SHANGHAI, 8 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Di Simposium Antarabangsa Glikobiologi Kimia 2013 yang diadakan di Shanghai pada 30 Jun, pasukan penyelidikan Profesor Ding Kan dari Institut Materia Medica Shanghai, Akademi Sains China (SIMM, CAS), mengumumkan penemuan terkini mereka mengenai penyerapan polisakarida secara oral dengan kerjasama Infinitus.
Pasukan penyelidikan Profesor Ding membuat penemuan bahawa Lentinan dan lain-lain polisakarida herba China boleh diserap tanpa terjejas oleh lapisan dinding usus melalui endositosis klatrin-perantara. Polisakarida boleh diserap tanpa terjejas melalui klatrin ke dalam sistem-sistem darah dan limfa, kemudiannya diedarkan ke seluruh badan.
Polisakarida merupakan salah satu bahan yang amat banyak dalam alam semula jadi dan telah dibuktikan oleh banyak penyelidikan saintifik sebagai sekumpulan imunomodulator semula jadi. Pada tahun 1961, majalah saintifik berwibawa dunia, Nature, memaparkan sifat antitumor Lentinan buat pertama kalinya, yang menimbulkan minat komuniti saintifik terhadap polisakarida, terutamanya polisakarida herba China. Sejak itu, semakin banyak sifat terapeutik polisakarida herba China telah disahkan secara beransur-ansur, dari segi potensiasi keimunan, antitumor, aktiviti hipoglisemia, antipengoksidaan, antipenuaan, antivirus, perlindungan sistem gastrousus, dan sebagainya.
Profesor Ding kata, "Para saintis sudah lama membuktikan bahawa polisakarida boleh membantu mengawal keimunan seseorang selepas menerimanya secara oral. Namun, bagaimana ia diserap masih menjadi isu kontroversi. Endositosis klatrin-perantara yang baru ditemui membantu menjelaskan isu ini. Polisakarida memasuki lapisan dinding usus melalui klatrin, dan kemudiannya ke kapilari dan akhirnya ke bahagian-bahagian badan yang lain. Polisakarida boleh memenuhi sifat-sifatnya melalui tindak balas berlainan dengan reseptor berlainan pada permukaan sel."
Infinitus membentuk kerjasama dengan SIMM, CAS, Institut Biofizik, CAS, Universiti Perubatan China Beijing, Universiti Wuhan, Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong, dan Universiti Perubatan China Guangzhou untuk bertahun-tahun lamanya bagi menjalankan siri penyelidikan mengenai polisakarida herba China dan secara mutlaknya memiliki hak milik intelektual asas bagi polisakarida majmuk. Pada tahun 2012, Infinitus mendedahkan Teknologi Polisakarida Majmuk Polysac™ yang dibangunkan sendiri.
En. Harry Yeung, jurucakap Infinitus (China) berkata, "Sejak pelancaran produk polisakarida pertama pada tahun 1994, Infinitus telah memperoleh beberapa paten teknologi asas. Kejayaan cemerlang dalam polisakarida dengan bantuan kaedah perubatan Barat moden untuk mengesahkan penyerapan oral polisakarida herba China akan membantu mempromosi pemodenan dan pengantarabangsaan perubatan China tradisional."
Gambar berita bagi rujukan:
www.infinitus.com.cn/download/2013_0704_carol.rar
SUMBER Infinitus