omniture

Arctech Lancar Makmal Terowong Angin Milik Syarikat PV Pertama Dunia untuk Meningkatkan Kestabilan Penjejak dengan Pintar

Arctech
2021-09-18 05:10 103

Pangkalan data teknikal makmal akan memperkasa penjejak dengan keupayaan rintangan angin yang lebih baik dan mengurangkan LCOE (Kos Tenaga Teraras) loji kuasa PV 

SHANGHAI, 18 September 2021 /PRNewswire/ -- Arctech, penyedia penyelesaian penjejakan, penyusunan dan BIPV yang terkemuka di dunia, mengumumkan bahawa majlis perasmian makmal terowong anginnya telah berjaya diadakan di ibu pejabat yang terletak di Kunshan, Wilayah Jiangsu, China pada 6 September, menandakan bahawa syarikat itu telah menjadi yang pertama dalam industri PV di seluruh dunia untuk memiliki makmal terowong angin.

Arctech Lancar Makmal Terowong Angin Milik Syarikat PV Pertama Dunia untuk Meningkatkan Kestabilan Penjejak dengan Pintar
Arctech Lancar Makmal Terowong Angin Milik Syarikat PV Pertama Dunia untuk Meningkatkan Kestabilan Penjejak dengan Pintar

Dilengkapi dengan kemampuan pengujian tekanan statik struktur dan tindak balas dinamik struktur yang terkemuka di dunia, makmal ini dapat menguji kesan angin terhadap penjejak pada kelajuan sehingga 30m sesaat, satu kelajuan yang akan meliputi kemungkinan besar senario dunia sebenar. Pangkalan data akan dimanfaatkan sebagai sumber parameter reka bentuk asas untuk reka bentuk produk, R&D dan pengesahan reka bentuk struktur produk di masa akan datang.

Dengan menggunakan pangkalan data teknikal untuk reka bentuk konsep dan reka bentuk struktur pada produk, Makmal terowong angin akan membolehkan syarikat meniru pelbagai persekitaran tempatan di seluruh dunia dan bertindak untuk tujuan menurunkan LCOE (Kos Tenaga Teraras) loji kuasa PV dengan meningkatkan kestabilan penjejak.

Bruce Wang mengatakan, "Kami percaya bahawa pelancaran Makmal Terowong Angin akan terus meningkatkan kehadiran Arctech dalam penurunan LCOE loji kuasa PV kerana makmal ini akan membolehkan kami melakukan ujian boleh laksana dan pematuhan terowong angin untuk maklumat aerodinamik yang tepat dan mengoptimumkan reka bentuk untuk mengurangkan risiko berkaitan angin pada penjejak dan melengkapkan penjejak dengan keupayaan rintangan angin yang lebih baik."

Penjejak solar dikenali ramai sebagai bahagian struktur yang tegar; sementara paksi penjejak solar utama rentan terhadap kecacatan yang disebabkan oleh lenturan menegak, kilasan, dan keadaan semulajadi yang rumit di wilayah yang berbeza. Dengan itu, ujian analitik yang lebih maju diperlukan untuk reka bentuk penjejak yang andal sebagai pencagak modul kuasa ultra tinggi, yang mempunyai permintaan tinggi oleh industri, melibatkan beban angin yang lebih tinggi yang ditambah pada penjejak.

Archtech sentiasa memusatkan ujian terowong angin dengan perumusan spesifikasi reka bentuk yang ketat dan memastikan pelaksanaan. Makmal baharu ini menandakan satu lagi pencapaian keazaman syarikat dalam menjamin keselamatan dan kestabilan dan akhirnya memperkasa popularisasi penjejak solar.

[Latar Belakang Arctech] 

Archtech (SSE-STAR: 688408) ialah pengeluar dan pembekal penjejak solar, struktur condong tetap dan sistem BIPV untuk projek-projek skala utiliti dan PV solar komersial. Sehingga hujung tahun 2020, Arctech telah membekalkan lebih 32GW sistem penjejakan dan penyusunan ke hampir 1,100 kilang PV di 40 negara, hasil daripada rangkaian pemasaran meluasnya dengan pejabat-pejabat di China, Jepun, India, A.S., Sepanyol, Australia, Emiriyah Arab Bersatu, Mexico, Chile, Brazil, Vietnam dan Argentina. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.arctechsolar.com.  

Linkedin:https://www.linkedin.com/company/arctechsolar 
Youtube: https://www.youtube.com/c/ArctechSolar

 

Source: Arctech
Related Stocks:
Shanghai:688408
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services