omniture

Pengiktirafan Global Ulung Oberoi Hotels & Resorts Diundi Jenama Hotel Terbaik di Dunia

Oberoi Hotels & Resorts
2013-07-04 15:48 217

NEW DELHI, 4 Julai 2013 /PRNewswire/ --

Oberoi Hotels & Resorts telah diundi sebagai Jenama Hotel Terbaik di Dunia oleh Travel + Leisure, Anugerah Terbaik Dunia, 2013.

Pemeringkatan ini merupakan hasil Undian Pembaca yang dijalankan oleh majalah itu. Anugerah Terbaik Dunia Travel + Leisure adalah antara yang paling berprestij dalam industri pengembaraan antarabangsa kerana para pembacalah yang mentakrifkan kecemerlangan dalam hospitaliti dan pengembaraan.

Encik P.R.S. Oberoi, Pengerusi Eksekutif Oberoi Group berkata, "Saya sangat bangga kerana Oberoi Hotels & Resorts telah diundi sebagai Jenama Hotel Terbaik di Dunia. Para tetamu kami memberi kami pemeringkatan tertinggi kerana kami membina dan menyelenggara hotel-hotel kami dengan penuh cermat dan kakitangan kami menjangkaui jangkaan para tetamu. Pemeringkatan membanggakan ini adalah sebuah pengiktirafan hotel kami yang cemerlang dan kakitangan kami yang terbaik dalam industri hospitaliti."

Nota lanjutan kepada Editor:

Mengenai Oberoi Hotels & Resorts

Oberoi Hotels & Resorts sudah sebati dengan kemampuan menyediakan adunan sempurna perkhidmatan, kemewahan dan kecekapan yang antap di seluruh dunia. Diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana kecemerlangan keseluruhan dan tahap perkhidmatan yang tiada tolok banding, Oberoi Hotels & Resorts telah menerima anugerah dan sanjungan di peringkat antarabangsa.

Satu ciri yang ketara pada hotel-hotel syarikat itu ialah kakitangan mereka yang bermotivasi tinggi dan terlatih yang menyediakan perkhidmatan yang penuh teliti, tersuai khusus dan mesra. Hotel-hotel mewah syarikat itu memantapkan reputasi dalam mentakrif semula paradigma kemewahan dan kecemerlangan perkhidmatan hotel-hotel seluruh dunia.

http://www.oberoihotels.com

Mengenai Anugerah Terbaik Dunia 2013 Travel + Leisure

Untuk senarai penuh, kaedah kaji selidik dan maklumat lanjut sila lawati http://www.travelandleisure.com/travelandleisure_worlds_best_2013_methodology.pdf

Mengenai Travel + Leisure 

Jenama pengembaraan paling berpengaruh di dunia, Travel + Leisure, menawarkan akses orang dalam kepada destinasi-destinasi seluruh dunia dengan tawaran tersendiri termasuk nasihat yang bijak, fotografi mengasyikkan, laporan pakar dan liputan yang memenangi anugerah untuk hotel, makanan, rekaan, gaya, budaya dan arah aliran. Travel + Leisure® memaparkan berita, penemuan, dan pendapat yang memperkasakan para pembaca dan penggunanya untuk mengembara dengan lebih baik. Dengan jangkauan global seramai lebih 5 juta pembaca, portfolio cetakan Travel + Leisure® termasuklah edisi utama di AS dan lima edisi antarabangsa di Mexico, Turki, China, India/Asia Selatan, dan Asia Tenggara. Edisi AS T+L, sebuah terbitan American Express Publishing yang dilancarkan pada 1971, juga direka untuk iPad®, NOOK Color™, dan Kindle Fire™. Travel + Leisure mempunyai sebuah laman web berwibawa, TravelandLeisure.com, dan ikutan media sosial yang meluas di Facebook, Twitter, Instagram, Pinterest, Foursquare, dan Foodspotting. Jenama T+L juga merangkumi surat berita, kelab, satu siri buku, gedung jualan, dan kerjasama media.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Silki Nanda
Pengarah - Komunikasi Korporat
Oberoi Group
Telefon:  +91-11-2389-0505
Emel: silki.nanda@oberoigroup.com

Khushi Khanna
Weber Shandwick
Telefon:  +91-11-2389-0505
Emel: corp.comm@oberoigroup.com

Sumber: Oberoi Hotels & Resorts

Source: Oberoi Hotels & Resorts
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Awards Survey, Polls & Research