omniture

Satisfai Health memperoleh lesen global untuk perisian AI bagi mengesan kanser awal Barrett's Esophagus

Satisfai Health
2021-09-16 22:17 79

Diagnostik klinikal masa nyata yang canggih untuk sejumlah 150 juta orang

VANCOUVER, BC, 16 September 2021 /PRNewswire/ -- Satisfai Health, penyedia penyelesaian perubatan terkemuka yang mengkhusus dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI) terutamanya dalam Endoskopi Gastrousus, telah memperoleh lesen global eksklusif daripada University of Augsburg dan OTH Regensburg, Technical University of Applied Sciences di Jerman. Satisfai akan terus membangunkan perisian AI yang akan mengubah pengurusan Barrett's Esophagus terutamanya pengesanan kanser esofagus awal yang boleh disembuhkan. Barrett's Esophagus ialah penyakit gastrousus yang dihidapi oleh kira-kira 150 juta orang di seluruh dunia. Terma perjanjian ini tidak didedahkan.

Analisis imej lanjutan semasa titik penjagaan.
Perisian berlesen yang dipertingkatkan AI milik Satisfai Health ini akan menyediakan para klinisian dengan diagnostik yang lebih pantas dan berkesan semasa prosedur endoskopik. Diagnosis memerlukan pengimejan dan biopsi esofagus untuk memeriksa sel prakanser (displasia) yang boleh dirawat bagi mencegah kanser esofagus.

"AI akan merevolusikan endoskopi dan alat kami merupakan langkah pertama dalam memperbaiki dan mengoptimumkan pengesanan kanser Barrett's Esophagus," kata Dr. Helmut Messman, Profesor Gastroenterologi di University of Augsburg yang juga merupakan Presiden Persatuan Endoskopi Gastrousus Eropah (ESGE) pada masa ini. "Saya amat gembira kerana kami akan meneruskan penyelidikan kami dalam bidang ini dengan Satisfai."

"OTH Regensburg dan University Hospital Augsburg menggabungkan kejayaan penyelidikan AI untuk saluran gastrousus atas selama beberapa tahun," jelas kedua-dua Universiti tersebut dalam sebuah pernyataan bersama. "Kami gembira dapat bekerjasama dengan Satisfai untuk menterjemahkan penyelidikan ini ke dalam amalan klinikal," kata Dr. Christoph Palm, Profesor Pengkomputeran Imej Perubatan di Regensburg.

"Kami bersemangat untuk membangunkan teknologi yang membantu para doktor dan pesakit mereka," kata Dr. Michael Byrne, Ketua Pegawai Eksekutif Satisfai Health yang juga Profesor Klinikal Perubatan di Vancouver. "Kerjasama dan perkongsian kami bertujuan untuk memberikan penjagaan yang tepat kepada jutaan pesakit yang menghidap pelbagai penyakit gastrousus (GI)."

Dr. James East, Profesor Madya Gastroenterologi di John Radcliffe Hospital, University of Oxford menyatakan, "Barrett's Esophagus merupakan kemajuan seterusnya untuk AI dalam endoskopi selepas kolon. Kerjasama Satisfai dengan kumpulan Messmann merupakan suatu langkah besar yang lebih hampir dalam mencapai kepakaran AI terhadap Barrett's Esophagus yang menjadi tanggungjawab kami di setiap bilik endoskopi."

Tentang Satisfai Health
Satisfai Health ialah penyedia penyelesaian perubatan terkemuka yang mengkhusus dalam penggunaan AI untuk gastroenterologi.

Untuk maklumat lanjut:
https://about.satisfai.health/barretts/  
https://www.linkedin.com/company/satisfaihealth 
Pemasaran | Penjenamaan | Perhubungan Awam diuruskan oleh Bammai
www.bammai.com

Sila hubungi: Andrew Stibbs
info@satisfai.health

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1613160/Satisfai_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Satisfai Health
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers Licensing/marketing agreements