omniture

Eksklusif Penebusan 24 Jam Awal Khusus Untuk AirAsia BIG Shots

Think Big Digital Sdn Bhd
2013-07-06 00:00 183

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 JULAI 2013 /PRNewswire/ --

Tawaran istimewa kepada ahli AirAsia BIG Loyalty Programme untuk promosi jualan 2,000,000 tempat duduk

AirAsia BIG, adalah program loyalti global dari AsiaAsia – Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik Dunia, hari ini telah mengumumkan keistimewaan penebusan awal 24 Jam khusus untuk ahlinya yang digelar BIG Shots.  Mereka akan diberi keutamaan untuk membuat penebusan bagi promosi jualan 2,000,000 tempat duduk bermula pada pukul 0000hrs – 2359hrs (GMT +8) pada 7 Julai 2013, iaitu 24 jam awal sebelum diumumkan kepada orang ramai.

(Photo: http://www.prnasia.com/sa/2013/07/05/20130705123707779017.html )

BIG Shots akan dapat membuat penebusan serendah 5 BIG Points* sehala di www.airasiabig.com dan tempoh penerbangan bermula dari 10 Februari – 5 Ogos, ke seluruh jaringan penerbangan AirAsia yang merangkumi 85 destinasi menarik di 20 negara.

"Ini adalah bukti keistimewaan AirAsia BIG Loyalty Programme. Kami mahu menawarkan ahli BIG Shots keistimewaan yang lebih bernilai.", kata CEO AirAsia BIG, Alice Goh. "Inilah salah satu balasan terima kasih dari kami kepada BIG Shots.", tambahnya lagi.

Keahlian adalah percuma untuk menyertai AirAsia BIG. BIG Shots boleh membuat penebusan dengan menggunakan BIG Point untuk semua penerbangan bersama AirAsia. Selain itu, BIG Shots juga boleh mengumpul BIG Point di AirAsia dan Tune Group, membuat pembelian di ShopBIG atau membuat penukaran poin dengan program loyalti yang lain. AirAsia BIG memiliki lebih dari 70 rakan kongsi serantau, mewakili lebih 1500 jenama perniagaan runcit, kewangan dan industri perlancongan seperti Petronas, Standard Chartered, StarHub, Bank Mandiri, K-Bank, dtac, Central Mall dan banyak lagi, supaya BIG Point dapat di kumpul dengan mudah dan cepat.

Promosi jualan 2,000,000 tempat duduk adalah penghargaan  untuk  pelanggan AirAsia, sebahagian dari kempen bertema 'high-fives' di mana dua juta 'high-fives' telah dapat dikumpul di seluruh rantau termasuk  Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapore.

Keterangan lanjut tentang BIG dan bagaimana menjadi ahli, layari www.airasiabig.com.

*Penebusan BIG Point tidak termasuk cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api. Tertakluk pada terma dan syarat.

Tentang AirAsia BIG Loyalty Programme

AirAsia BIG adalah program loyalti global milik AirAsia, Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbesar dan Terunggul di Asia.

Lebih 300 juta BIG Points telah dikeluarkan untuk BIG Shots merangkumi 150 negara untuk program ganjaran penebusan mudah penerbangan untuk lebih 80 destinasi perlancongan seluruh Negara ASEAN, China, India dan Australia.

Informasi selanjutnya, hubungi:

Media and Business Opportunities

Lily Lee
+6012-208-2859
choolian.lee@tunemoney.com

Source: Think Big Digital Sdn Bhd
Keywords: Airlines/Aviation Transportation Travel New products/services