omniture

Berkembang Maju dalam Segmen Ultra-Mikro, BRI Akan Optimumkan Terbitan Hak

PT Bank Rakyat Indonesia Tbk (BRI)
2021-09-21 23:22 110

JAKARTA, Indonesia, 21 September 2021 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, PT Bank Rakyat Indonesia (Persero) Tbk (IDX:BBRI) ("BRI") telah melancarkan terbitan hak dengan sasaran transaksi sehingga IDR 96 trilion berhubung dengan penubuhan BRI sebagai syarikat induk ultra-mikro serta pemerolehan PT Pegadaian (Persero) dan PT Permodalan Nasional Madani (Persero).

Chief Financial Officer of BRI, Viviana Dyah Ayu
Chief Financial Officer of BRI, Viviana Dyah Ayu

Ketua Pegawai Kewangan BRI, Viviana Dyah Ayu, berkata, "Kami telah lama percaya bahawa pemegang saham kami akan mendapat faedah daripada nilai ekonomi dan sosial yang diwakili oleh tindakan korporat ini. Kami telah mewujudkan satu ekosistem untuk menyokong pertumbuhan ekonomi digital Indonesia yang sangat besar, menyediakan akses yang saksama kepada kewangan dalam sektor ultra-mikro. Ini juga dapat membantu mencipta peluang pekerjaan baharu, mengekalkan sektor ultra-mikro sebagai tulang belakang untuk pertumbuhan ekonomi negara ini."

Menurut data oleh Kementerian Koperasi dan PKS, segmen ultra-mikro terdiri daripada kira-kira 65 juta unit perniagan mikro pada tahun 2019, mewakili 99% daripada jumlah perniagaan di Indonesia.

BRI menganggarkan bahawa daripada 45 juta perniagaan ultra-mikro di seluruh Indonesia pada tahun 2019, hanya terdapat kira-kira 20 juta perniagaan yang mendapat akses kepada dana daripada sumber rasmi seperti institusi kewangan. Sekitar 12 juta perniagaan ultra-mikro mendapat akses kepada dana daripada sumber tidak rasmi seperti keluarga, saudara-mara dan institusi tidak rasmi yang lain. Sementara itu, sekitar 14 juta perniagaan ultra-mikro sama sekali tidak mendapat akses kepada dana.

Akses yang terhad kepada dana untuk perniagaan ultra-mikro berpunca daripada, antara perkara lain, liputan perkhidmatan yang tidak sama rata daripada unit kerja institusi kewangan rasmi. Peranan ejen kewangan masih belum dioptimumkan untuk menyediakan perkhidmatan kewangan kepada segmen ini lantaran literasi kewangan yang rendah dalam segmen ultra-mikro untuk mengakses perkhidmatan kewangan secara digital.

"Memandangkan kami dapat melihat potensi yang besar dalam segmen ultra-mikro, BRI yakin bahawa model perniagaan baharu yang dicipta oleh penubuhan syarikat induk ultra-mikro akan membawa kepada pertumbuhan perniagaan jangka panjang dan mampan. Tambahan pula, operasi dalam segmen ultra-mikro mengukuhkan lagi kecekapan teras syarikat kami dalam sektor perniagaan mikro dan kecil-kecilan. Penubuhan BRI sebagai syarikat induk ultra-mikro dijangka dapat menyumbang kepada visi BRI untuk menjadi "Kumpulan Perbankan Paling Bernilai di Asia Tenggara" dan "Jaguh Rangkuman Kewangan" menjelang tahun 2025," simpul Vivi.

BUKAN UNTUK TUJUAN SIARAN, PENERBITAN ATAU PENGEDARAN SECARA KESELURUHAN ATAU SEBAHAGIANNYA ATAU DI AMERIKA SYARIKAT, KANADA ATAU JEPUN 

 

 

Source: PT Bank Rakyat Indonesia Tbk (BRI)
Related Stocks:
Jakarta:BBRI OTC:BKRKY
Keywords: Banking/Financial Service New products/services