omniture

Kurang daripada 50 hari berbaki hingga CIIE ke-4 bermula

China International Import Expo (CIIE)
2021-09-22 00:47 103

SHANGHAI, 22 September 2021 /PRNewswire/ -- Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-4, ekspo import yang terbesar di dunia akan terus menjadi acara mega untuk produk, teknologi dan perkhidmatan yang terkini di dunia, kata pihak penganjur di sidang akhbar bersempena kira detik 50 hari menuju ekspo ini pada 16 September.


Enam kategori pameran utama akan dikekalkan untuk acara tahun ini yang akan menyediakan kawasan pameran melebihi 360,000 meter persegi serta lebih banyak pempamer berbanding tahun lalu, menurut Zhou Lingyan, timbalan pengurus besar bahagian pameran perniagaan Biro CIIE.

Lebih 80 peratus daripada syarikat Fortune Global 500 dan syarikat yang terkemuka dalam industri ini yang mengambil bahagian dalam ekspo tahun lalu akan hadir di acara tahun ini, satu bukti daya tarikan yang kukuh terhadap ekspo ini.

Zhou berkata bahawa bilangan perusahaan bersaiz kecil dan sederhana akan hadir secara berkumpulan untuk mengambil bahagian dalam acara tahun ini, 30% lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Agensi-agensi perdagangan seperti agensi-agensi dari Jepun, Denmark, Poland dan New Zealand kesemuanya telah menambah saiz reruai mereka untuk menempatkan lebih banyak pempamer kecil-kecilan. "Reruai Eropah Tengah dan Timur berkeluasan lebih daripada 1,500 meter persegi dan akan membawakan 60 syarikat," kata Zhou.

Sejumlah 13 bahagian bertema akan disediakan yang memfokuskan kepada industri-industri popular seperti litar bersepadu, kesihatan awam dan kawalan wabak, perubatan biologi dan pengangkutan pintar, selaras dengan usaha untuk meningkatkan profesionalisme ekspo ini.

Satu bahagian untuk inkubasi inovasi akan disediakan di kawasan pameran Industri Pintar dan Teknologi Maklumat, Automobil dan Peralatan Perubatan & Produk Rawatan Kesihatan, yang menempatkan lebih daripada 100 pempamer dalam bidang kecerdasan buatan, sains hayat serta pemanduan automatik.

Beberapa forum dan aktiviti lain akan turut diadakan semasa berlangsungnya ekspo ini untuk berkongsi pengalaman keusahawanan bersama syarikat pemula, bagi membantu mereka mendapat akses yang lebih mudah ke pasaran.

Wang Hongwei, ketua bahagian perkhidmatan pembeli daripada Biro CIIE, berkata bahawa bahagian ini telah mengadakan 17 jerayawara sepanjang beberapa bulan yang lalu untuk memperkenalkan ekspo ini kepada pelbagai jenis perniagaan dan menarik lebih daripada 2,600 syarikat domestik.

Hampir 600 kumpulan pembeli domestik akan menghadiri ekspo tahun ini. Melalui pemeriksaan data, jemputan akan dikeluarkan kepada 40,000 pembeli sasaran ke CIIE keempat ini.

Biro CIIE dan Bank of China akan mengadakan persidangan pemadanan perniagaan yang besar semasa berlangsungnya ekspo ini mulai 6 November hingga 8 November yang mana mesyuarat secara bersemuka akan diatur antara pembeli dan pempamer menerusi perkhidmatan seperti penterjemahan dan pautan video.

Sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, persidangan pemadanan perniagaan di tapak pameran telah membantu lebih daripada 3,000 pempamer dan 7,000 pembeli mencapai persetujuan atau perjanjian kerjasama pada masa akan datang, kata Liu Wei, pengurus besar jabatan kewangan inklusif cawangan Shanghai Bank of China.

Tahun ini, pameran ini akan diadakan secara dalam talian dengan zon pengalaman luar talian di Dewan Utara tempat pameran yang mana pengunjung boleh menggunakan peranti realiti maya untuk melawat dewan pameran secara dalam talian, kata Cui Ying, pengarah bahagian perekrutan pempamer daripada Biro CIIE.

 

Source: China International Import Expo (CIIE)
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news