omniture

CCTV+: Dewan pameran berperanan sebagai pembawa penting warisan budaya tak ketara di Wilayah Shaanxi China

CCTV+
2021-09-16 22:40 102

BEIJING, 15 September 2021 /PRNewswire/ -- Dewan pameran untuk warisan budaya tak ketara di Suide, sebuah daerah di Wilayah Shaanxi, barat laut China, berperanan sebagai pembawa yang penting untuk budaya yang diwujudkan oleh nenek moyang dan diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain.

Dewan pameran tersebut, meliputi kawasan seluas 5,123 meter persegi menempatkan tiga item warisan budaya tak ketara peringkat negeri dan lapan item warisan budaya tak ketara peringkat wilayah. Presiden Cina Xi Jinping melawat dewan pameran tersebut pada 14 September.

Ukiran batu mempunyai sejarah selama lebih daripada 2,000 tahun di Suide. Kemahiran ukiran batu merupakan seni yang berperanan sebagai asal usul penduduk di Suide dan melaluinya penduduk Suide menjalani kehidupan. Ia diserlahkan menerusi bakat luar biasa dan daya kreativiti seni penduduk Suide.

Suimi suona, sebahagian daripada seni rakyat -- Shaanbei suona, menunjukkan cara hidup dan psikologi budaya penduduk di Shaanxi utara. Ia telah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka selama beberapa generasi.

Yangko, yang popular di Shaanxi utara merupakan tarian tradisional yang menikmati populariti yang luas. Ia merupakan cabang tarian tradisional penduduk Han. Yangko di Shaanxi utara mencerminkan kejujuran dan keyakinan dalam kalangan penduduk Shaanxi utara. Ia mempunyai nilai sejarah dan budaya yang hebat.

Melindungi dengan baik, mewarisi dan memanfaatkan sepenuhnya khazanah berharga ini merupakan tanggungjawab bersama dan sangat penting demi kesinambungan peradaban manusia dan pembangunan mampan dunia ini.

Pautan: https://youtu.be/RYs0O9MGUFY

Source: CCTV+
Keywords: Art Entertainment Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications