omniture

Bursa Logam Berharga Fizikal Pertama Dunia Dengan Kemampuan Dagangan Jongkong Rakan-ke-Rakan Dilancarkan di Singapura

Singapore Precious Metals Exchange
2013-07-04 08:52 139

SINGAPURA, 4 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Bursa Logam Berharga Singapura (SGPMX), bursa logam berharga fizikal pertama dunia dengan kemampuan dagangan jongkong rakan ke rakan yang disepadukan ke dalam platform dagangan, dilancarkan di Singapura hari ini, berikutan usaha Singapura menggalakkan perdagangan emas dalam negara itu. Sebagai sebahagian daripada pelancaran itu, SGPMX juga mengumumkan Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Certis CISCO yang akan bertindak sebagai penjaga simpanan jongkong pelanggan individu.

Certis CISCO telah menyediakan simpanan yang selamat dan andal untuk logam berharga bagi bank-bank terkemuka dan syarikat kiriman pantas antarabangsa sejak tahun 1986. Simpanan dengan Certis CISCO ini akan membolehkan SGPMX menyediakan platform kepada individu persendirian, pedagang dan institusi untuk membeli, menjual dan menukar logam berharga termasuk jongkong emas dan perak, tanpa perlu menanggung margin yang tersebar luas. Pertukaran ini membolehkan pedagang membeli dan menjual logam berharga dengan selamat dan mudah, menyokong urusniaga masa sebenar dengan kilang penghasilan jongkong yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Ia menangani isu-isu pelabur persendirian mengenai pencairan, dan juga menyingkirkan kos pencerakinan logam berharga apabila pedagang membeli atau menjual pegangan mereka.

Victor Foo, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas SGPMX, berkata, "SGPMX menyasarkan untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat kepada perdagangan logam berharga hujung ke hujung yang disatukan. Sebagai salah sebuah hab perdagangan terbesar rantau itu dan pusat kekayaan yang berkembang paling pesat di dunia, Singapura berada dalam kedudukan yang sesuai untuk merangkum 10 hingga 15 peratus dagangan jongkong emas dunia dalam dekad seterusnya. Platform kami akan membantu menangani cabaran-cabaran perdagangan jongkong yang dihadapi oleh pelabur harta persendirian, pedagang dan institusi hari ini."

"Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, para peserta industri telah membuka peti simpanan, memulakan perkhidmatan penghantaran logam berharga daripada kilang penghasilan jongkong, dan membuka meja perdagangan baharu emas bagi memenuhi permintaan pelabur. Apa yang membuat kami unik ialah SGPMX membawa bersama semua unsur di bawah satu platform, lalu memudahkan tapak pelanggan kami yang terdiri daripada 11,000 orang dan senantiasa berkembang untuk memesan, menyimpan, membawa dan memperdagangkan logam berharga fizikal dengan kemudahan yang sama seperti peralatan kewangan lain," tambah Foo lagi.

Certis CISCO bertindak sebagai penjaga untuk semua produk jongkong yang dibeli dan disimpan melalui platform SGPMX.

Chua Chwee Koh, Naib Presiden Eksekutif Kanan & Ketua Pegawai Operasi Certis CISCO berkata, "Kami berbangga dapat memuktamadkan MOU dengan SGPMX dan menyediakan peti besi berkeselamatan tinggi kami untuk simpanan jongkong. Sebagai perkhidmatan logistik terbesar yang paling andal dan selamat untuk wang tunai dan barang berharga di Singapura, kemudahan kami dijamin penuh dan diperuntukkan kepada pelabur individu. Peti-peti kami dipasang dengan sistem keselamatan dan pengawasan yang canggih dan dipantau ketat setiap masa oleh sistem kawalan keselamatan berkomputer bagi memberi perlindungan penuh simpanan jongkong dan ini menjadikan kami rakan kongsi yang paling andal untuk SGPMX di Singapura."

SGPMX ialah milikan persendirian dan dibiayai sendiri. Syarikat itu mematuhi hukum Syariah sepenuhnya dan juga mematuhi peraturan Akta Syarikat Singapura.

Hubungan Media

Jacintha Ng
The Hoffman Agency
SGPMX@hoffman.com
+65-6361-0250

SUMBER  Bursa Logam Berharga Singapura

Source: Singapore Precious Metals Exchange
Keywords: Banking/Financial Service Mining/Metals Precious Metals Joint ventures New products/services