LONDON, 4 Julai 2013 /PRNewswire/ --
Memajukan Masa Hadapan Tenaga Asia
2-4 Oktober 2013
Pusat Pameran dan Persidangan IMPACT
Bangkok, Thailand
POWER-GEN Asia dan Renewable Energy World Asia yang diadakan di tempat sama, yang merupakan persidangan dan pameran utama rantau itu untuk segala aspek industri penjanaan tenaga, telah mengumumkan program persidangan awal untuk pertemuan tahunan ke-21nya, yang dianjurkan sekali lagi tahun ini di Bangkok, Thailand pada 2-4 Oktober 2013.
Program persidangan awalnya termasuklah 120 orang pakar antarabangsa yang membuat pembentangan merentasi 4 trek persidangan, termasuk topik-topik yang menumpukan kepada isu dan cabaran tenaga strategik dan teknikal, serta pertumbuhan berterusan untuk sektor tenaga boleh diperbaharui dan sektor tenaga alternatif.
Sesi Ucapan Dasar Pembukaan tahun ini yang akan berlangsung pada hari Rabu 20 Oktober 2013, mengalu-alukan para penceramah berprofil tinggi, termasuklah:
Pada hari Khamis 3 Oktober 2013 jam 14:00 Perbincangan Panel Pleno akan berlangsung dengan topik "Kuasa Asia - Wawasan 2020". Perbincangan panel pleno ini mengumpulkan satu kumpulan profesional industri tenaga yang berpengalaman daripada pelbagai bidang yang sanggup berkongsi pandangan mereka dan membuat spekulasi mengenai cara sektor tenaga elektrik akan menghadapi cabaran yang mendatang dan bagaimana keadaan industri ini pada tahun 2020 kelak. Ahli-ahli panel terdiri daripada Robert McGregor, Pengarah Urusan, Kumpulan Sumber dan Tenaga, HSBC, Hong Kong; Colin Tam, Pengerusi Eksekutif, Crystal Vision Energy Ltd, Hong Kong; Michael Thomas, Rakan Kongsi, The Lantau Group (HK) Limited, Hong Kong; dan Wouter van Wersch, Naib Presiden Kanan Asia Pasifik Timur & Presiden Alstom Singapore - Alstom International / Naib Presiden Kanan Asia Pasifik - Jualan dan Pemasaran Alstom Power, Alstom Asia Pte Ltd, Singapura.
Disamping Ucapan Dasar Pembukaan dan Perbincangan Panel Pleno, Program Persidangan ini akan berlangsung sepanjang tiga hari itu, termasuk 6 trek secara keseluruhan, yang berlangsung serentak. Trek-trek ini termasuklah Arah Aliran, Kewangan dan Perancangan; Cabaran Alam Sekitar Menyemarakkan Pilihan & Penjanaan Teragih; Teknologi Loji Kuasa; Operasi, Pengoptimuman dan Penyelenggaraan; dengan tambahan dua Trek Renewable Energy World Asia. Buat pertama kalinya,POWER-GEN Asia juga memasukkan Hari Air Perindustrian sebagai sebahagian daripada program persidangannya. Diadakan pada hari Khamis 3 Oktober 2013, Hari Air ini akan berlangsung seiring dengan 6 lagi trek persidangan yang diadakan sebagai sebahagian daripada Persidangan POWER-GEN Asia dan Renewable Energy World Asia tahun ini. Penambahan topik yang dikhususkan untuk air ini merupakan satu perkembangan yang mengujakan dengan perbincangan mengenai rawatan terkini dan penggunaan air dalam perindustrian yang menumpu kepada isu teknologi dan inovasi terkini dalam industri ini.
Pengarah Persidangan, Nigel Blackaby berkata, "Penjanaan tenaga boleh diperbaharui semakin menjadi topik berkeutamaan tinggi kerajaan dalam rantau ini. Keperluan untuk menyepadukannya ke dalam generasi hari ini bermakna persidangan-persidangan yang diadakan perlu memberi perhatian kepada keseluruhan spektrum jika mereka benar-benar mahu berkhidmat untuk industri tenaga masa kini. Gabungan persidangan POWER-GEN Asia dan Renewable Energy World Asia telah mencapai matlamat ini".
