omniture

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Malaysia Puji 17 Pemenang ASEAN Energy Awards 2021

Ministry of Energy and Natural Resources
2021-09-21 14:29 141

PUTRAJAYA, Malaysia, 21 September 2021 /PRNewswire/ -- Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) Malaysia mengucapkan tahniah atas pencapaian 17 syarikat dan individu kerana memenangi pelbagai kategori di ASEAN Energy Awards (AEA) 2021. Anugerah berkenaan merupakan pengiktirafan tertinggi yang dianugerahkan kepada syarikat-syarikat awam dan swasta Asia Tenggara atas sumbangan mereka terhadap kecekapan tenaga dan pembangunan tenaga boleh diperbaharui di rantau ASEAN.


Membawa pulang pengiktirafan tertinggi di AEA 2021 ialah Jimah East Power Sdn. Bhd untuk Kategori Penggunaan CCT bagi Kategori Penjanaan Kuasa (Besar); Universiti Teknikal Malaysia untuk Anugerah Pengurusan Tenaga dalam Bangunan dan Industri (Bangunan Besar) dalam Sistem Pengurusan Tenaga Lestari di Universiti Awam; Hospital Yan untuk Anugerah Pengurusan Tenaga dalam Bangunan dan Industri (Bangunan Kecil dan Sederhana) dalam Sistem Pengurusan Tenaga; Projek Penukaran Bahan Api Ramatex, Ramatex Textiles Industrial Sdn. Bhd. daripada Bahan Api Fosil kepada RE-Biojisim untuk Kategori Luar-Grid (Terma), antara lain.

Malaysia turut memenangi tempat pertama bagi Kategori Biobahan Api dan Penyerahan Khas untuk Kemudahan Pengurusan Sisa Kelapa Sawit Bersepadu (IPWMF): Kilang Pembuatan Biojisim dan Kilang Janakuasa Biogas dengan Solar Atas Bumbung. Fasa 1: Loji Bahan Api Pepejal Biojisim Kelapa Sawit oleh Reviva Sdn. Bhd dan Model Teknologi Rawatan Anaerobik Sisa Makanan (FWATT) AD E-50 oleh Alam Flora Environmental Solutions Sdn. Bhd, masing-masing.

Selain daripada trofi dan plak, para pemenang menerima pengiktirafan berprofil tinggi semasa acara penyampaian anugerah maya yang dihadiri oleh Menteri-menteri Tenaga, Negara-negara Anggota ASEAN.

Dihoskan oleh Brunei pada 15 September, acara ini disiarkan secara langsung melalui saluran media sosial ASEAN Centre for Energy. Disertai oleh sepuluh anggota negara ASEAN, panel penghakiman memilih pemenang-pemenang anugerah berdasarkan kepada pencapaian mereka semasa tempoh pertandingan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, "Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada 17 organisasi Malaysia yang mendapat pengiktirafan di AEA tahun ini. Kejayaan mereka mencerminkan kepimpinan Malaysia dalam memperkenalkan amalan kelestarian yang mengubah keadaan dalam sektor tenaga kami."

Memperkukuh usaha negara 

Pengumuman kemenangan of AEA 2021 adalah penting untuk menyediakan mekanisma kepada organisasi-organisasi untuk terus membangunkan, menanda aras dan mengiktiraf inisiatif serta amalan yang terbaik dalam pembangunan tenaga serta untuk mereka yang mengusahakan kecekapan tenaga dan projek pembangunan tenaga boleh diperbaharui yang menyumbang kepada kelestarian tenaga.

"Saya berharap agar pencapaian ini akan dapat memberi inspirasi kepada lebih banyak organisasi Malaysia untuk memulakan amalan tenaga lestari dalam operasi mereka, seterusnya dapat menyumbang dengan signifikan ke arah sasaran pengurangan emisi karbon Malaysia," tambah beliau.

Kemenangan yang penting ini menunjukkan penglibatan proaktif negara ini dalam kecekapan tenaga serta sektor tenaga boleh diperbaharui. Anugerah ini turut mengiktiraf usaha yang tekun oleh syarikat-syarikat bagi memastikan kecekapan tenaga dan kelestarian di rantau ini dan untuk terus melanjutkan kemajuan serta pertumbuhan negara ini ke arah masa depan yang lebih lestari.

26 wakil yang dipilih untuk AEA 2021 sebelum ini memenangi National Energy Awards (NEA) 2021 dengan 12 daripadanya membawa pulang anugerah peringkat ASEAN.

Dengan usaha inisiatif mesra alam yang berterusan, KeTSA menjemput sektor-sektor awam dan swasta di negara ini untuk mengambil bahagian dalam NEA 2022 apabila penyerahan dibuka.

Untuk penyerahan, hubungi Sekretariat NEA di nea@greentechmalaysia.my.

Latar Belakang National Energy Awards (NEA) 

National Energy Awards ialah satu pengiktirafan tahunan untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang dan amalan terbaik dalam mendorong agenda tenaga lestari negara. Dirasmikan pada tahun 2018, anugerah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) untuk menggalakkan kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.

Kunjungi www.nationalenergyawards.com.my dan ikuti NEA di Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut.

 

 

Source: Ministry of Energy and Natural Resources
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Utilities Awards