omniture

Terbitan Hak Bangunkan Ekosistem Ultra-Mikro, Sumber Pertumbuhan Baharu di Tengah-tengah Pandemik

PT Bank Rakyat Indonesia Tbk (BRI)
2021-09-18 05:37 433

JAKARTA, Indonesia, 18 September 2021 /PR Newswire/ - PT Bank Rakyat Indonesia (Persero) Tbk (IDX: BBRI) telah tampil dengan strategi untuk mempercepatkan ekosistem UMi (Pemegangan Ultra-Mikro) di Indonesia, susulan pembentukan rasmi pemegangan UMi pada 13 September 2021. Tiga strategi utama BRI telahpun dilaksanakan sejak semester pertama tahun 2021.

BRI Vice President Director, Catur Budi Harto, delivered a report at the signing ceremony of the share transfer agreement for the establishment of the Ultra Micro SOE holding in Jakarta, 13 September 2021.
BRI Vice President Director, Catur Budi Harto, delivered a report at the signing ceremony of the share transfer agreement for the establishment of the Ultra Micro SOE holding in Jakarta, 13 September 2021.

Bagi ekosistem, BRI mewujudkan terbitan hak korporat yang menawarkan maksimum 28,213,191,604 saham baharu untuk Siri B IDR 3,400 sesaham. Kerajaan Indonesia bersetuju membeli kesemua haknya dalam bentuk sumbangan bukan wang (inbreng) daripada sahamnya dalam PT Pegadaian (Pegadaian) dan PT Permodalan Nasional Madani (PNM) untuk BRI.

Sepanjang tiga tahun pertama, BRI menyasarkan untuk menyediakan fasa asas melalui rancangan pasca-integrasi sekali gus melaksanakan beberapa inisiatif termasuk kolokasi. Dalam Fasa 2, BRI, Pegadaian dan PNM akan memulakan fasa pengukuhan. Ia melibatkan beberapa inisiatif baharu seperti saluran digital yang memudahkan pelanggan untuk mengakses produk pemegangan UMi.

Dalam fasa 3, BRI akan meningkatkan kemampuannya untuk mencapai rangkuman kewangan di Indonesia. BRI merancang untuk melancarkan program pemerkasaan berskala penuh bagi meningkatkan literasi kewangan, pertumbuhan perniagaan serta penembusan digital untuk pelanggan ketiga-tiga entiti ini.

Menurut Kementerian Koperasi dan PKS, terdapat 45 juta mikro-perusahaan di Indonesia yang memerlukan dana pada tahun 2019. Namun begitu, hanya 20 juta perniagaan ultra-mikro mendapat akses kepada institusi-institusi rasmi.

"Sekitar 12 juta perniagaan ultra-mikro mendapat akses kepada dana daripada sumber-sumber tidak rasmi seperti keluarga, saudara-mara dan institusi tidak rasmi yang lain. Sementara itu, sekitar 14 juta perniagaan ultra-mikro tidak mendapat akses kepada dana sama sekali, sama ada daripada sumber rasmi atau tidak rasmi. Ini akan menjadi sasaran untuk pertumbuhan perniagaan ultra-mikro pada masa akan datang," kata Naib Presiden Pengarah BRI, Catur Budi Harto.

Dari sudut perniagaan, Ekosistem UMi akan membolehkan ketiga-tiga entiti mengukuhkan pemerolehan dan proses jaminan dengan mengintegrasikan pangkalan data lebih 20 juta data pelanggan pinjaman menggunakan keupayaan digital serta analitik.

Sehingga kini, BRI mempunyai lebih 120 juta pelanggan deposit dan lebih 13 juta pelanggan pinjaman. Sebagai peneraju bagi pasaran perniagaan mikro di Indonesia, BRI kini mengawal 60 peratus daripada bahagian pasaran yang merangkumi 12.4 juta pelanggan mikro.

BUKAN UNTUK TUJUAN SIARAN, PENERBITAN ATAU PENGEDARAN SECARA KESELURUHAN ATAU SEBAHAGIANNYA ATAU DI AMERIKA SYARIKAT, KANADA ATAU JEPUN 

 

Source: PT Bank Rakyat Indonesia Tbk (BRI)
Related Stocks:
Jakarta:BBRI OTC:BKRKY
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services Financial Technology