MEMAJUKAN MASA HADAPAN TENAGA ASIA
POWER-GEN Asia dan Renewable Energy World Asia merupakan kuasa peneraju yang menyediakan platform untuk industri tenaga bertemu, berkongsi maklumat mengenai cabaran yang dihadapi oleh industri tenaga dan membincangkan penyelesaian bagi memajukan masa hadapan tenaga Asia. Menarik kehadiran 7,000 delegasi dan pengunjung dari lebih 60 buah negara seluruh Asia Tenggara dan seluruh dunia, ia merupakan persidangan dan pameran industri yang terunggul dalam rantau ini yang dikhususkan untuk industri penjanaan tenaga, industri tenaga boleh diperbaharui dan industri tenaga alternatif.
Persidangan POWER-GEN Asia dan Renewable Energy World Asia ialah forum utama eksekutif kanan, pemimpin industri dan jurutera kanan membincangkan pelbagai penting, isu-isu terkini dan penyelesaiannya, bagi menghadapi cabaran permintaan yang semakin meningkat untuk tenaga elektrik dalam rantau itu, semuanya di bawah tema persidangan 2013 itu iaitu "Memajukan Masa Hadapan Tenaga Asia".
Sebagai peneraju acara industri tenaga di Asia, POWER-GEN Asia berbesar hati kerana menerima sokongan kemudahan industri tertinggi Thailand, pertubuhan tenaga kerajaan dan badan perdagangan industri untuk acara tahun 2013 ini. Para penyokong semasa termasuklah Pihak Berkuasa Penjanaan Tenaga Elektrik Thailand (EGAT), Pihak Berkuasa Tenaga Elektrik Luar Bandar (PEA), Pihak Berkuasa Tenaga Elektrik Bandar(MEA), dan Jabatan Pembangunan dan Kelancaran Tenaga Alternatif; Kementerian Tenaga (DEDE).
Ini dilengkapi sokongan badan-badan perdagangan industri yang tertinggi termasuklah Biro Persidangan dan Pameran Thailand, Majlis Kawal Selia Tenaga, Persatuan Kontraktor Elektrikal dan Mekanikal Thailand, Institut Teknologi Asia, Pertubuhan Pengurusan Gas Hijau Thailand, Institut Jurutera Singapura, Forum Pengeluar Tenaga Bebas (IPPF), Persatuan Perniagaan Thailand-Eropah, Institut Alam Sekitar Thailand, Persatuan Kejuruteraan Alam Sekitar Thailand, Kesatuan Dunia untuk Tenaga Terpencar Thailand, Pusat Pembangunan Tenaga Sumber Alam Sekitar, Persatuan Pengeluar Tenaga Bebas Filipina, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Tenaga, Persatuan Air Persendirian Antarabangsa, Institut Penyelidikan Tenaga, Komuniti Teknikal Penjana Antarabangsa dan Institut Petroleum Thailand.
Selain Persidangan itu, acara itu juga berbangga dengan tapak pamerannya yang besar dan semakin luas, yang mempamerkan teknologi dan penyelesaian terkini dan termaju, dengan POWER-GEN Asia dan Renewable Energy World Asia memberikan audiens yang berkualiti dan pengalaman kepada semua pihak pempamer dan pengunjung, membolehkan pembentukan rangkaian tahap tinggi dan peluang perniagaan.
Untuk maklumat lanjut sila lawati http://www.powergenasia.com.
Nota Editor:
PennWell Corporation ialah sebuah syarikat media perniagaan kepada perniagaan yang berkepelbagaian tinggi dan menyediakan bahan penerbitan bercetak dan dalam talian yang berwibawa, menganjurkan persidangan dan pameran, penyelidikan, pangkalan-pangkalan data, pertukaran dalam talian serta produk maklumat kepada pasaran global yang strategik.
Sejak tahun 1910 PennWell dikenali kerana menyediakan liputan menyeluruh mengenai beberapa pasaran strategik. Semasa awal dahulu, PennWell merupakan pelopor untuk industri minyak memuncul dengan majalah Oil & Gas Journal, yang diasaskan pada tahun 1902. Hari ini PennWell menerbitkan 45 majalah dan surat berita perniagaan kepada perniagaan, mengendalikan lebih 60 persidangan dan pameran di enam benua, dan mempunyai tawaran yang menyeluruh untuk buku, peta, direktori dan perkhidmatan pangkalan data.
Untuk maklumat lanjut hubungi:
Lee Catania
Pengurus Pemasaran
PennWell Corporation
T: +44(0)1992-656-647
F: +44(0)1992-656-700
E: leec@pennwell.com
Dikeluarkan bagi pihak PennWell Corporation oleh:
Suthi Chatterjee
Public Relations & Media Consultant Co., Ltd.
T: +66(0)2247-6533
F: +66(0)2247-7868
Emel: suthi@PRMCThailand.com
SUMBER PennWell Corporation