omniture

Unisense FertiliTech Bentang Analisis Data Selang Masa Berskala Besar Tingkatkan Rawatan IVF

Unisense Fertilitech A/S
2013-07-05 19:57 126

AARHUS, Denmark, 5 Julai 2013 /PRNewswire/ --

Unisense FertiliTech, peneraju dunia dalam teknologi selang masa IVF mengumumkan bahawa mereka bakal membentangkan analisis berskala besar pembolehubah perkembangan embrio yang dikaitkan dengan kemungkinan pengimplanan di Persatuan Eropah bagi Reproduksi Manusia dan Endokrinologi (ESHRE) di London dari 7 Julai hingga 10 Julai. Keputusan-keputusan ini akan dibentangkan di pameran Unisense FertiliTech.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130704/626274 )

Kebanyakan klinik menggunakan sistem selang masa EmbryoScope™ menyediakan maklumat mengenai perkembangan embrio dan hasil rawatan klinikal kepada pangkalan data Unisense FertiliTech. Pangkalan data yang terbesar seumpamanya ini mengandungi maklumat terperinci mengenai ciri-ciri perkembangan embrio berkaitan dengan pengimplanan dan kehamilan yang berjaya.

Satu analisis terperinci mengenai 8,000 embrio dengan hasil pengimplanan yang diketahui dijalankan berdasarkan sebuah perjanjian dengan 40 klinik melibatkan 12,000 embrio yang dipindahkan. Analisis ini mendedahkan pembolehubah yang jelas, yang boleh digunakan untuk membantu memilih embrio yang lebih baik bagi pemindahan hari ke-2, ke-3 atau ke-5. Tambahan pula, kekuatan algoritma risiko aneuploidi yang dilaporkan baru-baru ini oleh kumpulan Kesuburan CARE dalam jurnal RBMonline (Campbell et al, Reprod.Biomed. Online 2013 May; 26(5):477-85.) telah diuji dengan satu set data yang besar dan ujian tersebut mengesahkan dapatan itu.

Bjørn Molt Petersen dan Mette Lægdsmand, pakar analisis data di FertiliTech, menyatakan "Walaupun analisis ini seakan-akan menunjukkan arah aliran meyakinkan yang dikaitkan dengan potensi perkembangan embrio, analisis ini juga mendedahkan kesan keadaan budaya dan amalan berbeza antara klinik. Ini bermakna kriteria sebenar bagi kualiti embrio yang bagus perlu disahkan secara individu sebelum penggunaan."

Unisense FertiliTech yang menyambut 10 tahun membangunkan teknologi berinovasi untuk memperbaiki pemilihan embrio dalam makmal IVF telah berkembang dan menghasilkan sistem selang masa EmbryoScope™. Sistem ini telah diluluskan untuk penggunaan klinikal di Eropah pada tahun 2009 dan satu-satunya sistem selang masa yang diluluskan FDA untuk penggunaan klinikal di AS. Teknologi ini digunakan dalam amalan klinikal rutin oleh lebih 275 klinik di seluruh dunia dan telah digunakan dalam kira-kira 60,000 kitaran rawatan. Dianggarkan lebih 10,000 bayi telah dilahirkan menggunakan sistem EmbryoScope™.

Unisense FertiliTech terus membangunkan perisian analisis embrio bagi memperbaiki hasil daripada IVF agar klinik-klinik dapat menggunakan potensi sebenar teknologi selang masa. Ketua Pegawai Saintifik Niels Birger Ramsing menyatakan "sejak awal lagi, kami mengenalpasti keperluan bagi peralatan perisian yang membolehkan klinik-klinik mengkhususkan model penilaian mereka sendiri dalam klinik mereka, oleh itu kami sentiasa mendahului usaha menyampaikan peralatan sedemikian bagi membantu pelanggan kami membuat keputusan-keputusan yang terbaik."

About Unisense FertiliTech A/S:

Unisense FertiliTech A/S was founded in 2003 to develop technology to improve human embryo assessment in assisted reproduction. Unisense FertiliTech has developed, and manufactures the EmbryoScope™ time- lapse system, facilitating improved IVF treatment, flexible work routines and effective communication through comprehensive documentation of embryo development and evolving improvements in selection. The System is FDA 510(k) cleared and CE marked as a Class II medical device.

Mengenai Unisense FertiliTech A/S:

Unisense FertiliTech A/S telah diasaskan pada 2003 untuk membangunkan teknologi memperbaiki penilaian embrio manusia bagi reproduksi bantuan. Unisense FertiliTech telah membangunkan dan menghasilkan sistem selang masa EmbryoScope™, memudahkan rawatan IVF yang telah diperbaiki, rutin kerja yang fleksibel serta komunikasi berkesan melalui pendokumenan menyeluruh mengenai perkembangan embrio dan mengembangkan pembaikan proses pemilihan. Sistem ini berkelulusan FDA 510(k) dan diberi tanda CE sebagai peranti perubatan Kelas II.

Misi kami adalah membantu pasangan tidak subur mencapai impian mereka untuk menjadi ibu bapa melalui pembangunan teknologi pertama seumpamanya, pengkuantitian dan pendokumenan berbentuk digital. "Visi Menjadi"

Unisense FertiliTech A/S

http://www.fertilitech.com

Sumber: Unisense Fertilitech A/S

Source: Unisense Fertilitech A/S
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Trade show news