omniture

Ekspo Mainan China 2013 Pesta Mainan Terbesar Tanah Besar China Dijangka Menarik Pengunjung Kilang & Global Paling Ramai

China Toy & Juvenile Products Association
2013-07-04 23:11 141

BEIJING, 4 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Lebih 1,100 pempamer yang hampir 87% daripadanya merupakan kilang China yang sedia mengeksport dan 70,000 pengunjung global dijangkakan berkumpul di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai pada 15-17 Oktober 2013 yang bakal menempatkan Pesta Perdagangan Antarabangsa ke-12 bagi Mainan & Hobi (Ekspo Mainan China) dan acara-acara yang berlaku serentak bagi mempamerkan lebih 200,000 mainan, permainan, hobi, dan peralatan taman permainan dalam dan luar bangunan dan bekalan prasekolah yang inovatif.

Ekspo Mainan China yang dianjurkan oleh Persatuan Mainan & Produk Juvenil China (CTJPA) merupakan pesta mainan antarabangsa terbesar di tanah besar China dan yang ke-3 terbesar di dunia. Pada tahun 2012, sebanyak 1,014 kilang dari kira-kira 20 rantau pengeluaran di China dan 65,780 pengunjung dari lebih 110 negara dan rantau menyertai acara-acara yang berlangsung. Peningkatan skala acara mencapai 35% manakala peningkatan kedatangan mencapai 20%.

Pada tahun 2013, ruang pameran bakal diperluas menjadi lebih 100,000 meter persegi (tiga acara) kerana rantau pengeluaran mainan utama iaitu Chenghai, Gaomi, Yunhe, Yongjia dan Baoying telah memperluas ruang-ruang pameran bagi memenuhi keperluan kilang tempatan yang kian bertambah. Sebuah Pavilion Bekalan Prasekolah baharu akan membolehkan lebih penyertaan daripada para pengeluar bekalan prasekolah dan peralatan taman permainan. Pameran yang diperbesar itu dijangkakan menarik kehadiran yang mencatat rekod.

"Ekspo Mainan China ialah peluang bagi kilang-kilang China dan pengunjung global. Sama ada mereka ialah kumpulan pembeli yang besar, mahupun perniagaan mainan baharu, ekspo ini menyediakan peluang istimewa bagi semua pihak ini bertemu dengan pembekal China yang betul," kata May Liang, Naib Pengerusi Eksekutif & Setiausaha Agung CTJPA.

Ekspo Kanak-kanak China, peneraju pesta produk bayi antarabangsa di tanah besar China dan Dewan Pelesenan Jenama juga bakal diadakan.

Pengunjung boleh membuat pra-pendaftaran PERCUMA: http://system.china-toy-expo.com/2013/visitor/prereg.asp

Hubungi Kent Luo di luoliping@tjpa-china.org atau lawati http://www.china-toy-expo.com/en/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Mengenai Persatuan Mainan & Produk Juvenil China (CTJPA)

CTJPA ialah persatuan kebangsaan tunggal dalam industri Mainan & Produk Juvenil di China dan satu-satunya perwakilan rasmi dalam ICTI yang dilantik oleh kerajaan China. Persatuan ini diiktiraf sebagai suara berwibawa bagi industri mainan & produk juvenile China. Ahli yang berdaftar terdiri daripada para pengeluar dan pengedar, makmal uji kaji, dan institusi pendidikan bagi mainan, produk bayi di China. Menjelang akhir September 2012, CTJPA mempunyai lebih 5,000 ahli yang berdaftar. http://www.tjpa-china.org

Source: China Toy & Juvenile Products Association
Keywords: Banking/Financial Service Education Entertainment Sports Sports Equipment & Accessories Toys