BEIJING, 5 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Permainan seni mempertahankan diri 3D Perfect World Swordsman Online melancarkan tahap beta terbuka pada 28 Jun. Permainan seni mempertahankan diri dalam talian yang telah lama dinantikan itu dibangunkan oleh sebuah pasukan elit di Perfect World selepas penyelidikan selama beberapa tahun dan sangat ditunggu-tunggu oleh industri, media dan para pemain. Judul itu menerima maklum balas memberansangkan yang tidak dijangka-jangka daripada para pemain selepas menerima pengalaman permainan yang benar-benar mengasyikkan pada hari pertama beta terbuka.
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130703/CN42386)
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20090416/CNTH023LOGO)
Berikutan tempoh pembangunan stabil permainan dalam talian sejak beberapa tahun-tahun yang lepas, anjakan daripada kuantiti kepada kualiti bakal memainkan peranan penting bagi membezakan antara Perfect World dengan pesaing-pesaing. Dengan pembangunan berkualiti tinggi dan globalisasi sebagai matlamat-matlamat misinya, Perfect World telah mencipta banyak permainan dalam talian klasik yang bukan sahaja telah menarik banyak perhatian dari dalam dan luar industri malah mendapat kepopularan di seluruh dunia. Liputan berfrekuensi tinggi oleh media berwibawa, seperti Televisyen Pusat China Xinwen Lianbo, membolehkan Perfect World menerima perhatian meluas yang berterusan. Perfect World senantiasa menginginkan perkembangan dengan membangunkan permainan berkualiti tinggi dan memperluaskan perniagaan ke pasaran luar negara. Pelancaran Swordsman Online menunjukkan lagi keupayaan penyelidikan dan pembangunan serta kekuatan pengoperasian milik Perfect World yang kukuh.
Swordsman Online dicipta oleh Perfect World dengan mengadaptasikan novel klasik Jin Yong yang mempunyai nama yang sama. Judul itu memaparkan enjin permainan Angelica III yang dibangunkan secara bebas oleh Perfect World, memaparkan senario yang seakan hidup dan kesan visual yang lebih realistik. Unsur aksi dan pertempuran seni mempertahankan diri yang direka secara teliti, kemahiran yang mengagumkan dan pelbagai pilihan permainan menarik menawarkan para pemain pengalaman lebih beraneka dan lebih mengasyikkan. Tambahan lagi, rekaan yang menggalakkan interaksi mendalam antara pemain dan sebuah cerita yang mentafsirkan secara tepat sifat bebas meneroka dan kesatriaan dunia seni mempertahankan diri dalam keadaan asalnya.
Imej jenama premium milik Perfect World dan kualiti tinggi Swordsman Online membolehkan judul itu mendapatkan kepopularan yang tinggi sejurus selepas pelancarannya. Prestasi kukuh Swordsman Online membawa satu daya baharu dan kuat kepada pasaran permainan klien domestik China. Judul itu, selepas pembangunan dan inovasi bertahun-tahun lama, memenangi pelbagai anugerah berprestij sebelum pelancaran rasminya. Sejajar usaha yang tidak erti kenal penat lelah mencari kualiti oleh Perfect World, akhirnya Swordsman Online dengan pantas berjaya meraih status blokbuster.
Melangkah ke hadapan, Perfect World tidak akan lari daripada matlamat-matlamat misi kualiti dan globalisasi, mahupun daripada pelbagai strategi pembangunan serentak merangkumi permainan klien, web dan mudah alih. Syarikat ini menyasarkan untuk terus menceritakan kisah budaya seni mempertahankan diri China melalui pemikiran fleksibel dan inovasi berani, menghidupkan saga-saga yang telah menarik tumpuan jutaan pembaca seperti Swordsman melalui permainan dalam talian yang berkualiti tinggi buatan China serta menambahkan keyakinan syarikat terhadap dirinya sendiri sambil ia terus mengejar peluasan global.