIC). Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbesar di dunia itu akan menganjurkan mesyuarat antarabangsa utamanya untuk kali pertama di Jerman dan kali ketiga di Eropah.

LCIC 2013 merupakan kongres terbesar yang dianjurkan di bandar Hamburg setakat ini. Bandar pelabuhan Jerman Utara itu adalah antara destinasi paling popular untuk percutian dalam bandar di Eropah Utara. Lebih separuh daripada 25,000 tetamu akan datang dari Jerman, Jepun, AS, China dan Perancis.

Salah satu acara menarik ialah perarakan penuh warna-warni untuk negara-negara Lions yang akan berlangsung pada hari Sabtu, 6 Julai di sekitar Tasik Alster di tengah-tengah Hamburg. Semasa perarakan meriah ini, kira-kira 12,000 ahli Lions dari seluruh dunia akan melaram dalam pakaian tradisional yang melambangkan negara asal mereka.

Wilayah Metropolitan Hamburg ialah salah sebuah rantau ekonomi Jerman yang paling kukuh dan hab perdagangan pusat Eropah Utara. Pelabuhan Hamburg merupakan salah sebuah pelabuhan kontena terbesar di dunia dan merupakan jentera pertumbuhan penting di rantau itu. Wilayah Metropolitan Hamburg menerajui industri penerbangan, logistik, IT, tenaga boleh diperbaharui dan media di Jerman, sambil turut memainkan peranan global yang penting. Menempatkan lebih daripada 100 konsulat,Hamburg ialah bandar yang sangat antarabangsa yang mengekalkan hubungan cemerlang dengan negara dan rantau seluruh dunia. Banyak perbadanan mempunyai ibu pejabat global atau ibu pejabat Eropah mereka di Hamburg dan menikmati gaya kosmopolitan bandar itu.

Kit akhbar digital: http://www.marketing.hamburg.de/lions2013
(Versi Bahasa Inggeris di bahagian atas laman itu)

Hubungi:
Hamburg Marketing GmbH
Matthias Beer
Telefon: +49-(0)40-30051-582
Emel: matthias.beer@marketing.hamburg.de

Sumber: Hamburg Marketing GmbH

Source: Hamburg Marketing GmbH
Keywords: Publishing/Information Service Travel Not for profit Trade show news